Thursday, 26 May 2011

Sedekah~


Salam,

Entry kali ni saya nak bertazkirah sket.. hehe.. Bukan apa. Rasa cam nak berkongsi dan jadikan satu peringatan buat diri sendiri juga.

Pagi tadi tengok rancangan Adik & Al-Quran. Aku suka tengok rancangan tu sebab ustaz tu menafsir Al-Quran dengan kanak-kanak dengan cara bercerita. So in a way berjaya menarik minat aku jugak la.

Hari ni ayat yang ditafsirkan adalah berkenaan dengan Sedekah. Dipendekkan cerita, pengajaran yang boleh diambil dari kisah ayat tu ialah, waktu yang paling afdhal untuk kita bersedekah ialah time kita tengah rasa kedekut. Time ni pahalanya adalah berganda.

Dan pahala juga akan berganda jika kita bersedekah dan membantu kaum kerabat yang dalam kesusahan. Bukanlah maksudnya kita tak perlu tolong orang lain selain dari darah daging sendiri, cuma pahalanya adalah lebih jika kita tolong ahli keluarga terlebih dahulu.


Aku ingatkan selama ni, kalau kita tolong orang luar or yang takde pertalian darah tu lagi mulia, rupa-rupanya menolong kaum kerabat sendiri lebih banyak pahalanya. Subhanallah~

So lepas ni, marilah kita sama-sama jenguk2 saudara-mara, mana la tau ada antara mereka yang memerlukan bantuan or dalam kesusahan. Jangan kedekut untuk membantu. Sebab nanti Allah akan balas berkali ganda lagi rezeki tu. InsyaAllah.

Dan kat sini aku nak kongsi satu pengalaman yang sampai skang aku takleh lupa and i think worth sharing.

Kejadian ni berlaku masa aku pergi Jakarta dengan Kak Lily and Non tahun lepas. Masa tu hari terakhir kat sana. Duit kami dah kekeringan. Memang cukup2 untuk kami lunch before flite to KL. Time tu aku tengah tunggu kak lily and non pegi angkat beg. Tiba-tiba ada orang datang mintak sedekah untuk sekolah anak-anak miskin. Hati aku berbelah bahagi jugak, nak bagi ke tak. Kami pun dah tak banyak duit ni. Tapi aku pikir takpelah, mungkin dah rezeki anak-anak ni kot. Aku pun bagi la duit sket. Tapi still cukup la untuk kami makan ala kadar je nanti.

And then, pas makan tu, kami pun lepak2 kat dalam tu sementara tunggu nak naik flite. Tetiba cam sebelah meja kitorang tu ada 2 orang Malaysia yang lain.. So we all borak2.. Tetiba dia offer if kami nak makan apa2, dia boleh bayarkan sebab duit dia ada 2 juta rupiah lagi lebih tak abes belanja. Tapi kitorang dah makan tadi. But then tetiba dia hulur 600 ribu rupiah, katanya pegi la beli cenderahati ke apa buat balik Malaysia. And i was like.. Seriously?? Dah orang tu beria nak bagi, aku pun amik la. 600 ribu rupiah tu banyak ok! shopping sakan gak la time tu.. hehe

Bila aku pikir balik, ya Allah, aku cuma sedekahkan berapa rupiah je kat orang tu tadi, tapi Kau pulangkan balik berkali-kali ganda. Memang rasa takjub sangat time tu. Cash je Dia balas.

So pasni, sila jangan kedekut tuk bersedekah. Kalau Allah tak balas sekarang, mungkin di masa depan. Or mungkin di akhirat nanti, insyaAllah. Okeh? Ayuh bersedekah.. selamat beramal! :)

Tuesday, 24 May 2011

Karate Kid~

Amaran : Started from few months ago until i don't know when, all i'll be talking about in this blog is about my pregnancy.. sebab my life right now revolves around this beautiful pregnancy je kot. Mostly la. And I don't want to forget this experience. So hopefully this will not irritate anyone's feeling. Sekian saja amaran saya :)


Firstly nak cakap, my babies dah start menendang2! Actually dah lama dia active, boleh nampak time pegi scan. cuma aku je yang tak rasa lagi.. after masuk 4 bulan setengah, barulah i started to feel it. And it's getting harder and lebih kerap day by day. Excited sangat kot!! Tapi rasa geli pun ada.. tak tau camne nak describe this feeling. hihi.. yang pasti i'm loving every bit of it. It's such a beautiful feeling. Terima kasih ya Allah sebab beri aku peluang merasai semua ni.

And sekarang ni aku kuat giler makan. Asyik lapar je. Even right after one heavy meal. Alhamdulillah, syukur sangat sebab dah dapat balik selera makan. Tapi hopefully tak overweight la nanti. haha..

