Friday, 30 October 2009

Urrggghhh!!!

AMARAN! ini adalah luahan perasaan semata-mata.. jangan baca kalau taknak berdarah mata.

Alamak! tak tau lak nak mula camne.. haha!

First skali aku nak cakap.. aku benci tempat ni!!!! everything about this place! The people.. huh.. dont know how to describe them.. tak pernah i came across this type of crowd.. tak suker!!!!

Too many dramas.. tolong rileks boleh tak?? Umur aku 23 tahun.. bukan 13 tahun ok?? And aku takde kuasa nak masuk campur menda yang bukan urusan aku.. eh.. banyak lagi mende lain aku boleh buat.. tapi cuba berterus-terang, aku bukan makhluk yang akan bertukar hijau or ungu bila ada masalah.. masalah orang lain pulak tu.. tak kuasa tau tak? Cuba cakap awal2 yang hal ni takde kena mengena ngan aku.. senang cite.. ni nak main2 kan perasaan orang.. ingat seronok ke woiiii???

Dah skang ni tak pasal-pasal aku yang tak terlibat pun, dah terlibat sama.. sebab keputusan sesetengah orang yang tak pandai nak berfikir rasional.. nak jadi pengaman PBB kunun! taik kucing!

Daripada taknak marah, dah jadi nak marah. Tak pasal2 orang yang takde masalah ngan aku, tarik muka.. what the heck??? Aku yang takde kena mengena pun dah disalah anggap.. eeeiii.. sakitnyer hati!

Kepada mereka yang mencipta drama ni, dan kepada yang telah buat drama ni jadi telenovela yang sangat panjang.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!!!! JASA ANDA DIKENANG SAMPAI SAYA MATI!

Thursday, 22 October 2009

FRIENDS

Manusia memang ada macam-macam jenis kan?



Kemana saja kita pergi, kita akan jumpe kawan baru. Dan each and everyone of them tu berbeza. Sangat berbeza.

Ada yang sekepala dengan kita. Ada yang lain pesen sikit. Bila dah lakukan screening test, kita akan tahu siapa yang kita leh masuk geng with. Senang cite, orang yang kita boleh lepak2 and sembang2. lama-lama, kita akan ada geng sendiri.. or 'puak'.

Tapi, persoalannye di sini? Salah ke kalau kita ada 'puak' kita sendiri?
Erm, susah nak cakap. Memang la amalan atau budaya asabiah atau berpuak2 ni tak bagus.. kita kan 1 Malaysia?? aicewahhhh~

Tapi kan, come to think of it, sebenarnya, semua orang pun bersikap asabiah.

Kalau dalam our circle of frens, kawan pejabat ke, kawan kelas ke, tak semua yang punyai minat yang sama. cara yang sama.
Dan biasanye, kita tend to close with those yang kita leh get along with. kan? kan?
kita kuar makan ngn dorang. gi mana2 ngn dorang. lepak ngan dorang. gelak ketawa ngan dorang. wat jahat sama2 ngn dorang gak.
And thus, kawan yang tak sekepala tadi, just jadi kawan 'hi, hi, bye, bye' lah. tul tak? bukan la bermaksud kita ditch those yang lain dengan kita, tapi, biasanya kalau jumpe, borak sket2, tanya2 kaba... n thats it. tak lebih dari tu. so, secara tak langsung, dah wujud asabiah kt situ. tak ke?

Jadi, kita tak patut nak kata orang tu or orang ni ada sikap berpuak2. Sebab sebenarnya kita pun camtu gak.

That is just how things go. Accept it or deny it, up to u. ini cuma pendapat saya. sekian~
owh btw, i love my frens! Call me asabiah or wutever, i just wont hang out with people yang very annoying to me.. bye~

Wednesday, 21 October 2009

My Sleepy Head

i don't know why, but lately, aku suke sungguh tido dalam kelas. Sampai classmates aku pun pelik apsal aku jadi gitu.. dorang kata, salah satu ciri-ciri kanak2 slow learner adalah selalu mengantuk dalam class.. kureng asam betul.. huhu..

Tak cukup tido malam ke? Nak bape jam benor?


Sekarang ni, mengantuk ni datang tak kira masa, pensyarah takde ke, pensyarah tengah mengajar ke, kalau mata dah berat cam tong gas, aku boleh lelap jugak.. seb baik tak berdengkur jek.. aku harap lar..

macam2 gaya pulak tu.. kepala atas meja, kepala atas kerusi sebelah, tersengguk2, duduk tegak, tangan tekup muka.. huh.. gaya apa lagi aku belum cuba? semuanya menghasilkan tido yang asyik giler!!

Nasib baik lecturer cam memahami.. dorang buat tak tau jek tengok kepala aku terhuyung-hayang cam mabuk ecstasy. buatnye dia libas aku time tengah syok bermimpi tu, tak ke sakit jantung? malu lagi.. huhu..

Amalan ini amatlah tidak sihat.. saya akan cuba mengubahnya secepat mungkin.. kerana sesungguhnya pemandangan aku tido dalam kelas sangat tidak indah. sekian, terima kasih~

Monday, 5 October 2009

The Ugly Truth!

Sape dah tengok cite 'the ugly truth'? huahua~ Mengong punye cite. Jangan tgk!

Anyways..

I'm not writing this post to talk about the movie.. but rather some story that i heard today.

Early this morning, me and Aisyah went to this one NGO in PJ. Ada assignments kena buat kat situ. Then we borak2 with the administrator lah about the school to find some information.

Then she cerita about her experience. She's quite veteran. So memang banyak makan garam la kan.

She opened up an NGO, it's not hard to tell that she has problems with our government's special education system.. and i've to admit, memang banyak menda tak betul dalam system kita.

And aku rasa paling sedih and jijik when she cerita pasal this one case which happened to her ex-student.

Ada la this one girl, anak majistret.. she's a good looking girl..very pretty.. but she's a slow learner or dalam erti kata lain, budak lembam.. itulah istilah yang diguna pakai bagi budak2 yang susah nak belajar ni. Her mother got transfered to another negeri, then she also had to pindah sekolah la.. then masuk sekolah kerajaan..

One day, just in a split second, she was missing from her class.. cikgu dia cari punya cari.. tak jumpa.. then cari lagi.. dan lagi.. sampai la dia rasa nak cari dalam mens toilet.. and guess what, the teacher found that poor little girl in there, MOLESTED!!! by a male teacher.. with kopiah. Can u imagine????

Urgghh.. very disturbing la to hear such story.. and the worst part is, that teacher terlepas dari tindakan undang2.. and just got transfered to another school.. WTF?? Ni aku nak emo nih..

A teacher who was supposed to teach and protect, sanggup buat menda keji camtu.. apa guna kopiah atas kepala kalau nafsu cam binatang. Buat malu orang islam je. Dah la budak tu budak special.. kesian giler ok! And that administrator yang told the story is an indian woman.. malu aku dengan perangai orang islam camtu. huhu..

Dan macam2 lagi la dia cerita pasal apa yang dia tak puas hati.. and what happened sepanjang dia deal dengan goverment.. pendidikan khas memang tak terbela langsung..

and my lecturer even said, kalau ada anak special, and kita masukkan dia ke kelas masalah pembelajaran, kita dah tutup masa depan dia.. ini seorang lecturer pendidikan khas yang ckp yer.. even dia sendiri pun tak yakin dengan sekolah khas kerajaan..

Kalau di overseas, to put ur children in the special school, is a good effort, and memang ramai budak2 dia yang berjaya masuk ke mainstream school later on.. but in Malaysia, budak mainstream masuk aliran khas.. ape kes?

Besarnya tanggungjawab aku untuk masuk dalam aliran istimewa ni.. taknak jadi cam cikgu2 yang hanya bekerja sebab nak gaji.. tapi mampu ke aku? ikhlas ke aku? Aku pun tak tau..

Sekarang rasa cam berbelah bagi.. betul ke aku nak jadi cikgu for special kids ni? Betul ke Rozzairin? huhuhu.. kawan2 tolong doakan yer.. moga hati ni ikhlas dan tetap. amiin.

Thursday, 17 September 2009

RAya wEi rAya!!!!

Akhirnya!! cuti raya pun tiba...:D Hooray!!!

Terseksa betul menghitung hari nak cuti ni.. masuk class memang takde mood langsung nak belajar.. hati dah kat kampung..

InsyaAllah aku akan balik Kuantan esok kul 10. Meminta belas ehsan Polar dan Mirah tumpangkan aku balik kampung.. nasib baik budak2 ni sanggup tunggu aku cuti. kalau tak, susah lar.. huhu..

This year, aku excited giler nak raya..! excited giler!

Al-maklumlah dah 3 tahun berturut-turut beraya di perantauan.. Tahun ni nak beraya sepenuh hati kat kampung halaman pulak!!! Harap-harap takde onar la di hari raya kali ni.. moga kami semua gembira dan bahagia.. amiin..

Dan yang paling best.. nak duit raya!! hehe.. dah 3 tahun tak merasa beratur kutip angpau.. aku lum keje, so masih layak i guess to receive barang seangpau dua duit raya.. hikhik... kalo orang taknak bagi, akan ku guling2 meraung.. confirm dapat punya! hekhek..

