Thursday 22 April 2010

Video bongok!

I'm sure everyone pernah terkena dengan video yang minta kita perhati dekat2 apa yang bakal ditayangkan, or tengok betul-betul mulut dia, ada keluar ulat, or cuba cari betul-betul ular berkepala lima, and macam-macam lagi lah helahnya..

And last-last, kuar lah muka hantu buruk giler berserta sound yang kuat amat!! Mesti penah terkena kan? kan?

Aku tak tau ar ngan orang lain, tapi aku dah banyak kali giler kot.. tak tau ar pe nasib.

Aku ni dah la penakut. seb baik takde sakit jantung jek.

Ingat lagi time duk UK dulu, dah la aku duk kat halls tu sorang-sorang. Ada satu hari tu, tengah-tengah malam, polar lak anta emel suh tekan-tekan dot yang muncul kat screen. aku pun layan lar.. ingatkan game ape, skali kuar antu tau tak?! Rasa nak mampus terus je time tu.. terus aku naik atas katil cuba tido sambil dada nak pecah sampai pagi. Kesian tak? kesian kan aku.... huhu..

Aku bukan tak suker lawak korang.. aku suker sangat.. tapi bukan ketika aku keseorangan di tempat asing yang sejuk beku dan gloomy serta sangat gelap dan sunyi. haha.. polar, seb baik aku hidup lagi tau tak.

And hingga ke hari ini, aku masih terkena dengan lawak2 sedemikian.. And hingga ke hari ini juga, jantung aku macam nak tercabut.

Owh Tuhan, bile kah semua ini akan berakhir?? Sudah-sudah la aniaya aku wahai rakan-rakan.

Friday 16 April 2010

I kiss them goodbye~

Hari ni, adalah hari terakhir aku berpraktikal kat sekolah ni.
Terlalu banyak benda yang terjadi pada hari ni. Terlalu banyak cerita yang aku nak abadikan kat blog ni. Sebagai kenangan. Tapi rasa macam tak boleh nak focus mana satu.

Firstly,

Aku terSANGAT SANGAT SANGAT super duper terharu!!! Cikgu-cikgu and students pendidikan khas buatkan satu jamuan perpisahan yang meriah super! It's too beautiful to be true. And so meaningful. Rasa appreciated sangat sangat. And lots of presents too! hihi.. Didn't expect that at all.



And special thanks to Angah, Namin, Jimi and Leman sebab bersusah payah membantu aku buatkan hadiah malam semalam. Bersengkang mata kot???! haha.. sian korang. Tapi amatlah berbaloi! And dorang tolong hantarkan kek + goodies + the presents kat skolah tadi. Thanks guys! :)


Majlis berlangsung dengan meriah + sayu. haha.. sesi berair mata adalah wajib, of course! huk. Kena buat ucapan lak tu. Tak dapat cakap panjang-panjang sebab sebak. Aku sambung bercakap dalam hati je pastu. Hik.. sangat best!

And secondly,

After majlis tamat, tetiba sorang student aku, Hazman, cam kena rasuk. sesak nafas. Pastu cam ketuk-ketuk kepala and meronta. Terpaksa berlari panggil ustaz suh turun jampi apa yang patut.

Dalam-dalam kalut kelibut tu, sempat lagi sorang student aku wat lawak. Eh no, he was serious, but i think the whole situation was damn hillarious.

Dia berlagak macam seorang bomoh. Satu tangan pegang bahu Hazman, pastu dia baca beberapa surah. And dengan tangan terketar-ketar dan mata tertutup rapat, dia cakap "Keluarlah kau dari tubuh cucu Tok Adam ini!!!".. and i was like.. "WHAT??!"... (tapi dalam hati je lar).. And perut aku senak kot tahan gelak.. hahahhaa! adoi lar.. Kami ni risau kang takut die lak jangkit kena rasuk. Last-last gi suruh die masuk kelas je. Hazman dibawa ke hospital, and sekarang pun dia masih di hospital, and insyaAllah keadaan die dah stabil. Tapi masih lemah.

And thirdly, (here comes the tak best part)

Blum pun abes debaran kes Hazman tadi, Lecturer aku pulak datang nak observe buat kali terakhir. And hari ni of course takde kelas.. Camne dia nak observe??? Damn!

And she was like very bengang sebab aku tak inform die awal-awal yang hari ni takde kelas, and diganti dengan jamuan perpisahan. This is my last day at school, what did she expect???

Aku ngaku aku cuai. Patutnya aku inform dia. Tapi i didn't. And that was my biggest mistake kot!

Tapi cara die marah and scold me, as if aku ni seorang guru yang tak bertanggungjawab, tak ikhlas mengajar, and seorang yang sangat teruk tingkah lakunya. And she might write a report about all this fuss. And of course to flunk me she said!

HELLLOOOOOOO!!! who is she to judge me like that? She didn't even know me. And i think dia tak layak nak bercakap soal keikhlasan dengan aku, sebab hanya Allah yang tahu macam mana hati dan perasaan aku terhadap budak-budak ni and kerjaya guru ni.

And there was me, crying for the 2nd time today~ But this time, for a completely different reason.

So sekarang ni, perasaan aku cam tak focus. Semuanye bercampur baur. I was supposed to be happy and contented. Today was supposed to be MY DAY! But it turned out to be the other way around.

But i'm soO glad all the other teachers were very supportive. And their words really eased my heartache.

That's what i love best in this school. The pendidikan khas teachers! They are the best group of teachers ever!!!!!!! Selalu giler bagi suppor kat kami dak2 praktikum. Rajin giler and very comitted. And sangat-sangatlah sporting! Pendek kata memang best giler ar! Hidup aku indah kat sini sebab ada dorang. Kalau tak, dah lama kojol kot.

Hmm... Panjangnyer aku citer. Kenangan-kenangan masa praktikum ni, terlalu perit dan terlalu indah untuk aku lupakan. Dan aku taknak lupakan pun. Banyak sangat pengajaran dan pelajaran yang aku terima. Moga jadi bekalan yang berguna.

Kepada my students, (walaupun i know none of them will read this)

I love you all!! And you've made each and every single day i spent teaching at this school SoooO colorful. Thank you soO much!

And to all the teachers (Kak ju, kak azany, kak niza, kak ida, kak najibah, dayah, kak linda, aisyah, jannah, and mas), Thank you atas pertolongan kalian!! Hanya Allah yang dapat membalasnya. And thanks for the presents! :)

To PPM, kak laili and kak ina, mekasih tak terhingga sebab banyak giler tolong saya!! things wouldn't be the same without you two! Thanks sangat2! (thanks for the present too of course.. :) )

And now, after all the hardworks, tears, and doa, i'm gonna leave everything to God. May i face whatever comes next with a strong heart, insyaAllah. :)

Tuesday 13 April 2010

Praktikum

Habes sudah praktikum kat skolah ni.





Orang selalu tanya...





"best tak praktikum kat situ?"





Ok ni jawapan aku:-





Perkara yang tak best





1. Guru Pembimbing yang tak membimbing tapi selalu mengarah aku cam kuli. Patut tukar status la.. Guru Mengarah yang super menyakitkan hati sepanjang masa dan asyik nak condemn sume orang.





2. Workload yang buat aku stress giler babi! Tdo kul 3 pagi? Itu perkara normal!





3. Erm... takde da kot.. That's all i guess!





Perkara yang best!





1. Cikgu-cikgu tetap pendidikan khas yang seramai 5 orang (tak termasuk guru pembimbing aku) iaitu, Kak Azany, Kak Ju, Kak Niza, Kak Ida, and Kak Najibah.





2. Cikgu-cikgu praktikum lain - Dayah, Aisyah, Masitoh, Jannah, Kak Siti Linda.





3. Pelajar-pelajar pendidikan khas yang berwarna-warni perangainya.





4. Pelajar-pelajar normal yang peramah dan selalu tegur aku.





5. Orang kantin yang mesra.





6. PPM yang sangat banyak membantu.





7. Bangunan sekolah yang cantik and moden.





8. Aktiviti-aktiviti sampingan yang super fun!





9. And last but not least, ukhwah yang terbina di antara kami. This is the most precious thing yang aku dapat kat sini. And aku syukur sangat dapat kenal ngan dorang ni semua.





Special thanks to cikgu-cikgu PK yang TERLALU banyak membantu dan membimbing. Korang lagi layak jadi cikgu pembimbing saya, seriously!





Dorang ni sume muda-muda lagi. Dorang banyak mengajar aku tentang budak-budak khas. Macam-macam tips yang dorang kongsi. Bukan saje tips pasal guru, tapi jugak tentang kehidupan. Keikhlasan. Pengorbanan. Terlalu berharga semuanya.





They've showed me how to enjoy being with these students.





Sumpah aku cakap, mula-mula aku masuk praktikal, memang stress giler babi. Aku sangat blurr camne nk ajar budak. Camne nak tackle budak. ZERO! Cikgu-cikgu ni yang banyak tolong. Mungkin dorang tak sedar, tapi doranglah yang selalu bagi aku semangat. It's beyond price. Biarlah Allah yang balas jasa dorang.

Monday 12 April 2010

Buruh kasar!

