Friday, 17 June 2011

I'm not Nora Elena. But i'm just as lucky :)

Woke up in the morning, with a bouquet of red roses beside me. Mom said, "Dari suamimu yang tercinta..", sambil tersengih2..

And aku pun bangun dengan terpinga-pinga.. dapat bunga pagi-pagi? Owh, before that, it's not really awal pagi, coz i was not well. Tak pegi keje. MC sebab demam, batuk, semput sume bercampur la.. seminggu jugak aku MC.

Then, baca kad yang terselit, of course it's from my beloved hubby, takkan from Seth Tan plak kan? haha..

Thanks kamu!! Eventhough i didn't get a whole car boot full of beautiful flowers :P, that flowers u sent me really made me smile for the whole day.. despite my not-so-very-good condition.

Here is the pic <3

I love you, En.Suami! You're the best! :)

Wednesday, 15 June 2011

Kosong.

I'm feeling so empty. Masalah berakhir. But with the most unwanted solution. Tapi apa2 pun terpaksa redha. Perancangan Allah itu lebih baik kan?

For the sake of my babies dalam kandungan aku ni, and for the sake of my mother, aku memilih untuk berlapang dada. Bukan memilih untuk membenci. Walaupun aku punya 1001 alasan untuk membenci mereka semua. Tapi dendam bukanlah penyelesaiannya. Itu akan buat aku lagi merana. Jadi, i'm learning to forgive and forget.

Tapi itu tak bermakna aku boleh menerima semua ini sekelip mata. Aku juga manusia biasa. It may take months, or years before i can really accept all this.

Moga Allah permudahkan semuanya. Dan aku mohon Allah lindungi aku dan anak2 aku dari segala sifat keji dan mungkar. Amiin.

And to my hubby, thank you for giving me the best advice. It really calms me down. I love you! :)

Wednesday, 8 June 2011

Suka dan Duka

Heyya! Salam..

So many things happened lately. i don't know where to begin. okay let's start with my shopping trip to KL last weekend.. it was a blast!!! Seronok sangat shopping barang baby eventhough jalan terkengkang-kengkang n terkedek2 cam itik, tapi babies punya pasal takde hal la..

I'm glad i decided to do the shoppings now because walaupun kandungan baru 5 bulan, Allah je yang tahu betapa beratnya nk bawak perut sambil shopping. Kaki lenguh la, perut cramp la.. dugaan betul. kalau tunggu 6-7 bulan, rasanya kena shopping naik kerusi roda la kot.. and Alhamdulillah we managed to buy 80% of the barang2 babies.. so the trip was a success!

Pastu semalam ada appointment ngan doctor, and doc ckp my babies are both girls!!! hihi.. sukenya!!!!! tapi.... before gi shopping aritu, scan baby nampak cam boy, but that was last month punya scan la.. so kami tak beli satu pun barang kaler pink..byk unisex la kot.. takpe la, pasni leh shopping sakan plak bila babies dah besar sket.. hehe..

Thank you hubby sbb belanja sume2 and bought me 2 precious gifts.. hehe.. i love u!! Muah2!

Okay abes cite gembira, balik2 kuantan, ada plak masalah timbul. It's a family matter. Tak dapat nak cerita kat sini tapi betul2 buat aku sakit kepala. Harap2 cepat2 la hal ni selesai. Takmo dah susah2 hati.. sian babies lam perut aku ni. Please pray for us k.

Erm, tu je kot for now.. nnt update lagi.. chow!

Thursday, 26 May 2011

Sedekah~


Salam,

Entry kali ni saya nak bertazkirah sket.. hehe.. Bukan apa. Rasa cam nak berkongsi dan jadikan satu peringatan buat diri sendiri juga.

Pagi tadi tengok rancangan Adik & Al-Quran. Aku suka tengok rancangan tu sebab ustaz tu menafsir Al-Quran dengan kanak-kanak dengan cara bercerita. So in a way berjaya menarik minat aku jugak la.

