
Friday, 31 July 2009
Aku benci rokok!

Monday, 27 July 2009
Malaysia panas?
Zaman menjadi snow white selama 3 tahun telah berakhir.. haha.. Tapi, merasa jugak la aku berkulit cerah.. kalau duduk kat Malaysia, harapan je la.
Sebenarnya, tujuan aku tulis entry ni adalah sebab aku gembira. Gembira sebab kain baju yang aku jemur tadi kejap je dah kering.. seriously amazed giler! Opss, mak aku marah aku guna perkataan 'giler'. So aku tukar, Subhanallah, takjub betul aku!
Kalau di UK, mau 2-3 hari baru kering. Tension betul bila nak basuh baju. Bukan takde dryer, tapi habes jahanam la baju aku kalau asyik guna dryer... tul tak?
But now, no more dryer, no more kulat dalam rumah akibat jemur baju dalam bilik.. haha.. Ye lar, kalau nak jemur baju kat luar rumah, buat hati risau je. sebab pernah sekali tu, baju housemate aku kena curi. baju kurung pulak tu! Mat salleh mana la pulak nak pakai baju kurung tu.. musykil2! Nasib baik baju2 kecik tak hilang..huahua~
Tapi di Malaysia, basuh baju dengan tangan pun 30 minit aje baju dah kering.. saya suka!!!
Nak tukar hobi la.. hobi saya sekarang adalah basuh baju! takkan mengecewakan! kalau hari tak hujan la..hehe
Malaysia best!
Saturday, 25 July 2009
Finally...i'm home~
Masa berlalu dengan sangat pantas. Sejak mak dan kak lily tiba di London, life aku bertukar hectic sampai la hari aku meninggalkan bumi UK. Penat giler jalan-jalan tanpa henti. Nak pengsan! But bessssttttt! hihi...
Dalam pada sibuk2 tu, sempat jugak aku menangis semasa mengemas barang-barang buat kali terakhir, dan menulis kad ucapan buat posgrads tersayang. Dan kemuncaknya adalah ketika nak naik train meninggalkan Bangor menuju ke London. Sedih sangat. Kalau tak silap, ada la dalam 15 minutes kot aku menangis dalam train tu. Tak tahu bila lagi berpeluang datang ke Bangor. Tempat jatuh lagikan di kenang, ini kan pula tempat aku berjuang selama 3 tahun. Biarpun orang kata tempat ini ulu, kampung, dan terpencil, tapi bagi aku, Bangor is the best. Owh how i miss that little place!! :(
Aku masih mempunyai lebih kurang 8 hari untuk berehat2 sebelum aku pergi daftarkan diri ke Maktab Ilmu Khas di Cheras. Have to do KPLI di sana for another 10 months. Yer, rasa macam tak abes-abes aku blaja. Bosan lar!!! Tapi kang bila dah keje pun bosan jugak (ni bukan aku kata, orang yang dah bekerja kata.. huahua).
Still have many things to do before pergi Cheras!!! Badan masih penat.. aku berjanji pada diri sendiri takkan bawak luggage yang super berat lagi bile naik flight next time.. nak pecah bahu!!! huhuhu..
Ok, got to bersiap to meet my girlfrens tonite.. can't wait!! terapi untuk melupakan UK dan menerima hakikat bahawa aku telah meninggalkan bumi mat salleh itu dan aku sudah tiba di Malaysia, and this time, i'm back for good!
Bye Bye Bangor! Bye bye Wales!! Bye bye UK!!!
Friday, 17 July 2009
Happy Happy Graduation Day!!!
Very-very happy coz apart from kak lily, mak dan nureen, kak zana, abang hafiz, farha, farhana, kak yatie, atheera, pie dan abang ali pun datang memeriahkan majlis. Thanks korang!!
Tinggal 2 hari lagi aku di Bangor. Sedihnya rasa.. Esok nak bawak mak, kak lily dan nureen jalan2 di Bangor Pier, my very feveret place. Dan itu mungkin yang terakhir bagi aku :(
Barang-barang masih ada yang belum kemas masuk kotak dan luggage. Really wish i could just throw them in the kotaks, dan seal terus. Selamat!
Been so busy and tired giler! Nak rehat. Bye!
