Monday, 10 January 2011

I still love them nevertheless

Dah nak masuk 3 bulan in total aku mengajar budak2 khas kat sekolah ni. Baru je 3 bulan tp dah macam2 pengalaman pahit manis aku rasa. Pengalaman yang sangat berharga i would say.

Something funny happened today in my Pendidikan Seni Visual class. The class was only for 30mins. Tapi jangan tak tau, dalam 30minit macam2 boleh jadi.. pening palak ku (baca dalam loghat sarawak).

Tengah2 mengajar, tiba-tiba boleh pulak ada budak berak dalam kelas. Setakat budak kencing tu dah biasa. Tapi hari ni first time kena handle budak berak dalam kelas.. haha.. kelam kabut aku jerit panggil PPM. Nasib baik taik dia cam ala2 taik kambing jek jatuh atas lantai. Tapi bau dia.. perggh!! busuk tak hingat beb! AAaaarggghhh! PPM (Pembantu Pengurusan Murid) bawak budak tu gi toilet and mandikan dia.

Bila drama berak memberak dah tamat.. tiba-tiba Dominic and Lim bergaduh.. Lim adalah pelajar paling baik and paling comel dalam kelas tu. Budak lelaki chinese yang agak2 tembam dengan berbulu mata lentik. He's autistic. And tak tau kenapa hari ni dia emo giler, Dominic pegi tampar tangan dia.. dia pun menangis.. aku cuba pujuk. Pastu tetiba Lim tergopoh2 try bukak seluar dia.. aku ingat dia nak kencing or berak. Fobia dengan kejadian berak tadi, aku pun beria lah berlari pegi bukak pintu class suruh dia keluar gi toilet. Rupa-rupanya dia bukak seluar pastu terjelepuk duduk atas lantai.. What the??? And when i tried to pujuk him pakai semula seluar, dia pegi bukak baju pulak.. AAAaarrghhh! Now dia dah telanjang bulat!! Nehiiii!!!

And melihatkan Lim yang berbadan tembam dan bertelanjang bulat duk merajuk atas lantai, aku tak dapat tahan diri dari gelak. Sakit perut aku wei. And mungkin PPM dari kelas sebelah dengar kecoh2, dia pun datang tolong aku pujuk Lim pakai baju. And nasib baik tak lama la dia merajuk. Kalau tak, tak tau la aku ape nak buat.

Rupanya hari ni memang Lim ada masalah emosi sikit. Cikgu yang mengajar lepas aku pun bitau yang Lim cuba nak berbogel jugak dlm kelas dia tadi. Ape punya penyakit ntah budak Lim tu hari ni. Haih.. Nasib ko comel Lim..

Itu baru kisah dalam satu kelas. Belum lagi berkelas-kelas. Memang warna-warni hidup dalam Pendidikan Khas ni. Kalau terlampau ambil serius sangat, cikgu boleh sakit jiwa. Haha..

Walau apa pun perangai dorang, aku tak pernah benci. Bukan dorang minta dilahirkan begitu. Selagi aku boleh beri kasih sayang dan tunjuk ajar sementara aku masih di sini, aku minta Tuhan ikhlaskan hati aku. Don't want to think about going back to Kuantan anymore, sehinggalah surat sampai. InsyaAllah. Doakan aku :)

Wednesday, 5 January 2011

Formula hidup sihat :)


Semua orang sibuk nak kuruskan badan.

One of the main reasons is to look good.

And the second famous reason is to be healthy.

But personally for me.. aku tak suka kalau aku gain weight is because baju and seluar akan sendat mendat and tak selesa. Takkan nak ganti the whole closet kot kan?

I came across this saying.. which i think sangat bagus.

"Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"
See! See! Siapa makan banyak maka banyaklah dagingnya. You are what you eat. And that is so true. Takkan lah orang yang makan daun je tiap2 hari boleh jadi montel kan.

I always tell myself, makan tak perlu banyak sampai kenyang batak. Cukuplah sehingga kita sudah tidak lapar. Macam pesan Rasulullah saw, berhenti makan sebelum kenyang. Yang selebihnya tu hanya nafsu. So for those who are trying very hard to lose weight, just jaga pemakanan korang. Tak guna pegi gym bagai kalau makan taknak kalah.

But sometimes, i also want to mogok. I eat macam orang kemaruk. Order macam2. Pastu berat naik and mula jalan sket pun mengah. Coz aku ada asthma.. sebab tu takleh gemok.

So people, kesimpulannya. Eat healthy. Live healthy and happy. adios! :)

Tuesday, 4 January 2011

Penantian satu penyeksaan.

I'm still in Kuching. Still waiting for the transfer letter.. what takes you so long??? Give me my letter please! I wanna go home!

