Sunday 30 March 2014

Turning Point.

TURNING POINT

Talking about a turning point.  Aku rasa setiap orang ada turning point masing2.
Turning point where you started to where tudung.
Turning point where you started to solat. Cakap pasal solat, aku masih ingat turning point aku mula bersolat. Up till darjah 5, aku tak solat langsung. Tak tahu pun macam mana nk solat. Sehingga lah pada satu petang, aku panggil kawan aku nk ajak main, tiba2 mak dia ckp dia tgh solat, and mak dia tanya aku, kakak tak solat ke? Masa tu aku malu sangat2.. tak tahu kenapa rasa macam nak balik, sembam muka kat bantal and menangis. Cewaaah.. drama giler..haha.. Sebab aku rasa aku hina sgt sebab tak solat. Malam tu, terus aku bitau nenek aku, aku nk solat. And nenek aku ajak aku solat sama2 ngan dia. Dia baca kuat2 supaya aku dgr setiap bacaan dia. Amazingly aku tahu baca semua bacaan tu, cuma selama ni tak tau nk kena baca kt mana. Mulai dari hari tu, aku pun bersolat. Alhamdulillah..

Kalau di pikirkan balik, peristiwa memalukan tu (negatif) memang tak best. Tapi disebabkan peristiwa tu lah aku pandai solat (positif). Nampak tak hikmahnya? 

Ada orang, turning point dia berhenti merokok adalah apabila satu hari dia jatuh sakit, and tiap kali cuba merokok dia muntah, so disebabkan dia jatuh sakit (Negatif), dia pun berhenti merokok (Positif). Ni real event ni. Terjadi pada ayah tiri aku. Haha.. 

Aku pernah kerugian berpuluh ribu ringgit sebab melabur tanpa ilmu. Aku juga pernah rugi beribu ringgit membuat perniagaan tanpa ilmu (negative). Dan disebabkan oleh kegagalan itu, aku belajar, sebelum bisnes, kena ada ilmu. Tak boleh tergesa2. Kaji baik buruk. And Alhamdulillah bisnes aku yang satu ni, which is Shaklee semakin berkembang (positif). And another big project is coming. Syukur. 

Ada orang tu, tak pernah solat taubat, sering merasa diri hebat, berbangga dengan kelebihan yang ada pada dirinya, tiba-tiba di uji dengan satu musibah yang dahsyat, yang menguji hati dan perasaan(negative), dan disebabkan peristiwa sedih itu, dia kembali muhasabah diri, peristiwa itu ialah turning point dalam hidupnya, di mana dia buat pertama kalinya melakukan solat taubat. Dan membuang jauh2 rasa bangga diri itu. Berusaha hidup sebagai seorang mukmin yang lebih baik, jauh lebih baik. Dari sebelumnya (Positive).

Ada orang tu, sering panas baran. Tidak pandai bertolak ansur, tidak pandai menjaga perasaan orang, tidak pandai hargai pengorbanan orang, sentiasa ingat dirinya betul,  dan Allah menghantar musibah besar buatnya, yang buat dia terduduk dan terpana. Putus asa. Murung dan merana  (Negative). Tapi disebabkan peristiwa itu, dia sedar akan dirinya yg terlampau negative selama ini. Dia cuba menjadi seorang yang positif dan lebih waras. Rational sebelum marah2. Sentiasa terbuka untuk mencari ilmu agar dirinya boleh memberi makna dalam kehidupan orang . Agar dia boleh memberi bahagia dalam hidup orang. Agar dia kembali berpijak di bumi yang nyata. Apa yang dia ada, bukan miliknya. Allah boleh tarik bila2 masa.Dia sedar semua hakikat ini (positif), disebabkan peristiwa yg dukacita itu. Peristiwa itu menjadi turning point dalam hidupnya.

Kebiasaannya, turning point ni adalah sesuatu perkara yang pada mata kasar kita adalah sesuatu yg negative, yg mendatangkan kesedihan. Yang melukakan hati. Tapi selepas seketika, kita mula sedar, perkara hitam itulah yang sering membawa kita kembali ke pangkal jalan. Jika takde turning point tu, tak mungkin kita macam ni skang. Tak mungkin orang yang jahat itu, akan menjadi baik, jika tiada sesuatu peristiwa yg menjadi turning point.

So, turning point ni baik ke tak? Haha.. manusia hanya akan belajar, bila diberi pengajaran, dan pengajaran yang paling berkesan adalah pengajaran yang perit.


Itulah aturan kehidupan. Yang Allah dah tetapkan. Syukur kerana kau diberi turning point. Jatuh tersungkur, deep beneath d ocean, but you can always bounce back, and make sure you bounce back higher,so you will become greater than before. You will be a lot bahagia than before. Because now you know better. Now you are wiser. 

Ada aku terbaca somewhere, "Jika Allah mencampakkan kamu dengan tanganNya yg satu, Dia akan menyambutmu dengan tanganNya yang lain". Allah tu baik kan? Dia bagi kita ujian, ibarat nak mati, tonggang langgang hidup. dan Dia selamatkan kita pulak. Kalau kita memilih untuk diselamatkan la.

Semalam sempat tgk rancangan apa ntah nama dia, dia buat coverage tentang kehidupan Wardina. One thing yang dia sebut aku ingat sampai skang ni, dia kata lebih kurang macam ni la.. Dalam hidup berumah tangga, mesti selalu perbetulkan niat kita kahwin, adalah kerana Allah. Kalau macam ni kita niat dan fikir, insyaAllah semua masalah dpt selesai. Kalau gaduh dengan suami rasa macam tak larat dah nk hidup dengan dia, ingatlah, kita buat semua ni kerana Allah. Nak dpt ganjaran syurganya. Kalau takde dia, mungkin kita tak bau syurga pun. So, go back to the basic. Buat sesuatu kerana Allah. Hadapi ujian dengan pasangan kerana Allah. Bersabar dan redha kerana Allah.

Jom betulkan niat kita. :)

No comments: