Thursday 29 September 2011

Few days to go~

The date is all set! Gosh.. knowing that in a few days time, u will be cut open, is damn scary ok. hukhuk.. Hanya pada Allah aku beserah. Dan jika ini ketentuanNya, aku redha. Yang penting, my babies sihat dan selamat.

Bila tengah2 tunggu hari ni, any pain kat area perut should be taken seriously. Since this is my first experience, i have no idea how would it feels like. Orang kata mula2 tu macam senggugut kecil, tapi never in my life aku pernah kena senggugut. So again, aku tak tahu camne rasa sakit tu. Pastu, tiap kali rasa sakit, i'd ask myself, ni sakit nk berak ke? or sakit nk bersalin? ke sakit kembung perut? haha.. suspen kot!

I've gained 25kg so far.. that explains the beratness i'm carrying in my perut. sangat2 heavy i tell u. Sabar2.. sket je lagi. huhu..

Can't wait to meet my hubby. Harap2 nothing will happen until he's here. I'm praying hard so that everything will go smoothly, and moga me and my babies selamat.. ameen. :)

Sunday 25 September 2011

Counting the days to be a Mommy~

Tik.. tok..tik..tok.. the clock is ticking!

Masa itu dah terlalu hampir.. dah nak masuk week 37. Alhamdulillah..

Esok ada appointment ngan my doctor. Will set a date for bersalin coz i'm not gonna wait till week 40.. dah tak larat sangat dah ni. So we decided to just go for it.. maybe next week kot.

Preparation sume dah buat insyaAllah. Just tunggu ketibaan my babies je. I'm so excited but scared at the same time.

Kak cha and family dah selamat tiba di Saudi. Ralat jugak sebab tak sempat dorang nk tengok my babies.. Next time dorang balik Msia, my babies dah setahun lebih. Tapi takpelah, dah takdir Allah. We'll just skype2 je la ek.. hehe.

Please pray for us. Moga semua berjalan lancar. ameen. :D

Sunday 4 September 2011

Aidilfitri 2011




Salam Aidilfitri...

Fuh.. mencabar sungguh beraya bersama2 perut yang sarat mengandung. But i still had a great time during raya this year. Ini tahun kedua kami beraya sebagai suami isteri. And first time aku sambut raya di Terengganu, rumah mak mertua. Meriah giler kot! And honestly speaking, memang seronok raya tahun ni. Maybe because of the addition in my tummy kot and the extra attention and care given by my husband and everyone around me. i feel more blessed..Alhamdulillah. And my friend from Johor, Ann aka semut ada datang beraya kat umah aku. sangat terharu! Thank you ann! tapi borak punya borak smpai terlupa nak ambik gambar.. huhu.. tahun depan kena datang lagi la kot.. huehue..

And tahun ni hanya sempat beraya ke rumah Polar. Lama sangat tak jumpa my bestie ni and dah jmpe ni baru berpeluang nak update each other. Really miss her.


About my pregnancy plak, I am now entering minggu ke-34. Hopefully babies dapat bertahan till at least minggu ke-37. Which is more or less 4 weeks from now. Macam2 benda bermain di fikiran ni. Will my babies survive? will i survive? what if i die? Will my husband make it there in time before the delivery? will he stand being in the labour room with me? will i be able to deliver the natural way or will my tummy be cut open? uwaaa! takut ok.

Last 2 nights before my husband went back to Labuan, i broke down into tears in his arms, asking for his forgiveness, telling him i love him so much, in case aku tak sempat nak jumpa dia dah lepas ni n in case i didn't make it after giving birth. Coz we all know, our nyawa is like telur di hujung tanduk masa melahirkan anak. Anything can happen. And thinking about all the possibilities selalu buat aku menangis sorang2. Tapi takde la sepanjang masa. Cuma ada masa2 aku bersendirian tu, mulalah nak layan blues..

Tapi most of the times, i'm happy and excited to meet the twin. Aku berdoa moga Allah berikan aku peluang berjmpa dan membesarkan dorang. Bila dah masuk 8 bulan ni, kaki and tangan dah sembab. hidung pun dah kembang. haha.. lawak plak aku tgk muka sendiri. And kalau aku baring, kena ada orang tolong tarik tangan and support me baru aku mampu bangun coz my perut is super duper heavy i couldn't get up by myself. hik. Nak drive memang dah tak mampu. Berjalan pun dengan kelajuan siput sedut dan dengan lenggokkan itik. After raya ni i have to mintak MC la smpai beranak. Coz memang dah tak mampu nak gi keje. huhu...Erm, tu je kot nk bebel. Please doakan moga semuanya dipermudahkan and selamat k. Thank you all!

p\s: To my hubby, thank you for taking such a good care of me and treating me extra special. i felt like a princess when you were around. Thank you Allah for lending him to me. I love you Abang! xoxo :D

Thursday 4 August 2011

Ramadhan pertama ibu mengandung~

Hari ni genap 4 hari umat islam berpuasa. Alhamdulillah setakat ni aku masih mampu berpuasa tanpa mengalami kebuluran melampau.. haha.. Allah Maha Kaya.