Raya tahun ni, me, kak lily and kak cha sepakat nak menyambut raya pertama di rumah mak. selama ni, pagi raya mesti kami sambut kat rumah nenek, biasanye, tengah hari atau petang baru mak akan sampai bersama adik beradik yang lain. Jadi, this year, nak mengubah tradisi sket. Nak beraya dengan ibu tersayang terlebih dulu.. then, barulah pergi beraya umah nenek dan sedara mara yang lain.

Baju raya dah ada, kasut raya dah bli, kerongsang raya dah bli, tudung raya pun dah ada.. ok cukup lengkap.. leh blk raya yahooo!

Kepada kawan2 dan sedara mara yang akan balik beraya.. hati2 di jalan raya.... biar lambat asal selamat.. okay??!

Dan kepada insan tersayang di Labuan, tabahkan hati kamu yer.. Beraya elok2 kat sana.. lain taun kita raya sama2 k.. hehe..

kay, got to kemas baju2 and assignments.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! taraaa!

Friday, 11 September 2009

Aku bukan anak ayam.

Hari ni, adalah hari tension sedunia.. eh bukan sedunia.. aku sorang je kot.

kenapa?

sebab serabut.. risau.. geram..

Episod "bahagia" aku dengan kpm belum berakhir rupanya. Aku pun tak tau la sampai bila aku terpaksa deal dengan orang2 macam ni.


AKU BUKAN ANAK AYAM!!!!! AKU ANAK ORANG LAR!!!


Urgggh!!! Kalau nak cerita, berpages2 pun belum tentu abes.. lagipun tak baik mengumpat.. lebih2 lagi bulan ramadhan ni..


Tahan punya tahan, hari ni, jatuh juga air mata ku.. di depan lecturer somemore!! Dan kejadian tadi amat memalukan la aku rasa.. Aku bukan sengaja mencipta drama.. Tuhan je yang tahu betapa bergetar bibir aku menahan rasa.. tapi akhirnya mengalir juga.. cis!!


I was emotionally tak stable sejak pagi lagi. Dan tengah hari tadi adalah kemuncaknya. Kesian Aisyah terpaksa dengar luahan perasaan aku.. Sori ye Isyah!! :(


Jangan risau.. tiada siapa2 kena marah or maki. Walaupun i really wish i could.


Huh.. Apa la nasib.. betulkah jalan yang aku pilih ni? Only God knows.....

Tuesday, 1 September 2009

Rojak

Aku nak cite banyak mende.. macam2 nak luahkan ni.. tapi tak reti mana nak mula..

Alhamdulillah aku masih bernyawa dan menikmati bulan ramadhan pada tahun ni. Tapi hari ni dah masuk 3 hari aku tak puasa. Sebab sakit perut. Doktor kata gastrik. Aku pun tak pasti betul ke tak sebab aku tak pernah kena gastrik before this. Sedih betul.. Tapi aku redha.. sakit tu kan kifarah dosa..

Sejak aku masuk kpli ni.. dah 3 kali aku pergi klinik.. hosmet aku cakap.."Rin ni selalu jugak sakit ek? Baru masuk sebulan kat sini".. seram lak aku dgr.. sebab aku dulu tak macam ni. huhu.. Moga lepas ni Allah kurniakan kesihatan yang lebih baik pada aku. Amiiin..

Aku baru abes cuti seminggu actually. Balik kampung, tolong mak berniaga kat bazaar ramadan.. best sangat.. aku suker! hehe.. tapi penat sket lar.. pastu dah malas nak buat keje skolah.. cemerlang! Mak aku hari2 bebel.. suh aku siapkan keje.. tapi aku nak jugak tolong die.. Baik tak aku? hehe..

Kebanyakkan my homeworks, memerlukan kreativiti yang tinggi. Maklumla nak jadi cikgu kan.. kena pandai tarik minat pelajar. Dan aku, adalah orang paling tak kreatif dalam dunia. Antara adik beradik, tulisan akulah paling buruk. Aku tak pandai melukis. mewarna apatah lagi.
Dan kpli betul2 mencabar skills aku.. sebab semua benda perlukan aku menjadi orang yang kreatif. Dan yang buatkan tangan aku nampak lagi kayu adalah, classmates aku sume kreatif + rajin.. even budak2 laki.. macam2 idea menarik dorang ada. Aku plak macam orang tak reti berfikir dah jadinya. Owh, sangatlah rendah diri ini terasa. Kalau buat kerja apa2, malu nak keluarkan hasil kerja aku depan dorang.. memang nampak hodoh giler.. sebab dorang punya memang superb! Camne nak jadi orang yang kreatif ek? Kenapa tangan aku kayu sangat? kenapa????? Ok takyah jawab.. aku tau kenapa..

Erm, its time to makan ubat.. tapi nak makan bubur nasi dulu.. doakan saya cepat sembuh k.. and selamat berpuasa pada semua!!!