Saturday 22 January 2011

Terhutang budi membawa Guilty~

Aku tak suka bila terhutang budi dengan orang. Tapi hidup sebagai manusia yang serba lemah memang tak boleh lari dari terhutang budi dengan orang.

Ada pantun orang dulu2 pasal hutang budi ni.

"Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati"

Kalau kau hutang duit, memang senang. Kau bayar, abes cite. Tapi kalau hutang budi, kau akan bawak perasaan tu sampai bila2.. Nak2 kalau orang yang tabur budi tu memang pandai ambil kesempatan.. abes ar kau. Kalau taknak tolong nanti, rasa bersalah sebab dia pernah tolong kita, tapi kalau tolong kang, diri dan perasaan sendiri akan susah.

Sebab tu aku lebih suka pada konsep, kita tolong orang hari ni, esok lusa kalau kita susah, Allah akan hantar orang lain untuk tolong kita pulak.. Tapi janganlah berangan nanti tetiba muncul Superman or Spiderman di saat2 kau kecemasan. Maksud aku, nanti insyaAllah ada je la orang yang terbukak hati untuk tolong kita. Dan bukannya percaya pada konsep "aku tolong kau hari ni, esok lusa kalau aku susah, kau WAJIB tolong aku!" . Kalau orang tu tak mampu nak tolong, takkan senang2 kau nak label dia tak kenang budi.. ye tak?

Bukannya aku nak cakap kat sini kita tak perlu kenang budi orang. Tapi sometimes susah jugak hidup kalau asyik nak pikir hati dan perasaan orang, especially orang yang kita rasa terhutang budi with. Mentang2 dia pernah tolong kita, tak semestinya kita kena jadi pak turut and ikut segala permintaan dia. Sometimes we have to learn to say no.

Dan itu kalau kita yang terhutang budi. What if kita pulak yang menabur budi pada orang? So here's another lesson lar. Kalau kita bagi pertolongan, janganlah harapkan balasan. Jangan pikir, takpe hari ni kita tolong dia, esok kita susah, dia mesti tolong kita. Don't ever think like that. Kalau nak tolong sesiapa, berharaplah biar Allah beri balasan yang baik sekiranya kita ikhlas..

Boleh ke camtu? cam agak susah. Tapi kalau nak didik hati jadi ikhlas, kena la cuba. :)

Sunday 16 January 2011

Dunia VS Akhirat

Salam,

Today, i came across a reminder. A clear reminder from Allah supaya kita tak melebih2kan dan obsess dengan dunia dan segala kepalsuannya. And thought of sharing it here so that it will last longer in my head insyaAllah.

So, here goes the ayat:-

(57 [al- hadid]:20) "ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan, senda gurauan dan perhiasan. dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat nanti ada azab yg keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."

Sometimes i feel frustrated when i didn't get what i want. And also jeles giler bila tengok orang pergi melancong sana sini. Pastu tengok orang pakai baju and shawl yang gorjes2, mula lah hati ni 'gelepor' nak beli jugak..

Aku pun teringin nak pakai skinny jeans.. sbb rasa cam cantiknya!!! But my husband selalu remind me, it's not nice, katanya. Nak berfesyen2 tapi aurat ntah ke mana campaknya.

And when aku berperangai macam2.. he always cakap "dunia semua tu.. dunia!" in a lawak way lar.. but then aku balas.. "abes tu bola bukan dunia ke?".. deng! terus dia sengih2 ala kerang busuk.. haha.. sori kamu.. me gurau jek. i know bola dan skinny jeans serta shawl rambu ramba memang langsung tak compatible untuk dibuat perbandingan.

Aku jugak agak kesal dengan gaya hidup zaman sekarang. Banyak sangat benda yang buat kita lagho. Facebook lar. Blog lar. Game lar. Twitter lar.. And macam2 lagi.. Berapa minit sangat kita luang masa untuk baca Al-Quran? And lebih teruk ada yang tak sembahyang bang. Nauzubillah...

Kita sanggup bersusah payah sebab nak be up-to-date. Sanggup keluar wang banyak2 bikin kereta lar, bikin rupa paras lar.. tapi nak sedekah kat masjid cukup payah. Sedangkan itu lah harta kita di akhirat kelak. Bukannya skinny jeans atau shawl rambu ramba atau PS3.

Benda ni bukan senang nak buat. Sebab aku juga manusia biasa yang cepat sangat lupa diri dan iman yang sentiasa turun naik macam roller coster. Tapi insyaAllah mulai hari ini, aku akan cuba menahan diri dari terpedaya dengan godaan dunia yang melebih2. Try nak hidup sederhana dan tak rasa pressure dengan kepalsuan duniawi lagi.. Moga Allah kuatkan imanku dan kita semua. Amiin~

Jom ramai2 kita beramal! :)

Monday 10 January 2011

I still love them nevertheless

Dah nak masuk 3 bulan in total aku mengajar budak2 khas kat sekolah ni. Baru je 3 bulan tp dah macam2 pengalaman pahit manis aku rasa. Pengalaman yang sangat berharga i would say.

Something funny happened today in my Pendidikan Seni Visual class. The class was only for 30mins. Tapi jangan tak tau, dalam 30minit macam2 boleh jadi.. pening palak ku (baca dalam loghat sarawak).