Dulu masa tak tau lagi kena pindah bila, i was okay. Tapi now dah dapat surat pelepasan from JPN Sarawak, still kena tunggu surat penempatan from Bahagian Sumber Manusia, aku jadi macam tak tenteram. Asyik terfikir nak balik je.

Banyak faktor sebenarnya nape aku cam homesick giler. I just came back from Labuan after 1 and a half months kat sana. Stayed with my husband. And now i missed him like crazy or in other words meroyan. And i haven't gone back to Kuantan since i came here in September itu hari. I missed my mom. My sister. My nieces and nephews. My brothers. My friends. I missed everyone and everything.

And this year pulak kena ajar subjek agama and pengurusan tingkah laku which bagi aku sangat mencabar. Kena ajar kelas paling lemah plak tu. My students sume takleh cakap and hidup dalam dunia masing2 and yang suka mengamuk.. It's so hard. i feel helpless. And aku rasa macam down sangat. Rasa bersalah pun ada sebab macam kerja tak ikhlas asyik dok pikir nak pindah kuantan. Uwaaaa!!

Cepatlah keluarkan surat saya wahai Bahagian Sumber Manusia. Tolong!!!!

Wednesday, 22 December 2010

Labuan VS Kuching


It's been sebulan lebih now since i came to Labuan.

And i gotta say, being a fulltime housewife is AWESOME!! Seriously AWESOME!!! Nak benti keje boleh tak? Wuwuu.. (Of course tak boleh.. stop dreaming Rozzairin!)

Hari-hari keje aku kemas rumah, basuh baju, main masak2, tengok tv, surf tenet, tunggu suami balik kerja, and melepak with him :)

Okay that is HEAVEN!

But it's gonna end soon.. i'm going back to Kuching 2 Januari nanti. :(

Kuching is not that bad actually. I didn't do Kuching any justice since i got there sebab asyik complaint je itu ini. I was just feeling homesick. For those yang tak pernah rasa homesick, it is the worst sickness in the world. And i don't want to experience that feeling again. God, help me.

Aku banyak menghabiskan masa 2-3 hari ni memikirkan pasal nak balik Kuching and how tak seronok is that. And now i realize, why bother about Kuching? I should appreciate this moment. And menikmatinya while i still can. Kan? Kan? There you go Rozzairin, keep up the positive thoughts okay!

Frankly speaking, Labuan is a lot more boring than Kuching. Tempat ni kecik sangat. Sampaikan setiap hari kitorang keluar makan or do shoppings, mesti wajib jumpa kawan2 dia. I'm not sure pulak if tempat ni yang terlampau kecik, or kawan2 dia yang terlampau banyak sebenarnya. And tak banyak benda pun boleh buat kat sini. But hey, u can campak me anywhere, as long as he's with me, i'll be perfectly fine, insyaAllah. Sebab aku sangat gembira tinggal kat sini. Baru rasa dah berkahwin.

And now, aku menghitung hari untuk pulang ke Kuching, mungkin tak lama di sana sebab aku akan ditukarkan ke Kuantan pulak.. harapnya next month la.. tengah tunggu surat je skarang ni.

As for now, i just want to focus and enjoy every single minute of me being a housewife.. wheee :)





Wednesday, 17 November 2010

Me, Vivaz Pro, and Pizza Hut..


Malam semalam aku dan Jumi pergi makan pizza.. Lama kot tak pekena pizza.

And on the way balik umah, aku perasan my fon takde lam handbag.. SAH tertinggal kat pizza hut tadi.. so we went back to the kedai.. and as cliche as it might sound.. IT'S GONE!

Rozzairin.. this is Malaysia ok.. terima kenyataan! You know what.. memang aku seorang yang careless.. sangat careless..and i'm not proud of it. Dulu masa kat UK, aku pernah tercicir fon tengah2 jalan kat high street.. then bila call blk, fon tu dah selamat berada kat tangan polis.. and the 2nd time, aku tertinggal kat atas kaunter masa nak bayar groceries.. and i went back the next day, it was safe with the manager... See how different!!!! i lost my fon twice in UK, and i got it back.. i left it for about 30 mins in Malaysia, and it's gone for good!

The phone was awesome! Only Lord knows how much i love it.. it was given by my husband on our wedding night.. of course it means so much to me.. Damn you pencuri!!!! Damn u! Damn u! Damn u!



I know it's my fault. Memang salah aku. Tapi i could have got it back if orang Malaysia ni mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Mak aku selalu pesan, even if ko jumpa duit 10sen kat tepi jalan pun, jangan ambik.. who knows tuan empunya duit tu akan cari balik duit dia yang tercicir tu.. so, biarkan aje duit tu kat situ.. And sorang ustaz pernah beritahu aku.. kalau kita amik hak orang walaupun satu sen, Allah akan tarik balik rezeki kita berganda-ganda lebih banyak dari nilai yang kita ambik tu.. nauzubillah..

