Wednesday 31 March 2010

Gracefully clumsy~

Suddenly teringat kenangan2 lama with him.


Aku ada satu penyakit.


When he was near me, i was like a magnet to bad luck. Jadi clumsy tak menentu. Tak tahu nape.


Dah banyak incident yang membuktikan teori ni.


Antara yang boleh aku recalled:


1) Masa he came to Bangor, aku nak buat air milo, dah la milo susah nk cari, mahal lak tu. Boleh pulak aku dengan machonyer telah terbalikkan tin milo tu, abes tumpah segala isi perut.. wuwu~ And he was standing there, speechless...

2) Masa aku lawat die kat nottingham dengan my postgrads. Time tu kami tengah kemas2 dapur sebab dah nak balik Bangor. Suddenly, aku dengan machonya sekali lagi telah terlangkupkan periuk yang berisi minyak goreng ayam.. can u imagine the floor? huhu... And he was standing there and speechless... again.


3) Satu hari, aku goreng karipap for him and kawan2 yang lain, guna sudu besi.. tengah2 tunggu karipap garing, ntah camne aku leh lak masukkan sudu besi panas tu dalam mulut.. ala.. macam yang kita slalu buat lepas kacau air sirap tu.. ape lagi, melecur bibir beb!!!!!! Pengajaran: jangan goreng ape2 guna sudu. Sudip itu dicipta ada gunanya...


4) Yang ni slalu terjadi, bila kuar makan ngan dia, ada je menda yang nak landing atas tudung aku lar, atas baju lar.. tudung tercelup kuah. sup menitik atas baju. air tumpah. Aaarggghh... kenapa? kenapa?


Masalahnya skang ni, bila dia takde, aku cool jek. Bukanlah bermaksud bila dia ada, aku gelabah cam orang giler. Tak.. Sangat lah tak.. tapi kenapa mesti berlaku ini semua?


Lu pikir lah sendiri Rin. Assalamualaikum.

Tuesday 30 March 2010

Can't be bothered!

Haaaaaiiihhh...... erm, tak baik kan mengeluh panjang2.. astaghfirullah...

I've been whining too much.. i don't want to whine anymore.. especially over this matter..


I CAN'T BE BOTHERED ANYMORE!


Lagi 3 minggu, praktikum aku akan berakhir..


Penderitaan mengadap penyu tua itu will be over.. naseb baik la i love my students so much i can bear it all... sabar.. aku mengajar bukan kerana si tua itu.. tapi kerana Allah, dan kerana student2 aku.


Tak tau apa masalah dia suka sangat condemn aku.. guru-guru seperjuangan yang lain pun sama jugak nasibnya. Sian dorang. Kami semua kah yang bermasalah. Or dia sorang je yang sakit mental?


Lantak ko lar orang tua..


Ko suka sangat wat cite sana sini kan.. satu hari nanti, biar mulut manis ko tu, menjerat diri sendiri.. waktu tu, baru ko tau langit tu tinggi ke rendah!


Aku dah buat tugas aku. Aku tak pernah ingkar arahan ko. Lepas ni ko nak buat cite ape pasal aku, suka hati ko lar.. and si lecturer pulak, nak percaya ke, taknak percaya ke, terpulang la.. kalo aku explain lebih2 orang akan kata aku being defensive...


Pasni aku malas dah nak layan.


Satu je aku doa, kalau ko tak berlaku adil terhadap aku, ko jawab la sendiri dengan Tuhan esok. Elaun yang ko dapat kerana (sepatutnya) membimbing aku, ko makan la jadi darah daging. Esok ko tanggung la kat akhirat. Tu je. Sekian, terima kasih!

Tuesday 23 March 2010

Cita-cita Shafik~

I have a dyslexic student. Named Shafik. For those who don't know, ciri-ciri common dyslexic student ialah masalah membaca. They see letters jumping up and down, scattered all over the place and spelled upside down.




Shafik can only read words yang very simple, like kuku, saya, dadu.. etc. Itupun kadang-kadang tersyasyul. And dia selalu eja Ali, tapi sebut Abu.

Tapi Shafik sangat hardworking. Dia tak kesah kalau aku suh dia mengeja sampai nak muntah. Sampai aku sendiri pun nak muntah. Dia tetap mengeja dengan tabah.

And hari ni, aku dapat tahu.. yang Shafik bercita-cita ingin membaca sebuah novel suatu hari nanti.

Bergenang air mata kejap. Besarnya cita-cita Shafik. And aku sangat terharu. And sebak. Sume ada lar.

Shafik lebih rajin daripada students aku yang lain. And Shafik paling pandai hormat cikgu. At least, bagi aku lar. Tapi Allah uji dia dengan kepayahan membaca.