Me and hubby dah rancang nak shopping barang2 babies kat KL nanti.. so many things to buy, and double in amount. Woho! Kena korek tabung la nampak gayanya.. huahua~

Apa-apa pun, tak sabar nak shopping.. and jumpa hubby.. wheee!~

Thursday, 5 May 2011

Nikmat Yang Dikembalikan~

Assalamualaikum..

Harini rajin lak nak update blog.

Semalam was the first day aku pergi kerja after sebulan lebih bercuti sakit. Seronok sangat rasanya sebab dapat menyambung semula tanggungjawab yang tertangguh. And syukur tak terhingga pada Allah sebab aku dah semakin sihat. Dah takde muntah2 macam sebelum ni. Memang rasa different sangat. Aku pun dah terlupa macam mana rasanya hidup sihat.. boleh tak? Haha..

Sepanjang tempoh ni.. walaupun nikmat kesihatanku ditarik, tapi Allah bagi aku nikmat lain. Kasih sayang. Yer. Kasih sayang datang dari setiap sudut dan aku sangat bersyukur untuk itu. Ahli2 keluarga aku sangat banyak memberi support. Terutama sekali my mom yang tak jemu mengadap dan bersabar dgn aku.. I would have died if she wasn't around. huhu... Ateh yang rajin layan selera aku. Belikan kueh yang aku suka. Buatkan jeruk mempelam ubat loya aku. Masakkan lauk yg aku boleh makan. Peja dan Fikri bawak pegi klinik every now and then and blikan keperluan aku. Ayah tiri aku, abah yang susah hati dan caring sangat sepanjang aku melepek kat rumah ni. And ramai lagi la kalau nak sebut satu2.. And of course my husband yang bersabar melayan aku dari jauh and for coming back all the way from Labuan masa aku masuk ward dulu.

Memang aku takkan lupakan pengalaman mabuk mengandung for the first 4 months ni. Macam mana la mak aku boleh mengandung sampai 7 kali.. aku ni pun dah setengah mati kot. Owh yer, esok genap dah 4 bulan.. yeay!
Apa2 pun, aku syukur and lega fasa terseksa tu dah berakhir..aku harap2 la.. haha.. jgn dia datang balik pasni sudah.. insyaAllah tak kot..

Ok now since i'm back, banyak menda kena buat ni.. first skali nak cari rumah sewa.. pastu bli keta.. pastu shopping barang for babies sebelum my bump membesar coz nnt aku tak larat nak lasak2 dah.. seronoknya!! Pls pray for us :)

Friday, 8 April 2011

The First Trimester is now over.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulilah. Syukur pada Allah. Hari ni genap umur kandungan aku 12 minggu or 3 bulan. Orang kata normally after 3 months kita takkan mabuk2 lagi dah. Tapi lain orang lain ragamnye kan. And with my twin ni, doctor ckp maybe berlarutan a bit longer.

I was admitted for 5 days kat KMC. Dengan rela hati menyerah diri sebab aku dah tak tahan dah. I couldn't drink. I couldn't eat. and asyik muntah sampai 10 kali sehari. I was severely dehidrated. And Alhamdulillah after discharge aku dah mampu makan n minum sket2, tapi muntah2 and pening2 tu still belum hilang. There's nothing the doctor can do about it. Just have to deal with it lar. Owh, aku pasrah.

Tapi kan, dalam tengah sakit2 tu.. bila tgk baby time scan rasa seronok sgt. Hilang sakit kejap. Hihi.. walaupun baru nak masuk 3 bulan time tu, tapi both my babies dah in full form. And sangat aktif. Menendang and tangan menggapai2.. comelnye!!! I thought dorang tak cukup zat memandangkan aku tak makan apa2, tapi Alhamdulillah kuasa Allah kan.

Right now, i'm praying hard so that i'll get better and dapat live my life macam sediakala. Please pray for us jugak k. :)

Friday, 25 March 2011

Morning Sickness~

Agak lama aku tak menulis kat sini. I've been struggling with this real bad morning sickness since the last 4 weeks. Before pregnant, berat aku 52kg. But now, i'm only 46kg. A drastic lost.

Semalam pergi jumpa doctor. Alhamdulillah, my babies dah besar! I'm so excited! Doctor ckp they are not identical. So i might be getting kembar sepasang, or kembar tak seiras lelaki atau perempuan. Tak kesah la, asalkan both of them selamat dan sihat.

Aku almost kena masuk wad sebab tak cukup air. I've been vomiting dgn sangat kerap and at the same time, i hate to drink. Apatah lagi makan. Sebab i tend to muntah afterwards. But i promised the doctor i'll drink more water. But until now, it's still a struggle. God please help me!