Ape-ape pun, aku redha.. and still bersyukur, it's the fon yang hilang.. kalau purse yang hilang, lagi haru.. jadi Alhamdulilah for that. Dan Alhamdulillah di atas segala nikmat-nikmat lain yang masih aku miliki. (Cubaan memujuk diri sendiri)

Sayang, i'm so sorry.. hukhuk...(T__T)

Tuesday, 2 November 2010

Hijau? Kuning? 10? 20?

Umur aku dah nak masuk 24.. And yes, aku baru pandai bawak kereta.. Selama ni hanya harapkan kakak, abang, and adik serta kawan2 je kalau nak pegi mana2. Bila dah keadaan terdesak, no one to help me, nak tak nak terpaksa la drive jugak gi skolah.

Tangki minyak pulak dah hampir kosong. Aduh, lemah tul aku. Tak pernah2 seumur hidup aku gi isi minyak sendiri.. But again, bila dah terdesak,terpaksa la jugak kan..

So, i went to the petrol station berdekatan. Pastu nampak ada 2 jenis minyak. Kaler hijau, kaler kuning. Mana satu nak isi ni? Ape beza? Kang kalau salah isi meletop plak keta camne? huhu..

Aku pun pegi lar kat kaunter untuk bayar, pastu tanya la akak tu..

"Akak, Camne nak tau beza minyak kuning and hijau tu?"

"Owh.. yang pemegang dia kuning tu, yang kaler kuning, yang pemegang die hijau tu, yang kaler hijau.."

Huhuh... owh akak petronas, jangan lah hina saya sebegitu sekali. Saya kenal warna2 itu.. cuma nak tahu ape beza dia and nak isi yang mana satu?

"Tapi biasanya isi yang kuning je.. adik isi yang kuning je lar, murah sikit.."

"owh gitu ek.. ok2... bagi yang kuning 20 hengget"..

Please2 taknak jadi cam gambar kat atas.. wuwu!

Pengajarannya: Naseb baik ada 2 kaler je.. kalau ada 3 or 4 jenis tak ke lagi haru? Padan muka aku.. lenkali belajar isi minyak tu walaupun kau hanya penumpang tegar aje selama ini.. T__T

Happy Birthday Hunny Bunny!

*Amaran: Entry jiwang. Baca at your own risk.*

Hello Encik Suami.. :D

Another year gone by. You are 26 today. Pejam celik, pejam celik.. dah 6 kali rupanya kita sambut birthday awak sejak kita mula-mula kenal.

Tapi.. tahun ni special sikit. Sebab ini kali pertama sejak awak jadi suami saya. Kan best kalau saya dapat berada kat sisi awak sekarang. Saya akan masak special-special untuk awak. It might end up with a tragedy (such as lauk hangus, terhiris jari, etc), tapi awak punya pasal saya tak kisah, saya akan masak sampai menjadi. Sebab hari ni hari special awak. Tapi tu semua angan2 aje lar. Saya tak mungkin berada kat sana sekarang.. Jadi saya gantikan dengan this special post aje lar, aci tak?

Ehem..ehem..

To My Darling Husband,

Erm..ok, where do i begin.. first of all, nak bitau.. i miss u so much!

And HAPPY 26th BIRTHDAY SAYANG!!

I know i didn't say this quite often, or maybe i did.. but today is special.. i want to say it again and out loud.. I LOVE YOU!!

You know that when i'm really into a particular movie, i could go watching it over and over again and never get tired of it?Well, you are the movie i could never get tired of. So interesting.. so entertaining..i could never get enough!

You are no longer the same person i know 6 years back. But hey, i still love you just the same.. owh wait.. No. I actually love you even more.. And i want to take this chance to wish you all the happines in the world. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup awak dan berikan yang terbaik buat awak. Amiin~

Just a little reminder. Apart from being happy sebab Allah dah panjangkan umur kita, apa kata kita renung buat sementara. Sorang kawan saya pernah bertanya, kalau kita hilang duit, kita patut happy or sedih? Mestilah sedih kan.. So, bila kita hilang umur kita by one year, why should we be happy? Sepatutnya kita lebih menginsafi diri and mendekatkan diri pada Illahi.. So, saya harap, di samping kita bergembira, kita tak lupa hakikat yang sebenar. Kita sebenarnya semakin hampir menemui Allah. :)

K, that's all i guess.. i hope you have a blast! Take care my dear :)

I love you! xoxo