Honestly speaking, i was a bit worried to berpuasa. Tak tahu whether aku mampu ke tak. Sebab biasanya bila tiba time makan, aku akan rasa lapar, tak lama pastu rasa lapar giler, pastu kebulur tahap cipan selagi tak dpt makanan. Sampai ketar2.. melampau kan? So, aku terpikir camne aku nak berpuasa? kalau aku tak puasa plak, jenuh nak mengganti next year.. aduh!

Tapi dengan kuasa Allah dan berkat bulan Ramadhan yang mulia ni, aku rasa biasa2 je. Takde plak kebulur ke apa. Syukur Alhamdulillah. Harap2 akan kekal macam ni sampai abes puasa insyaAllah. I'm proud of my babies sebab ini puasa pertama mereka. hehe..

And now, tak sabar giler nak tunggu kak cha anak beranak balik bercuti for raya dari Arab Saudi. It's been a year since i last met them. InsyaAllah only days left until their arrival. Rindu teramat sangat!!! Cepatla masa berlalu :D

Ok till then, jom tido awal.. esok wajib bangun sahur! Chow~

Sunday 31 July 2011

Our Very First Anniversary :D

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Dengan izin Allah, 30 July 2011, dah genap setahun usia perkahwinan kami. Cepatnya masa berlalu.. rasa cam baru je kahwin.. hihi.. (perasan!)

We spent our anniversary night at Zenith Hotel, Kuantan.. Memang sgt best! Thank you kamu for the so many special treats! saya tersangat bahagia.. hehe :)

Few funny things happened during this weekend. And i can't stop laughing whenever i think about them. What a great end for this month. Alhamdulillah segala yg di rancang untuk bulan ini semuanya berjalan lancar.. syukur tak terhingga.

And my pregnancy dah genap 7 bulan. I've gained 14 kgs so far. And the weight has taken its toll on me. Kaki sakit. And payah tul nk cari position yang selesa. Babies suka sangat terbonjol2 kat perut.. sometimes when both of them nak terbonjol, my perut will look hideous.. cam bukit yang tak rata.. scary but i love it! Haha..

Owh esok pose, Selamat berpose to all!!

And to my hubby, Happy 1st Anniversary. I love you! Mmuah!


Wednesday 6 July 2011

Busy Body~

Saya sangat serabut dengan orang yang busy body. Well, who doesn't? kan?

Hari ni tetiba ada lar sorang hamba Allah ni, came to see me and asked me about my work. Dia tanya apa aku dah buat sepanjang aku keje kat sini. Tanya mana fail meja aku. And macam2 lagi dia interview. Macam seorang bos menyoal siasat orang bawahan dia. And i was like, apa kena dia ni?

Kenapa plak aku nak kena bagi laporan kat dia? Bos aku kat putrajaya kot. Apa2 hal aku report kat my boss la. And in fact, i just came back from an attachment seminggu kat putrajaya and me n my boss dah berbincang panjang lebar soal kerja aku. Yang si hamba Allah ni nak amik alih tugas bos apehal lak?

Aku cam terpinga2 kejap. But then aku sedar lar.. ramai rupanya si busy body kat sini. Haha.. Pasni maybe segala kerja and jadual keluar masuk aku, aku kena bentang kasi semua orang dengar and jelas. Baru dorang puas hati kot. Hik.. aku tak pernah peduli hal orang. And to be honest, nama dorang sume pun aku tak tahu. So aku rasa cam kelakar plak dorang duk amik tahu hal aku. Saya terasa sungguh glamer.. haha.

Please la people, mind ur own business. Leave me alone, will ya??

Saturday 2 July 2011

A promising July~

June has been rough on me. But July started with a big smile on my face. :D


Owh, now i'm in my last trimester. Sudah masuk 6 bulan maa.. Perut sudah membesar dgn hebat. And dah start itchy2.. ouch! Kaki sudah sakit2 and a bit sembab. Berbaring bukan lagi satu perkara yang enak lagi asyik sebab it gives pressure on my pinggang and tulang rusuk (which i used to called tulang belang2.. haha).And i need to do some shoppings too! This part memang best. hehe. But i'm loving this experience. No matter how hard it is, it's so beautiful in its own way. Thank you Allah :)

Hubby is coming back next weekend insyaAllah. Awana Kijal!! Here we're coming!! Tak sabar nak show him my baby bump and let him feel them kicking in my perut. It has grown a lot bigger since we last met early June itu hari. I know he's just as excited as i am. Owh kamu, cepatlah pulang!!!