Aku sakit hati. Sangat sakit hati. Tak tahu nak luah kat sape dah. Skang ni aku rasa nak menjerit sekuat hati! Aku benciiiiii!!!! Aku benci jadi buruh kasar! Aku bukan kuli batak ko lar!!!!!!

Aku skang tengah praktikal. Untuk menjadi seorang guru. Tapi aku disuruh buat kerja yang bukan bidang aku. Aku takde kemahiran langsung. Mula-mula disuruh bina lanskap. Ok la.

Pastu now suruh buat kolam ikan lak. Suh aku bawak budak2 pendidikan khas aku buat kolam ikan. Nak kena simen bagai. Camne??? Aku tak pandai la ngok!!!!

Budak2 aku dah gali kolam macam buruh kanak-kanak. Tapi hari-hari kena keluarkan air from the kolam sebab kolam tak siap lagi, tapi air hujan dah bertakung. tanah tu macam tanah liat tau. Bayangkan dengan berselut-selut. Baju budak tu hari-hari kotor.

Budak-budak khas ni, kalau disuruh buat keje-keje macam ni, memang dorang takkan cakap 'taknak' or 'malas'. Dorang akan ikut je arahan. Kalau pijak kepala pun diorang redha jek. Aku rasa kalau pelajar-pelajar normal yang bjiak pandai tu disuruh buat kerja macam ni, dah lama dorang menolak sebab buat keje buruh hari-hari.

Dia suruh budak-budak ni buat macam2, bukan nak bagi upah. Bile budak dah terbongkang kepenatan, kami ni la yang belanja budak minum air. Kesian kot tgk keje berat camtu. Sampai lelah-lelah ke diri. Die sibuk wat keje VIP. Bukan nye nk tanya pun budak-budak ni ada minum air ke. Cukup rehat ke. Yang die tahu, bagi arahan, buat kolam. gali kolam. gali kolam. angkat batu-bata. susun sana. susun sini. haaa yang tu tak rata tu, ratakan lagi. Urrrgghhhhh!!!!

Dan satu lagi, kalau budak cedera macam mana? cangkul tu tajam ok! Kalau jadi apa kat budak-budak, aku jugak yang kena sebab aku guru yang pantau budak2 ni, die mmg takde kat tempat kejadian. So ape-ape hal, die memang selamat kan? aku jugak yang kena jawab.


Aku tak kesah kalau die nak jadikan mende ni sebagai satu sesi pelajaran. Tapi masalahnya kami sume ni takde kepakaran. Teori pun tak pernah belajar camne nk bancuh simen. Camne nak tampal simen. Dah la cikgu2 sume perempuan. This is totally not our thingy. Dia tak pedulikan pun kebajikan pelajar. Yang dia tahu, kawasan lanskap dia siap, dan dapat pujian pengetua dan semua orang. Semua ni hanya untuk kepentingan peribadi. Dan kami digunakan untuk capai matlamat dia tu.

Ibaratnye seperti, cikgu masakan, disuruh jadi cikgu kimia. Buat experiment sume bahan-bahan kimia tu, tanpa ada sebarang kursus. Ko rasa cikgu tu boleh ke jadi cikgu kimia yang baik??? MESTILAH TAK KAN???

SO KENAPA SURUH AKU JADI BURUH KASAR CAMNI?????? AKU TAK RETI LA!!!!!!! AKU TAK PANDAI. DAN AKU TAK SUKE!!!!!

This is not a challenge. This is BULLSHIT!!! Tau tak??

It has been a few weeks dah buat kerja-kerja buruh ni. Tangan aku ni, dah tak macam tangan orang perempuan. Kasar giler. Sedihnyer!!!!!

Ya Allah, tabahkanlah hatiku ni. Aku dah tak sanggup tengok students aku kena ketuk macam ni. Dorang tak tahu apa-apa. Bagi dorang, arahan cikgu, kena ikut. kena patuh. Aduhai kesiannye lar.. kalau la mereka tahu.. :(

Kalau dah takde duit nak upah kontraktor, tak payah la gatal-gatal nak buat kolam. Kalau nak buat jugak, ko sendiri la gali kolam tu, buang air tiap-tiap hari, dan buat simen and angkat batu-bata semua. Sanggup???

ARRRGHHH!! AKU TENSION!!! TENSION GILER!!!

Friday 9 April 2010

Lelaki emo atau psycho?

Ehem.. ehem... Salam..

Entry kali ni bukanlah bertujuan untuk kutuk kaum lelaki..

Tapi aku cam agak menyampah dengan satu sikap lelaki (beberapa lelaki) yang agak tak boleh blah la bagi aku.