Hari ni ayat yang ditafsirkan adalah berkenaan dengan Sedekah. Dipendekkan cerita, pengajaran yang boleh diambil dari kisah ayat tu ialah, waktu yang paling afdhal untuk kita bersedekah ialah time kita tengah rasa kedekut. Time ni pahalanya adalah berganda.

Dan pahala juga akan berganda jika kita bersedekah dan membantu kaum kerabat yang dalam kesusahan. Bukanlah maksudnya kita tak perlu tolong orang lain selain dari darah daging sendiri, cuma pahalanya adalah lebih jika kita tolong ahli keluarga terlebih dahulu.


Aku ingatkan selama ni, kalau kita tolong orang luar or yang takde pertalian darah tu lagi mulia, rupa-rupanya menolong kaum kerabat sendiri lebih banyak pahalanya. Subhanallah~

So lepas ni, marilah kita sama-sama jenguk2 saudara-mara, mana la tau ada antara mereka yang memerlukan bantuan or dalam kesusahan. Jangan kedekut untuk membantu. Sebab nanti Allah akan balas berkali ganda lagi rezeki tu. InsyaAllah.

Dan kat sini aku nak kongsi satu pengalaman yang sampai skang aku takleh lupa and i think worth sharing.

Kejadian ni berlaku masa aku pergi Jakarta dengan Kak Lily and Non tahun lepas. Masa tu hari terakhir kat sana. Duit kami dah kekeringan. Memang cukup2 untuk kami lunch before flite to KL. Time tu aku tengah tunggu kak lily and non pegi angkat beg. Tiba-tiba ada orang datang mintak sedekah untuk sekolah anak-anak miskin. Hati aku berbelah bahagi jugak, nak bagi ke tak. Kami pun dah tak banyak duit ni. Tapi aku pikir takpelah, mungkin dah rezeki anak-anak ni kot. Aku pun bagi la duit sket. Tapi still cukup la untuk kami makan ala kadar je nanti.

And then, pas makan tu, kami pun lepak2 kat dalam tu sementara tunggu nak naik flite. Tetiba cam sebelah meja kitorang tu ada 2 orang Malaysia yang lain.. So we all borak2.. Tetiba dia offer if kami nak makan apa2, dia boleh bayarkan sebab duit dia ada 2 juta rupiah lagi lebih tak abes belanja. Tapi kitorang dah makan tadi. But then tetiba dia hulur 600 ribu rupiah, katanya pegi la beli cenderahati ke apa buat balik Malaysia. And i was like.. Seriously?? Dah orang tu beria nak bagi, aku pun amik la. 600 ribu rupiah tu banyak ok! shopping sakan gak la time tu.. hehe

Bila aku pikir balik, ya Allah, aku cuma sedekahkan berapa rupiah je kat orang tu tadi, tapi Kau pulangkan balik berkali-kali ganda. Memang rasa takjub sangat time tu. Cash je Dia balas.

So pasni, sila jangan kedekut tuk bersedekah. Kalau Allah tak balas sekarang, mungkin di masa depan. Or mungkin di akhirat nanti, insyaAllah. Okeh? Ayuh bersedekah.. selamat beramal! :)

Tuesday, 24 May 2011

Karate Kid~

Amaran : Started from few months ago until i don't know when, all i'll be talking about in this blog is about my pregnancy.. sebab my life right now revolves around this beautiful pregnancy je kot. Mostly la. And I don't want to forget this experience. So hopefully this will not irritate anyone's feeling. Sekian saja amaran saya :)


Firstly nak cakap, my babies dah start menendang2! Actually dah lama dia active, boleh nampak time pegi scan. cuma aku je yang tak rasa lagi.. after masuk 4 bulan setengah, barulah i started to feel it. And it's getting harder and lebih kerap day by day. Excited sangat kot!! Tapi rasa geli pun ada.. tak tau camne nak describe this feeling. hihi.. yang pasti i'm loving every bit of it. It's such a beautiful feeling. Terima kasih ya Allah sebab beri aku peluang merasai semua ni.