What else huh? I'm a bit tired actually. Siang tadi teman Kak Lily layan blues. Sian kakak ku yang sorang tu. Pastu shopping2.. Now kena rehat kot. I'm praying so that my July will be full of happiness.. ameen~ Nite. :)

Friday 17 June 2011

I'm not Nora Elena. But i'm just as lucky :)

Woke up in the morning, with a bouquet of red roses beside me. Mom said, "Dari suamimu yang tercinta..", sambil tersengih2..

And aku pun bangun dengan terpinga-pinga.. dapat bunga pagi-pagi? Owh, before that, it's not really awal pagi, coz i was not well. Tak pegi keje. MC sebab demam, batuk, semput sume bercampur la.. seminggu jugak aku MC.

Then, baca kad yang terselit, of course it's from my beloved hubby, takkan from Seth Tan plak kan? haha..

Thanks kamu!! Eventhough i didn't get a whole car boot full of beautiful flowers :P, that flowers u sent me really made me smile for the whole day.. despite my not-so-very-good condition.

Here is the pic <3

I love you, En.Suami! You're the best! :)

Wednesday 15 June 2011

Kosong.

I'm feeling so empty. Masalah berakhir. But with the most unwanted solution. Tapi apa2 pun terpaksa redha. Perancangan Allah itu lebih baik kan?

For the sake of my babies dalam kandungan aku ni, and for the sake of my mother, aku memilih untuk berlapang dada. Bukan memilih untuk membenci. Walaupun aku punya 1001 alasan untuk membenci mereka semua. Tapi dendam bukanlah penyelesaiannya. Itu akan buat aku lagi merana. Jadi, i'm learning to forgive and forget.

Tapi itu tak bermakna aku boleh menerima semua ini sekelip mata. Aku juga manusia biasa. It may take months, or years before i can really accept all this.

Moga Allah permudahkan semuanya. Dan aku mohon Allah lindungi aku dan anak2 aku dari segala sifat keji dan mungkar. Amiin.

And to my hubby, thank you for giving me the best advice. It really calms me down. I love you! :)

Wednesday 8 June 2011

Suka dan Duka

Heyya! Salam..

So many things happened lately. i don't know where to begin. okay let's start with my shopping trip to KL last weekend.. it was a blast!!! Seronok sangat shopping barang baby eventhough jalan terkengkang-kengkang n terkedek2 cam itik, tapi babies punya pasal takde hal la..

I'm glad i decided to do the shoppings now because walaupun kandungan baru 5 bulan, Allah je yang tahu betapa beratnya nk bawak perut sambil shopping. Kaki lenguh la, perut cramp la.. dugaan betul. kalau tunggu 6-7 bulan, rasanya kena shopping naik kerusi roda la kot.. and Alhamdulillah we managed to buy 80% of the barang2 babies.. so the trip was a success!

Pastu semalam ada appointment ngan doctor, and doc ckp my babies are both girls!!! hihi.. sukenya!!!!! tapi.... before gi shopping aritu, scan baby nampak cam boy, but that was last month punya scan la.. so kami tak beli satu pun barang kaler pink..byk unisex la kot.. takpe la, pasni leh shopping sakan plak bila babies dah besar sket.. hehe..

Thank you hubby sbb belanja sume2 and bought me 2 precious gifts.. hehe.. i love u!! Muah2!

Okay abes cite gembira, balik2 kuantan, ada plak masalah timbul. It's a family matter. Tak dapat nak cerita kat sini tapi betul2 buat aku sakit kepala. Harap2 cepat2 la hal ni selesai. Takmo dah susah2 hati.. sian babies lam perut aku ni. Please pray for us k.

Erm, tu je kot for now.. nnt update lagi.. chow!

Thursday 26 May 2011

Sedekah~


Salam,

Entry kali ni saya nak bertazkirah sket.. hehe.. Bukan apa. Rasa cam nak berkongsi dan jadikan satu peringatan buat diri sendiri juga.

Pagi tadi tengok rancangan Adik & Al-Quran. Aku suka tengok rancangan tu sebab ustaz tu menafsir Al-Quran dengan kanak-kanak dengan cara bercerita. So in a way berjaya menarik minat aku jugak la.

Hari ni ayat yang ditafsirkan adalah berkenaan dengan Sedekah. Dipendekkan cerita, pengajaran yang boleh diambil dari kisah ayat tu ialah, waktu yang paling afdhal untuk kita bersedekah ialah time kita tengah rasa kedekut. Time ni pahalanya adalah berganda.

Dan pahala juga akan berganda jika kita bersedekah dan membantu kaum kerabat yang dalam kesusahan. Bukanlah maksudnya kita tak perlu tolong orang lain selain dari darah daging sendiri, cuma pahalanya adalah lebih jika kita tolong ahli keluarga terlebih dahulu.