Tengah2 mengajar, tiba-tiba boleh pulak ada budak berak dalam kelas. Setakat budak kencing tu dah biasa. Tapi hari ni first time kena handle budak berak dalam kelas.. haha.. kelam kabut aku jerit panggil PPM. Nasib baik taik dia cam ala2 taik kambing jek jatuh atas lantai. Tapi bau dia.. perggh!! busuk tak hingat beb! AAaaarggghhh! PPM (Pembantu Pengurusan Murid) bawak budak tu gi toilet and mandikan dia.

Bila drama berak memberak dah tamat.. tiba-tiba Dominic and Lim bergaduh.. Lim adalah pelajar paling baik and paling comel dalam kelas tu. Budak lelaki chinese yang agak2 tembam dengan berbulu mata lentik. He's autistic. And tak tau kenapa hari ni dia emo giler, Dominic pegi tampar tangan dia.. dia pun menangis.. aku cuba pujuk. Pastu tetiba Lim tergopoh2 try bukak seluar dia.. aku ingat dia nak kencing or berak. Fobia dengan kejadian berak tadi, aku pun beria lah berlari pegi bukak pintu class suruh dia keluar gi toilet. Rupa-rupanya dia bukak seluar pastu terjelepuk duduk atas lantai.. What the??? And when i tried to pujuk him pakai semula seluar, dia pegi bukak baju pulak.. AAAaarrghhh! Now dia dah telanjang bulat!! Nehiiii!!!

And melihatkan Lim yang berbadan tembam dan bertelanjang bulat duk merajuk atas lantai, aku tak dapat tahan diri dari gelak. Sakit perut aku wei. And mungkin PPM dari kelas sebelah dengar kecoh2, dia pun datang tolong aku pujuk Lim pakai baju. And nasib baik tak lama la dia merajuk. Kalau tak, tak tau la aku ape nak buat.

Rupanya hari ni memang Lim ada masalah emosi sikit. Cikgu yang mengajar lepas aku pun bitau yang Lim cuba nak berbogel jugak dlm kelas dia tadi. Ape punya penyakit ntah budak Lim tu hari ni. Haih.. Nasib ko comel Lim..

Itu baru kisah dalam satu kelas. Belum lagi berkelas-kelas. Memang warna-warni hidup dalam Pendidikan Khas ni. Kalau terlampau ambil serius sangat, cikgu boleh sakit jiwa. Haha..

Walau apa pun perangai dorang, aku tak pernah benci. Bukan dorang minta dilahirkan begitu. Selagi aku boleh beri kasih sayang dan tunjuk ajar sementara aku masih di sini, aku minta Tuhan ikhlaskan hati aku. Don't want to think about going back to Kuantan anymore, sehinggalah surat sampai. InsyaAllah. Doakan aku :)

Wednesday 5 January 2011

Formula hidup sihat :)


Semua orang sibuk nak kuruskan badan.

One of the main reasons is to look good.

And the second famous reason is to be healthy.

But personally for me.. aku tak suka kalau aku gain weight is because baju and seluar akan sendat mendat and tak selesa. Takkan nak ganti the whole closet kot kan?

I came across this saying.. which i think sangat bagus.

"Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"
See! See! Siapa makan banyak maka banyaklah dagingnya. You are what you eat. And that is so true. Takkan lah orang yang makan daun je tiap2 hari boleh jadi montel kan.

I always tell myself, makan tak perlu banyak sampai kenyang batak. Cukuplah sehingga kita sudah tidak lapar. Macam pesan Rasulullah saw, berhenti makan sebelum kenyang. Yang selebihnya tu hanya nafsu. So for those who are trying very hard to lose weight, just jaga pemakanan korang. Tak guna pegi gym bagai kalau makan taknak kalah.

But sometimes, i also want to mogok. I eat macam orang kemaruk. Order macam2. Pastu berat naik and mula jalan sket pun mengah. Coz aku ada asthma.. sebab tu takleh gemok.

So people, kesimpulannya. Eat healthy. Live healthy and happy. adios! :)

Tuesday 4 January 2011

Penantian satu penyeksaan.

I'm still in Kuching. Still waiting for the transfer letter.. what takes you so long??? Give me my letter please! I wanna go home!

Dulu masa tak tau lagi kena pindah bila, i was okay. Tapi now dah dapat surat pelepasan from JPN Sarawak, still kena tunggu surat penempatan from Bahagian Sumber Manusia, aku jadi macam tak tenteram. Asyik terfikir nak balik je.

Banyak faktor sebenarnya nape aku cam homesick giler. I just came back from Labuan after 1 and a half months kat sana. Stayed with my husband. And now i missed him like crazy or in other words meroyan. And i haven't gone back to Kuantan since i came here in September itu hari. I missed my mom. My sister. My nieces and nephews. My brothers. My friends. I missed everyone and everything.

And this year pulak kena ajar subjek agama and pengurusan tingkah laku which bagi aku sangat mencabar. Kena ajar kelas paling lemah plak tu. My students sume takleh cakap and hidup dalam dunia masing2 and yang suka mengamuk.. It's so hard. i feel helpless. And aku rasa macam down sangat. Rasa bersalah pun ada sebab macam kerja tak ikhlas asyik dok pikir nak pindah kuantan. Uwaaaa!!

Cepatlah keluarkan surat saya wahai Bahagian Sumber Manusia. Tolong!!!!