And sekarang ni aku kuat giler makan. Asyik lapar je. Even right after one heavy meal. Alhamdulillah, syukur sangat sebab dah dapat balik selera makan. Tapi hopefully tak overweight la nanti. haha..

Me and hubby dah rancang nak shopping barang2 babies kat KL nanti.. so many things to buy, and double in amount. Woho! Kena korek tabung la nampak gayanya.. huahua~

Apa-apa pun, tak sabar nak shopping.. and jumpa hubby.. wheee!~

Thursday, 5 May 2011

Nikmat Yang Dikembalikan~

Assalamualaikum..

Harini rajin lak nak update blog.

Semalam was the first day aku pergi kerja after sebulan lebih bercuti sakit. Seronok sangat rasanya sebab dapat menyambung semula tanggungjawab yang tertangguh. And syukur tak terhingga pada Allah sebab aku dah semakin sihat. Dah takde muntah2 macam sebelum ni. Memang rasa different sangat. Aku pun dah terlupa macam mana rasanya hidup sihat.. boleh tak? Haha..

Sepanjang tempoh ni.. walaupun nikmat kesihatanku ditarik, tapi Allah bagi aku nikmat lain. Kasih sayang. Yer. Kasih sayang datang dari setiap sudut dan aku sangat bersyukur untuk itu. Ahli2 keluarga aku sangat banyak memberi support. Terutama sekali my mom yang tak jemu mengadap dan bersabar dgn aku.. I would have died if she wasn't around. huhu... Ateh yang rajin layan selera aku. Belikan kueh yang aku suka. Buatkan jeruk mempelam ubat loya aku. Masakkan lauk yg aku boleh makan. Peja dan Fikri bawak pegi klinik every now and then and blikan keperluan aku. Ayah tiri aku, abah yang susah hati dan caring sangat sepanjang aku melepek kat rumah ni. And ramai lagi la kalau nak sebut satu2.. And of course my husband yang bersabar melayan aku dari jauh and for coming back all the way from Labuan masa aku masuk ward dulu.

Memang aku takkan lupakan pengalaman mabuk mengandung for the first 4 months ni. Macam mana la mak aku boleh mengandung sampai 7 kali.. aku ni pun dah setengah mati kot. Owh yer, esok genap dah 4 bulan.. yeay!
Apa2 pun, aku syukur and lega fasa terseksa tu dah berakhir..aku harap2 la.. haha.. jgn dia datang balik pasni sudah.. insyaAllah tak kot..

Ok now since i'm back, banyak menda kena buat ni.. first skali nak cari rumah sewa.. pastu bli keta.. pastu shopping barang for babies sebelum my bump membesar coz nnt aku tak larat nak lasak2 dah.. seronoknya!! Pls pray for us :)

Friday, 8 April 2011

The First Trimester is now over.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulilah. Syukur pada Allah. Hari ni genap umur kandungan aku 12 minggu or 3 bulan. Orang kata normally after 3 months kita takkan mabuk2 lagi dah. Tapi lain orang lain ragamnye kan. And with my twin ni, doctor ckp maybe berlarutan a bit longer.

I was admitted for 5 days kat KMC. Dengan rela hati menyerah diri sebab aku dah tak tahan dah. I couldn't drink. I couldn't eat. and asyik muntah sampai 10 kali sehari. I was severely dehidrated. And Alhamdulillah after discharge aku dah mampu makan n minum sket2, tapi muntah2 and pening2 tu still belum hilang. There's nothing the doctor can do about it. Just have to deal with it lar. Owh, aku pasrah.

Tapi kan, dalam tengah sakit2 tu.. bila tgk baby time scan rasa seronok sgt. Hilang sakit kejap. Hihi.. walaupun baru nak masuk 3 bulan time tu, tapi both my babies dah in full form. And sangat aktif. Menendang and tangan menggapai2.. comelnye!!! I thought dorang tak cukup zat memandangkan aku tak makan apa2, tapi Alhamdulillah kuasa Allah kan.

Right now, i'm praying hard so that i'll get better and dapat live my life macam sediakala. Please pray for us jugak k. :)