Aku ingatkan selama ni, kalau kita tolong orang luar or yang takde pertalian darah tu lagi mulia, rupa-rupanya menolong kaum kerabat sendiri lebih banyak pahalanya. Subhanallah~

So lepas ni, marilah kita sama-sama jenguk2 saudara-mara, mana la tau ada antara mereka yang memerlukan bantuan or dalam kesusahan. Jangan kedekut untuk membantu. Sebab nanti Allah akan balas berkali ganda lagi rezeki tu. InsyaAllah.

Dan kat sini aku nak kongsi satu pengalaman yang sampai skang aku takleh lupa and i think worth sharing.

Kejadian ni berlaku masa aku pergi Jakarta dengan Kak Lily and Non tahun lepas. Masa tu hari terakhir kat sana. Duit kami dah kekeringan. Memang cukup2 untuk kami lunch before flite to KL. Time tu aku tengah tunggu kak lily and non pegi angkat beg. Tiba-tiba ada orang datang mintak sedekah untuk sekolah anak-anak miskin. Hati aku berbelah bahagi jugak, nak bagi ke tak. Kami pun dah tak banyak duit ni. Tapi aku pikir takpelah, mungkin dah rezeki anak-anak ni kot. Aku pun bagi la duit sket. Tapi still cukup la untuk kami makan ala kadar je nanti.

And then, pas makan tu, kami pun lepak2 kat dalam tu sementara tunggu nak naik flite. Tetiba cam sebelah meja kitorang tu ada 2 orang Malaysia yang lain.. So we all borak2.. Tetiba dia offer if kami nak makan apa2, dia boleh bayarkan sebab duit dia ada 2 juta rupiah lagi lebih tak abes belanja. Tapi kitorang dah makan tadi. But then tetiba dia hulur 600 ribu rupiah, katanya pegi la beli cenderahati ke apa buat balik Malaysia. And i was like.. Seriously?? Dah orang tu beria nak bagi, aku pun amik la. 600 ribu rupiah tu banyak ok! shopping sakan gak la time tu.. hehe

Bila aku pikir balik, ya Allah, aku cuma sedekahkan berapa rupiah je kat orang tu tadi, tapi Kau pulangkan balik berkali-kali ganda. Memang rasa takjub sangat time tu. Cash je Dia balas.

So pasni, sila jangan kedekut tuk bersedekah. Kalau Allah tak balas sekarang, mungkin di masa depan. Or mungkin di akhirat nanti, insyaAllah. Okeh? Ayuh bersedekah.. selamat beramal! :)

Tuesday 24 May 2011

Karate Kid~

Amaran : Started from few months ago until i don't know when, all i'll be talking about in this blog is about my pregnancy.. sebab my life right now revolves around this beautiful pregnancy je kot. Mostly la. And I don't want to forget this experience. So hopefully this will not irritate anyone's feeling. Sekian saja amaran saya :)


Firstly nak cakap, my babies dah start menendang2! Actually dah lama dia active, boleh nampak time pegi scan. cuma aku je yang tak rasa lagi.. after masuk 4 bulan setengah, barulah i started to feel it. And it's getting harder and lebih kerap day by day. Excited sangat kot!! Tapi rasa geli pun ada.. tak tau camne nak describe this feeling. hihi.. yang pasti i'm loving every bit of it. It's such a beautiful feeling. Terima kasih ya Allah sebab beri aku peluang merasai semua ni.

And sekarang ni aku kuat giler makan. Asyik lapar je. Even right after one heavy meal. Alhamdulillah, syukur sangat sebab dah dapat balik selera makan. Tapi hopefully tak overweight la nanti. haha..

Me and hubby dah rancang nak shopping barang2 babies kat KL nanti.. so many things to buy, and double in amount. Woho! Kena korek tabung la nampak gayanya.. huahua~

Apa-apa pun, tak sabar nak shopping.. and jumpa hubby.. wheee!~

Thursday 5 May 2011

Nikmat Yang Dikembalikan~

Assalamualaikum..

Harini rajin lak nak update blog.

Semalam was the first day aku pergi kerja after sebulan lebih bercuti sakit. Seronok sangat rasanya sebab dapat menyambung semula tanggungjawab yang tertangguh. And syukur tak terhingga pada Allah sebab aku dah semakin sihat. Dah takde muntah2 macam sebelum ni. Memang rasa different sangat. Aku pun dah terlupa macam mana rasanya hidup sihat.. boleh tak? Haha..