Doctor ckp i'm experiencing morning sickness yang teruk sebab alangkah orang yg mengandung sorang pun hormon dah macam2, aku ni plak mengandung anak kembar so the hormones change twice as much. So no wonder la aku rasa macam ni. Susahnya nak dpt anak rupanya. Bukan free2 Allah nak bagi. Tapi takpe, demi anak-anak dalam kandungan ni, aku akan tabahkan hati.. insyaAllah tak lama lagi aku akan sihat macam orang lain jugak. please pray for me.

Thursday, 24 February 2011

Made in Labuan :)


Salam.. Pertama sekali aku nak ucap Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga kepada Allah. :D

Minggu ni saje ada 2 berita yang tersangat2 gembira buat aku dan suami.

Earlier this week, i found out that i'm pregnant!!! Yes, finally! And ironically.. aku baru je membebel pasal preggy2 ni dalam entry yg lepas.. tup tup, dah ada isi.. hikhik.

And today baru ada masa nak pergi jumpa doctor. So the doctor did the scan-scan thingy on my belly, and suddenly she asked,

"Do you have any history of twins in your family?"

"Yes.. why? OMG! don't tell me it's a twin?!"

"Well, looks like there are two sacs in there"

.......(speechless)..............

And she showed me the monitor. I saw two bulat-bulat thingy melekat to each other. It was amazing! Seriously amazing! And i couldn't stop laughing, and tau tak apa aku terbayang? Kawan-kawan my husbands yang selalu usik kitorang about having twin or triplet. Mawi and his twin sons, Wawan, Tun, Amir, Sabri, Syed, Fitri. All the faces flashed depan mata aku dengan gelak ketawa yg nakal. Coz we've been joking around about these twin thingy. About the tips and the techniques.. and tak sangka pulak jadi kenyataan.. haha. And we didn't follow the tips pun.. so mungkin tips tu ada flaws kot. Kena review semula tu..hik~



Tapi doctor cakap it's still too early. Kandungan aku baru berusia 6 minggu. One of them might not survive. There are still risks involved. So i need to pray hard and pray for the best. Moga both of them selamat dilahirkan dengan sempurna.. amiin. And doctor bitau the due date is 21st October insyaAllah. Selamat after raya.. Boleh la melantak rendang dan ketupat lagi tahun ni. hihi..

Of course aku happy sangat2 and tak berhenti ucap syukur. Tapi at the same time i'm soO freaked out! Ye lar.. this is my first experience. Suddenly terus dapat 2. Mampukah aku? Dengan suamiku masih di Labuan. Adoi.. sedih gak bila pikirkan.

Tapi aku yakin, kalau aku tak mampu hadapi, takkan la Allah nak bagi.. ye tak? So, insyaAllah everything's gonna be just fine..

Please2 doakan kami sekeluarga :)

Friday, 18 February 2011

Social Pressure~


Dah lama tak update blog..Sebab takde ape nak diluahkan. Tapi sekarang ni ada one issue that bothers me jugak lah.. takde la sampai aku stressed out (denial mode activated). Tapi sedikit sebanyak buat aku rasa risau and berdebar.

As much as single ladies out there rasa serabut bila ditanya "bila nak kahwin?", aku juga a bit serabut bila orang asyik tanya "bila nak dapat baby?", or "tak mengandung lagi ke?" , ada jugak ayat camni.. "owh lambat jugak yer awk, tak mengandung2 lagi".

For God's sake, I have only been married for 6 months ++ kot . And semua orang please be aware that me and my husband live far across the sea from each other. That it takes 2 flights and costs us more or less rm500 a month to just see each other. Sila jangan compare saya dengan mereka yang dapat bersama suami setiap hari setiap saat. Plus, i'm only 24++. Sabar boleh x? (I know i'm not getting any younger, tapi aku lum puas honeymoon kot.. hehe).


Eh, korang ingat senang ke nak wat baby? Haha.. itu rezeki Allah yang bagi.. lagipun i know and i believe perancangan Allah adalah yang terbaik. Kalau Dia belum nak kasi, mungkin itu lebih baik buat kami. Dengan keadaan kami yg jauh dan aku pulak pasni nak berpindah randah angkat luggage aku yang maha berat itu. Mungkin belum sesuai untuk aku mengandung.

Memang la aku nak baby. Tapi kadang2 aku doubt jugak.. do i really want a baby, or is it just because everyone else wants me to? Entahlar..

Social pressure ni memang takkan habis sampai la kita mati. Kalau pas abes belajar orang akan tanya - bila nak kerja?. Dah kerja, - bila nak kahwin? Dah kahwin, - bila nak dapat baby? Dah dapat baby, - bila nak dapat menantu? Dah dapat menantu, - bila nak dapat cucu? Dah dapat cucu, - bila nak mati? haha.. ada ke camni? Yang pasti nye the lists will go on and on sampai bila2.

Don't worry peeps, kalau Allah bagi aku rezeki, akan aku maklumkan kepada semua, so that u wont have to ask me every single time. Okay? Now, tadah tanganmu dan berdoalah untukku. Thank you. :)