Thursday, 31 December 2009

Im engaged!!!!!

Alhamdulillah.. setelah berpenat lelah selama sebulan.. akhirnya majlis selamat dilangsungkan.. walaupun ada beberapa kesulitan.. tapi overall, it was fun la.. hehe..

kepada ria.. aku harap jantung ko masih sihat.. huahua.. sorry lah aku ter underestimate kerja-kerja pertunangan ni.. ingatkan boleh buat sorang2... taknak susahkan org lain.. tapi nampaknyer, aku manusia yg lemah lagi hina..huhu... thanks for all your helps!! nnt kawin aku chop ko 2 bulan lebih awal k?? hik..


Jumi sangat kelakar menjadi orang paling hadapan dan duduk bersama2 wakil yg berbincang.. sume org gelakkan dia kot.. tak dapek aku nak nolong.. sume kata ju cam sangat bersemangat dan nampak cam nak nikah je..hahaha.. apa la kamu ni.. you shud be waiting outside lar..


Tuhan je yang tau betapa kencangnya jantung aku siang tadi.. malunyer jadi centre of attention.. i hate it!! tapi nak wat camne.. terpaksa kot..hukhuk.. belum nak nikah lagi.. baru tunang je.. apa la ko ni rozzairin.. rileks leh tak??

Apa2 pun.. leganya sume dah berakhir!!! penat giler ok! but i think its worth every second i spent preparing for the majlis..

Thanks to all yg banyak giler membantu.. and sorry to those yang tak dapat hadir sebab aku buat during weekdays.. tak dapat di elakkan.. i've tried my best to fit everyone's schedule.. but impossible lar kan.. and thanks to semua yg put effort jugak to come.. love u guyss!!!!!

i'm actually quite scared untuk menempuhi alam pertunangan.. but lum cuba lum tahu kan? insyaAllah segala-galanya akan berjalan lancar dan baik2 aje. Doakan tau!!

Ok, now.. cuti's over.. back to business.. owh :(

Tuesday, 22 December 2009

Dub.. dab!!

Berdebarnya!!!!

I know it's not dat necessary to be soOOO nervous.. but i am! Hukhuk.. Everyone is so busy.. quite bosan.

Thank God for giving me such a committed sister and auntie.. haha.. Thanks kak lily and ateh for supporting me all the way.. Tak tau what to do without them.

And how i wish kak cha could be here as well.. cuti is sooOO la not that happening without her and my beloved nephews and nieces. :(

Nasib baik ramai anak2 sedara lain.. boleh menumpang manja ngn dorang.. eh, bukan dorang ke menumpang manja ngn aku??

anywayziess... eventhough my heart could not stop accelerating, im still happy and excited! hehe..

i've got a long to-do-list. hopefully manage to get everything done before the time. Amiiin~

ok nak sambung counting the days... hik :)

Sunday, 22 November 2009

Thanks a milllion!!!!!

i'm 23 now.. ape ada dengan nombor.. kan? yang penting, hati muda.. huehue~

After 3 years in a row aku sambut birthday di UK, tahun ni Alhamdulillah masih berpeluang bernafas di bumi Allah ni.. The last time aku sambut birthday di Malaysia was on my 19th.. And now i am 23.. Gosh! cepatnye masa berlalu..

And nak buat ucapan sket..

To my kpli classmates, thanks for the cake yg best..

To Gauls... Thank u for the surprise party and for the treat.. soooOOOooo laa terharu!!!!! love u guyss!!!! :D



And to my hunny bunny, Jumi..!!! Thanks so much for the flowers.. honestly, i didnt expect to get one dis year.. but u did send me the flowers i love.. mekasih sangat2!!! u'r the best! :)



Excuse my comot look.. baru blk rumah after one day of outing.

Kesimpulannya, i'm sooOo happy coz im surrounded by people i love.. and really appreciate what they have done for me.. Syukur ke hadrat Allah juga kerana masih panjangkan umurku.. hope to be a better and a wiser person..

xoxo

Monday, 9 November 2009

budaya atau habit?


Budaya orang melayu - kalau masuk rumah, kena tanggal kasut. Masa aku duk UK dulu, mat dan minah salleh selamba.com je pakai kasut dalam rumah. Isk.. isk..isk.

Actually, aku nak cite mende ni..
Hari tu, masa balik dari kedai makan blakang umah aku kat cheras ni, tetiba aku nampak ada sepasang kasut kat tempat parking kereta..

kasut tu elok lagi.. macam tak logik orang nk buang kasut yang still elok like that. kat tempat parking lak tu. Dan kasut tu bukannye tercampak lintang pukang.. die tersusun je elok sepasang kat situ.

Tetiba aku teringat something, lalu aku pun tergelak la sorang2 macam orang tak betul all the way balik rumah.. hikhik~

Masa sekolah menengah dulu..aku selalu balik rumah my best mate, Ria for lunch bila ada aktiviti petang, sebab rumah aku jauh dari skolah.. Ada sekali tu, her mom nak hantar kami ke sekolah semula, then kami pun naik keta.. pastu aku sedar yang aku berkaki ayam dalam keta tu.. rupanya masa nak naik, aku gi tanggal kasut.. tinggal kat luar.. cam ala-ala nak masuk rumah gitu.. hahhahaha.. memalukan betul!!!