Sepanjang tempoh ni.. walaupun nikmat kesihatanku ditarik, tapi Allah bagi aku nikmat lain. Kasih sayang. Yer. Kasih sayang datang dari setiap sudut dan aku sangat bersyukur untuk itu. Ahli2 keluarga aku sangat banyak memberi support. Terutama sekali my mom yang tak jemu mengadap dan bersabar dgn aku.. I would have died if she wasn't around. huhu... Ateh yang rajin layan selera aku. Belikan kueh yang aku suka. Buatkan jeruk mempelam ubat loya aku. Masakkan lauk yg aku boleh makan. Peja dan Fikri bawak pegi klinik every now and then and blikan keperluan aku. Ayah tiri aku, abah yang susah hati dan caring sangat sepanjang aku melepek kat rumah ni. And ramai lagi la kalau nak sebut satu2.. And of course my husband yang bersabar melayan aku dari jauh and for coming back all the way from Labuan masa aku masuk ward dulu.

Memang aku takkan lupakan pengalaman mabuk mengandung for the first 4 months ni. Macam mana la mak aku boleh mengandung sampai 7 kali.. aku ni pun dah setengah mati kot. Owh yer, esok genap dah 4 bulan.. yeay!
Apa2 pun, aku syukur and lega fasa terseksa tu dah berakhir..aku harap2 la.. haha.. jgn dia datang balik pasni sudah.. insyaAllah tak kot..

Ok now since i'm back, banyak menda kena buat ni.. first skali nak cari rumah sewa.. pastu bli keta.. pastu shopping barang for babies sebelum my bump membesar coz nnt aku tak larat nak lasak2 dah.. seronoknya!! Pls pray for us :)

Friday 8 April 2011

The First Trimester is now over.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulilah. Syukur pada Allah. Hari ni genap umur kandungan aku 12 minggu or 3 bulan. Orang kata normally after 3 months kita takkan mabuk2 lagi dah. Tapi lain orang lain ragamnye kan. And with my twin ni, doctor ckp maybe berlarutan a bit longer.

I was admitted for 5 days kat KMC. Dengan rela hati menyerah diri sebab aku dah tak tahan dah. I couldn't drink. I couldn't eat. and asyik muntah sampai 10 kali sehari. I was severely dehidrated. And Alhamdulillah after discharge aku dah mampu makan n minum sket2, tapi muntah2 and pening2 tu still belum hilang. There's nothing the doctor can do about it. Just have to deal with it lar. Owh, aku pasrah.

Tapi kan, dalam tengah sakit2 tu.. bila tgk baby time scan rasa seronok sgt. Hilang sakit kejap. Hihi.. walaupun baru nak masuk 3 bulan time tu, tapi both my babies dah in full form. And sangat aktif. Menendang and tangan menggapai2.. comelnye!!! I thought dorang tak cukup zat memandangkan aku tak makan apa2, tapi Alhamdulillah kuasa Allah kan.

Right now, i'm praying hard so that i'll get better and dapat live my life macam sediakala. Please pray for us jugak k. :)

Friday 25 March 2011

Morning Sickness~

Agak lama aku tak menulis kat sini. I've been struggling with this real bad morning sickness since the last 4 weeks. Before pregnant, berat aku 52kg. But now, i'm only 46kg. A drastic lost.

Semalam pergi jumpa doctor. Alhamdulillah, my babies dah besar! I'm so excited! Doctor ckp they are not identical. So i might be getting kembar sepasang, or kembar tak seiras lelaki atau perempuan. Tak kesah la, asalkan both of them selamat dan sihat.

Aku almost kena masuk wad sebab tak cukup air. I've been vomiting dgn sangat kerap and at the same time, i hate to drink. Apatah lagi makan. Sebab i tend to muntah afterwards. But i promised the doctor i'll drink more water. But until now, it's still a struggle. God please help me!

Doctor ckp i'm experiencing morning sickness yang teruk sebab alangkah orang yg mengandung sorang pun hormon dah macam2, aku ni plak mengandung anak kembar so the hormones change twice as much. So no wonder la aku rasa macam ni. Susahnya nak dpt anak rupanya. Bukan free2 Allah nak bagi. Tapi takpe, demi anak-anak dalam kandungan ni, aku akan tabahkan hati.. insyaAllah tak lama lagi aku akan sihat macam orang lain jugak. please pray for me.

Thursday 24 February 2011

Made in Labuan :)


Salam.. Pertama sekali aku nak ucap Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga kepada Allah. :D

Minggu ni saje ada 2 berita yang tersangat2 gembira buat aku dan suami.

Earlier this week, i found out that i'm pregnant!!! Yes, finally! And ironically.. aku baru je membebel pasal preggy2 ni dalam entry yg lepas.. tup tup, dah ada isi.. hikhik.

And today baru ada masa nak pergi jumpa doctor. So the doctor did the scan-scan thingy on my belly, and suddenly she asked,

"Do you have any history of twins in your family?"

"Yes.. why? OMG! don't tell me it's a twin?!"

"Well, looks like there are two sacs in there"

.......(speechless)..............

