Monday 17 August 2009

Paralimpik~

I was appointed as a "gadis pembawa dulang medal" untuk paralimpik asean games, 2009. Sebahagian budak2 maktab ni 'dikerah' menjadi tukang bawak hadiah untuk paralimpik games ni. Aku pulak kena bertugas untuk sukan bowling and badminton.

Petang tadi first time aku bertugas. Best sangat!! Sebab utama adalah boleh ponteng class dan bersenang lenang tengok orang main bowling. Lepak2 kat McD makan McFlurry.. nyummy!

Tapi rasa amazed sangat dengan sume peserta.. berbagai-bagai jenis disabilities yang ada. Cacat kaki, cacat tangan, rabun yang melampau.. tapi masih boleh bermain dengan baik.. Aku yang sempurna fizikal (Alhamdulillah) ni pun tak boleh main sangat.

Malaysia menggondol pingat emas untuk ketiga-tiga categori..Bangga betul aku bila pegang dulang medal tu untuk dorang.. bila lagu negaraku dipasang, ada perasaan terharu yang amat sangat.. (aku memang emosional).

Tapi, orang-orang beginilah yang bakal aku hadapi dalam kerjaya aku nanti.. sesungguhnya mereka memang boleh jadi manusia yang berguna dan mencipta kejayaan.. Dah la cacat anggota, masih boleh bersukan, menjadi wakil negara, dan menang pingat emas somemore!!! Subhanallah.. Aku memang kagum.

Tak sabar nak tengok perlawanan badminton pulak hari rabu nanti.. mesti lagi menarik!!

Wednesday 12 August 2009

KPLI

4 ogos itu hari, aku telah selamat mendaftarkan diri ke Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK), di Cheras. Have to do my kpli program here for 10 months.


Me and Aisyah terpaksa join class budak2 kpli pendidikan khas yang dah start belajar 2 bulan lalu. Coz there are only 2 of us, so tak berbaloi mereka nak wujudkan satu class khusus untuk kami. Jadi, kami dah ketinggalan 2 bulan lessons.. So many things to catch up.. assignments, presentation, kelab beruniform, sukan dan permainan, and ada 17 modules.. PENGSAN!


Rasa macam masuk ke alam persekolah semula. Tapi lebih teruk. class dari pukul 8 pagi - 6.30 petang. rehat 2 jam je. pagi sekali, waktu zuhur sekali.

Tapi, banyak benda bermanfaat aku boleh belajar kat sini. Pensyarah2 memang mantap. Eventhough ada la sorang dua yang bosan tahap cipan.. tapi overall, menarik la.

Cuma aku cukup lemah when they expect us to know everything.. ok logik la. kami graduated from overseas.. tapi buat bachelor degree je kot. Bukan masters or phd. Adoi, sakit2. Lepas ni kena banyak tambah my knowledge and skills, nanti kalau di tanya, takde la terkebil2.

I'm sooO glad that my classmates sume best.. slalu bergelak ketawa dan ceria dalam class. and very helpful jugak. But still I can't wait to finish KPLI. PENAT SANGAT TAU TAK!!

My rented house doesn't have internet connection. Bosan giler! And library kat school lak telah blocked facebook.. kureng asam sungguh.. jadi kengkawan yang menegur dan kasi message kat facebook, sorry sangat if aku tak reply korang.. access ku disekat.. wuwu..

Ape cite ntah kawan-kawan di maktab lain.. mesti dorang seronok. Ada class khas di wujudkan untuk dorang yang baru pulang dari overseas. Dan ramai pulak tu. Tapi aku tetap syukur. At least aku tak keseorangan. Ada Aisyah.. hee.. love her!

Ok, got to go. Ada lawatan ke rumah orang buta. Nak blaja main gol ball lagi. Sukan orang buta. Last week dah pegi. hari ni sesi ke dua. seronok sangat! penat ketawa sebab bila orang celik jadi buta, memang huru hara. haha!

K, will update again later when i have enough time to sit and surf the internet. Taraaaaa!