And i guess, the same thing happened to orang punya kasut kat tempat parking keta itu hari. Kesian.. huahua~




So, kepada korang yang ada kasut mahal-mahal, janganlah lalai ketika nak naik keta.. kang tak pasal-pasal lak hilang kasut mahal korang tu.. Mungkin dah jadi habit kita orang melayu, asal masuk rumah, tanggal kasut. Tapi kalau naik keta pun nak tanggal kasut.. camne tu?


p/s: Sayangilah Kasut Anda~

Sunday, 1 November 2009

The Love of My Life~


Hari ni birthday my Jumi.. Happy Birthday Hun! :)
It's been 4 years now.. but we never got the chance to celebrate our birthday together-gether.. Sebab kami selalu dipisahkan oleh jarak yang agak-agak jauh la jugak..
First year we were together, dia di UK, aku di Banting.
Second year, dia di Nottingham, aku di Bangor.
Third year, dia di Malaysia, aku di UK.
Fourth year, dia di Labuan, aku di KL.
Tapi this isn't a big deal pun.. Dia selalu cakap, he can't be bothered coz he's not the type yang sambut2 birthday ni. Tapi who cares dia kesah ke tak kesah.. i still think it's his Big Day... And i want to make it special, in every way i could. But right now, and so far, i never got the chance to implement anything special yet. Sorry kamu! And i wonder bile lar we akan really get the chance to celebrate it together.. next year mungkin, insyaAllah.. :)
Erm.. nak buat special ucapan for him sket. Im no good at this. But i'll try my best. heee~
Alhamdulillah, u've turned 25 today. Don't worry. I'll still love u no matter how old and wrinkled u get. hikhik. InsyaAllah i will. And i hope, i'll get the chance to wish u happy birthday again, again and again for the next coming yearssssssssss~ With the same feeling inside me.
You've been so great i never wanna let u go. And please be happy on ur birthday.. i wont be around you, but i know u have loads of frens who can cheer u on my behalf.
I pray to God, so you will get the best of everything in your life, grant you safety, health, and iman. And may God gives His blessings upon you in everything you do. Amiiin~
I love you, pakcik! Take care of yourself for me okay?.. coz i need you around and i cant live without my life!
xoxo~
Ok, dah habes pun.. aku harap takde orang muntah hijau..huehue~
HAPPY BIRHTDAY JUMI!!!!

Friday, 30 October 2009

Urrggghhh!!!

AMARAN! ini adalah luahan perasaan semata-mata.. jangan baca kalau taknak berdarah mata.

Alamak! tak tau lak nak mula camne.. haha!

First skali aku nak cakap.. aku benci tempat ni!!!! everything about this place! The people.. huh.. dont know how to describe them.. tak pernah i came across this type of crowd.. tak suker!!!!

Too many dramas.. tolong rileks boleh tak?? Umur aku 23 tahun.. bukan 13 tahun ok?? And aku takde kuasa nak masuk campur menda yang bukan urusan aku.. eh.. banyak lagi mende lain aku boleh buat.. tapi cuba berterus-terang, aku bukan makhluk yang akan bertukar hijau or ungu bila ada masalah.. masalah orang lain pulak tu.. tak kuasa tau tak? Cuba cakap awal2 yang hal ni takde kena mengena ngan aku.. senang cite.. ni nak main2 kan perasaan orang.. ingat seronok ke woiiii???

Dah skang ni tak pasal-pasal aku yang tak terlibat pun, dah terlibat sama.. sebab keputusan sesetengah orang yang tak pandai nak berfikir rasional.. nak jadi pengaman PBB kunun! taik kucing!

Daripada taknak marah, dah jadi nak marah. Tak pasal2 orang yang takde masalah ngan aku, tarik muka.. what the heck??? Aku yang takde kena mengena pun dah disalah anggap.. eeeiii.. sakitnyer hati!

Kepada mereka yang mencipta drama ni, dan kepada yang telah buat drama ni jadi telenovela yang sangat panjang.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!!!! JASA ANDA DIKENANG SAMPAI SAYA MATI!

Thursday, 22 October 2009

FRIENDS

Manusia memang ada macam-macam jenis kan?



Kemana saja kita pergi, kita akan jumpe kawan baru. Dan each and everyone of them tu berbeza. Sangat berbeza.

Ada yang sekepala dengan kita. Ada yang lain pesen sikit. Bila dah lakukan screening test, kita akan tahu siapa yang kita leh masuk geng with. Senang cite, orang yang kita boleh lepak2 and sembang2. lama-lama, kita akan ada geng sendiri.. or 'puak'.

Tapi, persoalannye di sini? Salah ke kalau kita ada 'puak' kita sendiri?
Erm, susah nak cakap. Memang la amalan atau budaya asabiah atau berpuak2 ni tak bagus.. kita kan 1 Malaysia?? aicewahhhh~

Tapi kan, come to think of it, sebenarnya, semua orang pun bersikap asabiah.

Kalau dalam our circle of frens, kawan pejabat ke, kawan kelas ke, tak semua yang punyai minat yang sama. cara yang sama.
Dan biasanye, kita tend to close with those yang kita leh get along with. kan? kan?
kita kuar makan ngn dorang. gi mana2 ngn dorang. lepak ngan dorang. gelak ketawa ngan dorang. wat jahat sama2 ngn dorang gak.
And thus, kawan yang tak sekepala tadi, just jadi kawan 'hi, hi, bye, bye' lah. tul tak? bukan la bermaksud kita ditch those yang lain dengan kita, tapi, biasanya kalau jumpe, borak sket2, tanya2 kaba... n thats it. tak lebih dari tu. so, secara tak langsung, dah wujud asabiah kt situ. tak ke?

Jadi, kita tak patut nak kata orang tu or orang ni ada sikap berpuak2. Sebab sebenarnya kita pun camtu gak.

That is just how things go. Accept it or deny it, up to u. ini cuma pendapat saya. sekian~
owh btw, i love my frens! Call me asabiah or wutever, i just wont hang out with people yang very annoying to me.. bye~