And she showed me the monitor. I saw two bulat-bulat thingy melekat to each other. It was amazing! Seriously amazing! And i couldn't stop laughing, and tau tak apa aku terbayang? Kawan-kawan my husbands yang selalu usik kitorang about having twin or triplet. Mawi and his twin sons, Wawan, Tun, Amir, Sabri, Syed, Fitri. All the faces flashed depan mata aku dengan gelak ketawa yg nakal. Coz we've been joking around about these twin thingy. About the tips and the techniques.. and tak sangka pulak jadi kenyataan.. haha. And we didn't follow the tips pun.. so mungkin tips tu ada flaws kot. Kena review semula tu..hik~



Tapi doctor cakap it's still too early. Kandungan aku baru berusia 6 minggu. One of them might not survive. There are still risks involved. So i need to pray hard and pray for the best. Moga both of them selamat dilahirkan dengan sempurna.. amiin. And doctor bitau the due date is 21st October insyaAllah. Selamat after raya.. Boleh la melantak rendang dan ketupat lagi tahun ni. hihi..

Of course aku happy sangat2 and tak berhenti ucap syukur. Tapi at the same time i'm soO freaked out! Ye lar.. this is my first experience. Suddenly terus dapat 2. Mampukah aku? Dengan suamiku masih di Labuan. Adoi.. sedih gak bila pikirkan.

Tapi aku yakin, kalau aku tak mampu hadapi, takkan la Allah nak bagi.. ye tak? So, insyaAllah everything's gonna be just fine..

Please2 doakan kami sekeluarga :)

Friday 18 February 2011

Social Pressure~


Dah lama tak update blog..Sebab takde ape nak diluahkan. Tapi sekarang ni ada one issue that bothers me jugak lah.. takde la sampai aku stressed out (denial mode activated). Tapi sedikit sebanyak buat aku rasa risau and berdebar.

As much as single ladies out there rasa serabut bila ditanya "bila nak kahwin?", aku juga a bit serabut bila orang asyik tanya "bila nak dapat baby?", or "tak mengandung lagi ke?" , ada jugak ayat camni.. "owh lambat jugak yer awk, tak mengandung2 lagi".

For God's sake, I have only been married for 6 months ++ kot . And semua orang please be aware that me and my husband live far across the sea from each other. That it takes 2 flights and costs us more or less rm500 a month to just see each other. Sila jangan compare saya dengan mereka yang dapat bersama suami setiap hari setiap saat. Plus, i'm only 24++. Sabar boleh x? (I know i'm not getting any younger, tapi aku lum puas honeymoon kot.. hehe).


Eh, korang ingat senang ke nak wat baby? Haha.. itu rezeki Allah yang bagi.. lagipun i know and i believe perancangan Allah adalah yang terbaik. Kalau Dia belum nak kasi, mungkin itu lebih baik buat kami. Dengan keadaan kami yg jauh dan aku pulak pasni nak berpindah randah angkat luggage aku yang maha berat itu. Mungkin belum sesuai untuk aku mengandung.

Memang la aku nak baby. Tapi kadang2 aku doubt jugak.. do i really want a baby, or is it just because everyone else wants me to? Entahlar..

Social pressure ni memang takkan habis sampai la kita mati. Kalau pas abes belajar orang akan tanya - bila nak kerja?. Dah kerja, - bila nak kahwin? Dah kahwin, - bila nak dapat baby? Dah dapat baby, - bila nak dapat menantu? Dah dapat menantu, - bila nak dapat cucu? Dah dapat cucu, - bila nak mati? haha.. ada ke camni? Yang pasti nye the lists will go on and on sampai bila2.

Don't worry peeps, kalau Allah bagi aku rezeki, akan aku maklumkan kepada semua, so that u wont have to ask me every single time. Okay? Now, tadah tanganmu dan berdoalah untukku. Thank you. :)

Saturday 22 January 2011

Terhutang budi membawa Guilty~

Aku tak suka bila terhutang budi dengan orang. Tapi hidup sebagai manusia yang serba lemah memang tak boleh lari dari terhutang budi dengan orang.

Ada pantun orang dulu2 pasal hutang budi ni.

"Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati"

Kalau kau hutang duit, memang senang. Kau bayar, abes cite. Tapi kalau hutang budi, kau akan bawak perasaan tu sampai bila2.. Nak2 kalau orang yang tabur budi tu memang pandai ambil kesempatan.. abes ar kau. Kalau taknak tolong nanti, rasa bersalah sebab dia pernah tolong kita, tapi kalau tolong kang, diri dan perasaan sendiri akan susah.