Friday, 3 July 2009
SLUGS!!

Friday, 26 June 2009
Snowdonia
snowdoniaI've been meaning to write about my trip to snowdonia bersama kawan2 last 2 weeks tapi i was so so sO busy jadi terbengkalai lah niat itu. And hari ni i've got all the time in the world to berehat2 dan menulis. So, here it is...
12 june aritu, Kirin, Ann, Ayuni dan Ira datang ronggeng2 di Bangor. Ini kiranya first and the last time dorang datang kot.. sempat jugak korang datang lawat aku ek. Dah nak balik sangat2 dah. Takpe, janji sampai.. :)
Awal2 pagi dorang dah sampai di Bangor. Kul 9 kot.. memang catat rekod tetamu yang paling awal tiba setakat ni.
Disebabkan dorang sampai awal giler.. dan masa masih panjang, aku pun bawak dorang pegi Snowdonia tengah hari tu jugak. Naik bus ke Llanberis, pastu naik choo-choo train sampai puncak Snowdon.
After bincang2, we decided untuk beli one-way ticket to the summit (sebab return ticket mahal nak mampos, 20 pounds), and then turun pakai kaki. Iyer, turun pakai kaki!
I was very2 risau jugak, coz mende alah bukit snowdon tu bukan calang2 tingginya. ketinggiannye mencapai 1085 meter. Walaupun tak setinggi Gunung Everest, tapi dengan kami yang tak bersedia mental dan fizikal, it could be quite challenging jugak. Plus, kami tak tau keadaan jalan nak turun tu macam mana. Licin ke? Berliku-liku ke? Berbatu-batu ke? Berlurah dendam ke?
Aku tengok orang2 yang nak naik snowdon aritu sume pakai windbreaker lar.. siap bawak tongkat, beg galas, pakai proper boots, gloves dan macam2 lagi la outfit yang memang bersedia menghadapi sebarang angin kencang atau kesejukan.
Kami? haha.. dengan pakai kasut perempuan sejati (tapi bukan lah high heels), handbags, jaket nipis giler, and jeans. Terasa diri yang sedia ada rendah ini semakin rendah di kalangan mereka. Owh, segannya terasa!
Nampak sangat kami ni tak ready and macam takde knowledge pun pasal daki mendaki ni, tetiba nak mendaki jugak.. "Eh, gua punya suke lar.. gua tak menyusahkan lu orang kan? kan?" Tapi aku cakap dalam hati je lar sambil membalas pandangan mat2 salleh yang berasa diri mereka pendaki professional itu.
Pastu, kami pun naik ke Summit. Owh, Snowdonia sangat lah cantik! Sekali lagi aku jatuh cinta pada keindahannya.
Tapi tak sempat nak ambil gambar banyak2 coz bila sampai tu kami lapar, and then terus kami pergi makan dulu. Ada la satu cafe kecik kat puncak tu. Pas abes makan, baru tersedar yang kawasan puncak tu dah diselubungi kabus tebal. Masa sampai tadi clear jek. Adoi, ruginya tak amik gambar awal2!! ARgghh! Pressure! Tak dapatlah aku nak berlagak pada semua orang yang aku dah sampai puncak. Cis!Aku pun pasrah. Dan berbekalkan perut yang kenyang dengan cheese melt yang mahal giler, kami pun mulakan perjalanan menuruni mountain itu.
Thank God memang dah ada route untuk pejalan kaki. Just ikut je la sampai bawah. Dan tak la mencabar sangat. Basically, kami just jalan je, dan terus berjalan.. di temani slugs yang berwarna hitam legam.. ya Allah, aku memang alergic tul bila nampak mende alah lembik2 ni. Tak sangka dorang pun nak mendaki snowdon hari tu. Meremang satu badan. Tapi seb baik none of them cuba mendekati dan mencederakan aku. So, aku balik dengan selamat.