Tinggal 4 minggu lagi aku mengajar kat sekolah ni. And I'm hoping for a miracle.

Tom cruise juga menghidap dyslexia. Yes, he's a dyslexic! One handsome and talented dyslexic. :)

Saturday 20 March 2010

Hantu lampu!

Semalam, kami satu family pergi lunch kat umah my nenek. Tapi aku, mak, and ateh balik awal sket sebab nak singgah bandar dulu. Yang lain-lain kata nak lepak sana sampai petang. ok fine lar..

Habis urusan di bandar, kami pun pulang. Along cakap dia letak kunci lam kasut. Cari punya cari tak jumpa. Pastu cuba tolak pintu rupanya tak kunci.

"Budak2 ni lupa nak kunci pintu kot masa kuar tadi", kata mak.

Pastu kami pun masuk. Tetiba cam ada dengar suara dari tingkat atas. Tapi mustahil la sebab rumah ni takde orang. Budak-budak sume tak balik lagi. pastu tetiba dengar bunyi pintu.. dari atas jugak.. dah suspen ni.. tapi wat selamba lagi..

Pastu mak bukak la lampu tangga. beberapa saat lepas tu, lampu tu terpadam sendiri. Mak bukak lagi, pastu padam lagi.. HANTU!!!!! Kami sume pun berhambat lar lari kuar dari rumah.. muka sorang2 pucat toksah kira la.. cam nak putus nafas!

Kami memang takut tahap gaban.. dah la rumah mak memang mistik sket.. slalu je kena kacau. tapi ni first time berlaku depan mata aku..

Pastu dalam kecoh2 tu, turun la si Along dari tingkat atas, ngan muka selamba baru bangun tdo. Bila tanya, die cakap die baru bangun tido pastu terus turun bawah. Dia cam tak tau apa2 pasal lampu tu. huhu..

Ateh pun tak tunggu lama, die terus balik sebab dah nak magrib. Lama lepas tu, Angah pulak turun, tergelak2.. gelak cam orang kena sawan. Bila tanya, makin galak die gelak..

SAH!!! INI ANGAH PUNYA KEJE!! TAK GUNA!!!!!

Rupanya dia main tutup2 lampu guna suis satu lagi kat tingkat atas.

Ya Allah, budak ni memang nak kena belasah. Nasib baik mak takde sakit jantung tau. (Padahal aku yang nak kena serangan jantung kan??).


Cis.. Angah memang berjaya menakutkan kami. Walaupun tak scary sangat, tapi tetap suspen. Aarrrggghhh!! terasa diri ini sangat diperbodohkan. Hantu lampu konon!!!!! Piiidaaah!!

Wednesday 17 March 2010

Jakarta!

Baru balik dari a 4-day trip to Jakarta.. and it was awesome!!!!!

Saya kepingin pergi ke Indonesia lagi! tapi nak ke Bandung pulak kot.. hee..

Ada benda yang best..ada yang tak best.. ape2 pun, trip ke Jakarta ni banyak buatkan aku bersyukur. Sebab aku dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Alhamdulillah.

Syukur. Syukur. Syukur Alhamdulillah.

Wednesday 3 March 2010

Me, my students and the cockroaches.

Minggu ni adalah minggu exam.. pening kepala wei!

And yang buat aku lagi nak sakit jantung ialah.. boleh pulak tengah2 students aku jawab exam.. tetiba sorang student aku.. lelaki india, melompat naik atas kerusi.. Aku terkejut la.. pastu die jerit..


LIPAS!! LIPAS!! CIKGU!! ITU LIPAS!! LIPAS!!!
Aku pun apa lagi.. LIPAS?????? Aarrrrggghhhhh!!!! automatik menjerit and melompat atas kerusi jugak. Pastu yang lain pun sume menjerit2 dan melompat.. padahal batang hidung lipas pun tak kelihatan.


Tapi memang betul pun ada lipas. Kecoh giler kelas tu jadi.. exam ntah ke mana.. lipas ntah ke mana.. ya Allah.. nasib baik la takde penyelaras tengok.. kalo tak memang fail aku.


Pastu memang budak2 tu gelakkan aku to the max la kan! Sorry lah.. cikgu memang tak tahan dengan lipas. bagi katak or cicak takpe.. tapi please jangan lipas!


Agak lama jugak aku berdiri atas kerusi sambil budak2 lelaki tolong buangkan lipas tu. Tapi dorang pun takleh harap.. bila lipas keluar.. semua pun lari lintang pukang.. geli katanya.. adoi la..


Apa-apa pun, exam selamat dijalankan sampai abes masa.


Harap-harap pasni tak jumpa lagi lipas dalam kelas.. kalo tak jatuh saham aku sebagai seorang guru yang berdedikasi lagi cool..hukhuk~