Sebab tu aku lebih suka pada konsep, kita tolong orang hari ni, esok lusa kalau kita susah, Allah akan hantar orang lain untuk tolong kita pulak.. Tapi janganlah berangan nanti tetiba muncul Superman or Spiderman di saat2 kau kecemasan. Maksud aku, nanti insyaAllah ada je la orang yang terbukak hati untuk tolong kita. Dan bukannya percaya pada konsep "aku tolong kau hari ni, esok lusa kalau aku susah, kau WAJIB tolong aku!" . Kalau orang tu tak mampu nak tolong, takkan senang2 kau nak label dia tak kenang budi.. ye tak?

Bukannya aku nak cakap kat sini kita tak perlu kenang budi orang. Tapi sometimes susah jugak hidup kalau asyik nak pikir hati dan perasaan orang, especially orang yang kita rasa terhutang budi with. Mentang2 dia pernah tolong kita, tak semestinya kita kena jadi pak turut and ikut segala permintaan dia. Sometimes we have to learn to say no.

Dan itu kalau kita yang terhutang budi. What if kita pulak yang menabur budi pada orang? So here's another lesson lar. Kalau kita bagi pertolongan, janganlah harapkan balasan. Jangan pikir, takpe hari ni kita tolong dia, esok kita susah, dia mesti tolong kita. Don't ever think like that. Kalau nak tolong sesiapa, berharaplah biar Allah beri balasan yang baik sekiranya kita ikhlas..

Boleh ke camtu? cam agak susah. Tapi kalau nak didik hati jadi ikhlas, kena la cuba. :)

Sunday 16 January 2011

Dunia VS Akhirat

Salam,

Today, i came across a reminder. A clear reminder from Allah supaya kita tak melebih2kan dan obsess dengan dunia dan segala kepalsuannya. And thought of sharing it here so that it will last longer in my head insyaAllah.

So, here goes the ayat:-

(57 [al- hadid]:20) "ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, senda gurauan dan perhiasan. dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat nanti ada azab yg keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."

Sometimes i feel frustrated when i didn't get what i want. And also jeles giler bila tengok orang pergi melancong sana sini. Pastu tengok orang pakai baju and shawl yang gorjes2, mula lah hati ni 'gelepor' nak beli jugak..

Aku pun teringin nak pakai skinny jeans.. sbb rasa cam cantiknya!!! But my husband selalu remind me, it's not nice, katanya. Nak berfesyen2 tapi aurat ntah ke mana campaknya.

And when aku berperangai macam2.. he always cakap "dunia semua tu.. dunia!" in a lawak way lar.. but then aku balas.. "abes tu bola bukan dunia ke?".. deng! terus dia sengih2 ala kerang busuk.. haha.. sori kamu.. me gurau jek. i know bola dan skinny jeans serta shawl rambu ramba memang langsung tak compatible untuk dibuat perbandingan.

Aku jugak agak kesal dengan gaya hidup zaman sekarang. Banyak sangat benda yang buat kita lagho. Facebook lar. Blog lar. Game lar. Twitter lar.. And macam2 lagi.. Berapa minit sangat kita luang masa untuk baca Al-Quran? And lebih teruk ada yang tak sembahyang bang. Nauzubillah...

Kita sanggup bersusah payah sebab nak be up-to-date. Sanggup keluar wang banyak2 bikin kereta lar, bikin rupa paras lar.. tapi nak sedekah kat masjid cukup payah. Sedangkan itu lah harta kita di akhirat kelak. Bukannya skinny jeans atau shawl rambu ramba atau PS3.

Benda ni bukan senang nak buat. Sebab aku juga manusia biasa yang cepat sangat lupa diri dan iman yang sentiasa turun naik macam roller coster. Tapi insyaAllah mulai hari ini, aku akan cuba menahan diri dari terpedaya dengan godaan dunia yang melebih2. Try nak hidup sederhana dan tak rasa pressure dengan kepalsuan duniawi lagi.. Moga Allah kuatkan imanku dan kita semua. Amiin~

Jom ramai2 kita beramal! :)

Monday 10 January 2011

I still love them nevertheless

Dah nak masuk 3 bulan in total aku mengajar budak2 khas kat sekolah ni. Baru je 3 bulan tp dah macam2 pengalaman pahit manis aku rasa. Pengalaman yang sangat berharga i would say.

Something funny happened today in my Pendidikan Seni Visual class. The class was only for 30mins. Tapi jangan tak tau, dalam 30minit macam2 boleh jadi.. pening palak ku (baca dalam loghat sarawak).

Tengah2 mengajar, tiba-tiba boleh pulak ada budak berak dalam kelas. Setakat budak kencing tu dah biasa. Tapi hari ni first time kena handle budak berak dalam kelas.. haha.. kelam kabut aku jerit panggil PPM. Nasib baik taik dia cam ala2 taik kambing jek jatuh atas lantai. Tapi bau dia.. perggh!! busuk tak hingat beb! AAaaarggghhh! PPM (Pembantu Pengurusan Murid) bawak budak tu gi toilet and mandikan dia.