It took us 3 hours to get down the mountain. Nak putus urat kaki!! Tapi worth it. Biasala penat, tapi yang penting pengalaman tu. Dan kami semua selamat. Alhamdulillah. By the time kami sampai bawah, dah pukul 8 petang (sebab belum malam, magrib kul 10). Tunggu bus punya lah lama. Rupanya there's no more bus going to Bangor masa tu. Dah lewat sangat. Isk, kalau dah ulu tu, ulu jugak. Kami tunggu sampai pukul 9.30. Then aku decided untuk mintak bantuan penyelamat. Nasib baik Abang Hafiz free, dia lah tolong datang amik kami di Llanberis. Wuwu, sorry yer Abang Hafiz, tak berniat nak susahkan, tapi desperate. And thanks to him for being the hero that day.. heee :D
Walaupun penat, tapi aku yakin, korang sume happy dan puas hati. Aku pun happy jugak. Kalau tak happy, buat2 happy je lar yer??
Dan keesokkan harinya aku bawak dorang pergi jalan2 di Llandudno. Naik cable car pulak to the Great Orme. View memang superb! Owh i love Llandudno sangat2!!! Rasa nak bawak balik Llandudno ke Malaysia.. possible ke?
Thanks to Ann, Kirin, Ayuni, dan Ira for coming to Bangor. Korang telah menceriakan hariku. Tak la bosan sangat menghitung hari untuk pulang. And rasa terharu juga korang sudi datang ke tempat terpencil ni. Terharu! See you guys again in Malaysia insyaAllah~
*************************************************22 June aritu, Intan pulak datang lawat aku di Bangor. Best jugak bawak intan jalan2. Pergi Llanberis naik choo-choo train keliling tasik, pergi Caernafon castle, dan Llandudno jugak. And Intan kata she likes Llandudno the most.. And hope she enjoyed her visit to Bangor.
Dan sekarang, no more jalan2. Kemas barang untuk pindah randah next week. *Pengsan*
Thursday, 25 June 2009
Adakah masih serupa?
Tapi masa 2nd year, aku berjaya untuk tak balik dan menghabeskan masa2 summer kat UK. Sangatlah boring sebab asyik hujan. Summer 2008 siap dapat anugerah the wettest summer in 50 years! Memang nasib tak menyebelahi aku. Pastu, konon boleh la jimat duit sket bila tak balik. Cari keje ke ape.. erm, hampeh jugak! Lagi banyak duit aku habes ada lar.. aku syak ada orang curi kad bank aku lar...siut tul! sebab duit aku asyik abes jek~ huhu...
Dan sekarang, setelah hampir 2 tahun aku tak balik Malaysia.. aku tertanya2 sendiri.
masih serupakah negara ku itu?
masih serupakah bandar Kuantan yang ku cintai?
Masih serupakah Kampung Balok ku?
Masih serupakah sahabat2 ku?
Masih serupakah keluargaku?
Masih serupakah buah hatiku?
Owh..banyaknye persoalan. To be honest, aku takut. Takut akan perubahan2 yang telah berlaku selama ketiadaan aku. Yang bakal aku ketahui bulan depan bilamana kaki ini menjejakkan kaki di bumi yang panas macam oven itu. Bumi Malaysia.
Dan yang pasti..
Malaysia sah2 la berubah. Pak lah dah tak jadi PM.
Kuantan pun dah banyak berubah aku dengar.. dah ada pasaraya yang lebih besar dari Megamall.. hebat2!
Kampung Balok aku tak pasti berubah ke tak.. takde pulak dengar cite ada traffic light tumbuh depan umah ke ape..
Sahabat-sahabat.... entah kenapa.. yang ini aku paling risau. Somehow ada perasaan being left out dan tak penting anymore. Dan aku risau, if kami dah tak jadi macam dulu. Well, of course lar takkan sama.. semua dah matang2 (yeke??). Erm, dah lama tak bersua muka. Agak2 dorang masih kenal aku ke? huhu..
Keluarga.. Yang pasti, ramai yang dah pergi, dan ramai juga ahli2 baru.. Alhamdulillah.
Buah hatiku? hee..tahun lepas bulan 8 was the last time aku jumpa dia.. belum cukup setahun pun. Masih segar di ingatan.. :)
Aku pulak macam mana? Masih serupakah? Or sudah berubah jadi wonder woman kah? Owh, mestilah tak sama kan? dulu aku takde degree.. skang aku dah ada degree..Alhamdulillah~ Dulu aku comot.. skang aku comel (huahua..). Tapi ape2pun, yang pasti, aku tetap aku.. Rozzairin Mustafa yang dulu. :D