1. Bercinta bagai nak rak.. ok fine lar..

2. Pastu bile gaduh sket.. maki-maki hamun girlfren die. Sumpah seranah itu ini.

3. Pastu baik semula.. menjadi lebih romantik dan lovey dovey.

4. Pastu gaduh balik (buat ke-1009 kalinya).. and akhirnya clash.

5. And then.. time ni lah die nak bukak sume aib ex-gf die. Nak balas semua dendam kesumat sebab pompuan tu clash ngan die. Maki hamun dengah lebih hebat. Laknat itu ini. Dan bermusuh buat selamanye.


HELLLO!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pernah dengar tak perkataan "TAKDE JODOH"?

So, boleh tak terima kenyataan yang korang dah takde jodoh. Dan korang clash sebab dah tak bersefahaman. Bukan sebab ko jahat dan dia jahat dan tak layak hidup di muka bumi ini.

Adoi lar... Ok mende ni tak penah jadi kat diri aku. Aku bersyukur sangat. Tapi dah banyak kes kot aku jumpe yang more or less the same.

Dan aku nak bitau kat sini.. kalo dah masa bercinta dah kena maki hamun.. baik toksah kawin lar.. nampak sangat lelaki tu emosional terlajak, tak matang dan tak rational serta tak cool. Kalau perempuan yang emo, aku leh gak la faham... sebab tu Allah tak bagi talak kat tangan perempuan. Tapi kalo lelaki yang emo secara berlebihan? Erm.... pk sendiri lah ek.


Aku pun tak reti nak komen lebih2. Tapi memang banyak lelaki yang macam ni.

Sudah2 la.. korang membuka aib sendiri bila korang buat macam tu. Adat la tu bercinta pastu clash.

Dan kes yang aku jumpe ni.. bukannye kes perempuan curang dan lelaki maki hamun. Hanyalah takde persefahaman.. dan takde tolak ansur. Come on lar!!!! Tu pun sampai nak mencarut to each other? Isk.. Buruk benor rupanye!

To guys out there.. Please, please i'm begging you, jaga la mulut korang. Bersabar. 'One minute of patience, can save you 1000 days of sorrow'.

Hee... This is just my personal POV. PEACE!

Saturday 3 April 2010

Am i Indian?


Ramai tul orang cakap muka aku tak macam orang melayu.. And in particular, cam orang india.


Dan soalan-soalan seperti:-


1) Awak ni mix ke?


2) Nama sape? Sharifah ape? (Ni paling takleh blah.. confident je ingat aku ni keturunan sharifah).


3) Awak ada darah pakistan ek? India ke?


Kadang-kadang, aku suka gak mengaku.


"Haah.. mak saya pakistani."


"Yep.. saya ada mix arab."


Pastu they will go..


"OooOoooo.. patut lar.."


"No wonder la muka cam mamak!"


And so on....


Memang sebenarnye fenomena ni dah mula berlaku sejak aku kecik lagi..


Dulu memang aku marah benor orang cakap aku anak india. Especially pak-pak sedara and abang-abang.. jahat sungguh mereka.


Siap reka cerita yang pada satu hari, mak aku beli tilam. Ada lori hantar tilam kat umah.. pastu tetiba ada menda jatuh dari langit.. Hitam berkilat. Rupa-rupanya baby. Pastu mak aku pun bawak gi toilet sental ngan berus besi, baru la cerah sket. Pastu mak aku bela baby tu sampai la besar nih haa.. dan aku tak perlu bitau la kan sape baby tersebut.. huhu..


Cerita di atas sangat menghantui aku masa aku kanak-kanak..


Dorang slalu gak ejek ckp sathiya lam cite pimai pimai tangtu tu abang aku yang sebenar.. hahaha.. bongok super.


Aku siap tanya mak aku banyak kali giler.. betul ke aku ni anak angkat? anak india? ye ke aku ni jatuh dari langit? bla.. bla.. bla.. siannye aku.


And paling takleh blah.. masa form 4.. ada sorang dak india skolah depan skolah aku.. minat kat aku.. hakhak!!!! memang lawak.

Sampai ke hari ini pun.. kemana saje aku pergi.. orang mesti tanya.. kalo tak tanya pun dorang wat andaian sendiri.


Ada tu yang dah kenal aku quite a while.. tetiba terkejut bila tau aku ni pure malay...

Ada jugak yang taknak terima kenyataan.. dia cakap.. mesti tok nenek moyang aku ada jugak yang berdarah mix ni. Tapi aku je tak tau sebab dah lost jejak..


Ape-ape je la... yang penting.. as far as i'm aware, i don't have any indian blood inside me. Harap Maklum...