Bila drama berak memberak dah tamat.. tiba-tiba Dominic and Lim bergaduh.. Lim adalah pelajar paling baik and paling comel dalam kelas tu. Budak lelaki chinese yang agak2 tembam dengan berbulu mata lentik. He's autistic. And tak tau kenapa hari ni dia emo giler, Dominic pegi tampar tangan dia.. dia pun menangis.. aku cuba pujuk. Pastu tetiba Lim tergopoh2 try bukak seluar dia.. aku ingat dia nak kencing or berak. Fobia dengan kejadian berak tadi, aku pun beria lah berlari pegi bukak pintu class suruh dia keluar gi toilet. Rupa-rupanya dia bukak seluar pastu terjelepuk duduk atas lantai.. What the??? And when i tried to pujuk him pakai semula seluar, dia pegi bukak baju pulak.. AAAaarrghhh! Now dia dah telanjang bulat!! Nehiiii!!!

And melihatkan Lim yang berbadan tembam dan bertelanjang bulat duk merajuk atas lantai, aku tak dapat tahan diri dari gelak. Sakit perut aku wei. And mungkin PPM dari kelas sebelah dengar kecoh2, dia pun datang tolong aku pujuk Lim pakai baju. And nasib baik tak lama la dia merajuk. Kalau tak, tak tau la aku ape nak buat.

Rupanya hari ni memang Lim ada masalah emosi sikit. Cikgu yang mengajar lepas aku pun bitau yang Lim cuba nak berbogel jugak dlm kelas dia tadi. Ape punya penyakit ntah budak Lim tu hari ni. Haih.. Nasib ko comel Lim..

Itu baru kisah dalam satu kelas. Belum lagi berkelas-kelas. Memang warna-warni hidup dalam Pendidikan Khas ni. Kalau terlampau ambil serius sangat, cikgu boleh sakit jiwa. Haha..

Walau apa pun perangai dorang, aku tak pernah benci. Bukan dorang minta dilahirkan begitu. Selagi aku boleh beri kasih sayang dan tunjuk ajar sementara aku masih di sini, aku minta Tuhan ikhlaskan hati aku. Don't want to think about going back to Kuantan anymore, sehinggalah surat sampai. InsyaAllah. Doakan aku :)

Wednesday 5 January 2011

Formula hidup sihat :)


Semua orang sibuk nak kuruskan badan.

One of the main reasons is to look good.

And the second famous reason is to be healthy.

But personally for me.. aku tak suka kalau aku gain weight is because baju and seluar akan sendat mendat and tak selesa. Takkan nak ganti the whole closet kot kan?

I came across this saying.. which i think sangat bagus.

"Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"
See! See! Siapa makan banyak maka banyaklah dagingnya. You are what you eat. And that is so true. Takkan lah orang yang makan daun je tiap2 hari boleh jadi montel kan.

I always tell myself, makan tak perlu banyak sampai kenyang batak. Cukuplah sehingga kita sudah tidak lapar. Macam pesan Rasulullah saw, berhenti makan sebelum kenyang. Yang selebihnya tu hanya nafsu. So for those who are trying very hard to lose weight, just jaga pemakanan korang. Tak guna pegi gym bagai kalau makan taknak kalah.

But sometimes, i also want to mogok. I eat macam orang kemaruk. Order macam2. Pastu berat naik and mula jalan sket pun mengah. Coz aku ada asthma.. sebab tu takleh gemok.

So people, kesimpulannya. Eat healthy. Live healthy and happy. adios! :)

Tuesday 4 January 2011

Penantian satu penyeksaan.

I'm still in Kuching. Still waiting for the transfer letter.. what takes you so long??? Give me my letter please! I wanna go home!

Dulu masa tak tau lagi kena pindah bila, i was okay. Tapi now dah dapat surat pelepasan from JPN Sarawak, still kena tunggu surat penempatan from Bahagian Sumber Manusia, aku jadi macam tak tenteram. Asyik terfikir nak balik je.

Banyak faktor sebenarnya nape aku cam homesick giler. I just came back from Labuan after 1 and a half months kat sana. Stayed with my husband. And now i missed him like crazy or in other words meroyan. And i haven't gone back to Kuantan since i came here in September itu hari. I missed my mom. My sister. My nieces and nephews. My brothers. My friends. I missed everyone and everything.

And this year pulak kena ajar subjek agama and pengurusan tingkah laku which bagi aku sangat mencabar. Kena ajar kelas paling lemah plak tu. My students sume takleh cakap and hidup dalam dunia masing2 and yang suka mengamuk.. It's so hard. i feel helpless. And aku rasa macam down sangat. Rasa bersalah pun ada sebab macam kerja tak ikhlas asyik dok pikir nak pindah kuantan. Uwaaaa!!

Cepatlah keluarkan surat saya wahai Bahagian Sumber Manusia. Tolong!!!!