Friday 31 July 2009

Aku benci rokok!


Rokok mencacatkan otak. Yer, terbukti oleh perangai2 smokers yang tak reti nak berfikir secara rasional dan tak reti nak menghormati orang lain.

I went to kedai makan with my girlfrens last nite. Makan and borak2 dengan sangat best. Tapi yang tak bestnyer, we were surrounded by smokers. Meja kiri, kanan dan depan. Please larrrr!!! Kalau nak mati, and kalau nak jadi busuk, sila jangan libatkan orang lain yang tak bodoh cam korang! Kuantan ni dah cukup tercemar udaranya dek kilang-kilang di Gebeng tu. Tak perlu la nak tambah lagi index pencemaran udara kita.

Sakit betul hati. Tapi takkan la aku nak bangun and pergi simbah rokok dorang dengan ice blended soursop aku? Nanti tak pasal2 aku kena simbah balik dengan mee sup berasap dorang.. Jadi, aku pun bersabar. Bersabar dalam kesesakkan nafas.

Pernah sekali zaman sekolah dulu. Aku naik bus dari bandar nak balik rumah. Masa tu bus tu belum gerak. So aku naik and tunggu je la. Tetiba ada sorang lelaki naik. dia duduk betul2 blakang kerusi aku. lepas tu, isap rokok. Tau tak bus yang belum bergerak, takde angin yang masuk dan bawak keluar asap tu berambus jauh2. Dah la parking betul2 blakang aku. Maka berkepul-kepul lah asap memenuhi segenap ruang udara di sekeliling aku. Aku bukak tingkap paling luas. Tapi takde kesan. Pastu aku bitau die elok2. "Bang, boleh tak isap rokok jauh2 sket, takleh nafas la".. pastu tau tak dia jawab ape? "Pergi la keluar, ni bukan bas bapak kau"..

Ya Allah, apa punya bangang la mamat tu!!! Skang ni, sape yang berlagak seolah-olah bas tu bapak kau yang punya???? Aku ke dia??? Eeei! sebab aku malas nak layan perokok yang bodoh tu, aku pun keluar la dari bas. Dalam hati memang dah terbakar habes. sakit hati yang amat! Very-very selfish ok! Tak suka la orang camtu!

Itu baru sikit, kalau nak cite pasal kekurang ajaran perokok2 ni, memang sampai ceroh pun tak abes. huhu..

Pernah tak dorang terfikir, orang2 di sekeliling dorang yang terhidu asap busuk yang keluar dari mulut busuk dorang tu, ada asthma ke? Sesak nafas tau tak!!!!!!!!!!!

Aku boleh simpulkan di sini, orang yang merokok di tempat awam, memang SELFISH! And i hate selfish people!

And jika taknak aku benci korang, sila jangan jadi SMOKER yang SELFISH! Please lar! Or even better if korang jangan jadi smoker langsung!! Memang aman dunia!

Monday 27 July 2009

Malaysia panas?

Yer! Malaysia terchenta memang panas.. rasa macam duduk dalam oven. Aku telah kembali kepada kulit yang asal.. HITAM!

Zaman menjadi snow white selama 3 tahun telah berakhir.. haha.. Tapi, merasa jugak la aku berkulit cerah.. kalau duduk kat Malaysia, harapan je la.

Sebenarnya, tujuan aku tulis entry ni adalah sebab aku gembira. Gembira sebab kain baju yang aku jemur tadi kejap je dah kering.. seriously amazed giler! Opss, mak aku marah aku guna perkataan 'giler'. So aku tukar, Subhanallah, takjub betul aku!

Kalau di UK, mau 2-3 hari baru kering. Tension betul bila nak basuh baju. Bukan takde dryer, tapi habes jahanam la baju aku kalau asyik guna dryer... tul tak?

But now, no more dryer, no more kulat dalam rumah akibat jemur baju dalam bilik.. haha.. Ye lar, kalau nak jemur baju kat luar rumah, buat hati risau je. sebab pernah sekali tu, baju housemate aku kena curi. baju kurung pulak tu! Mat salleh mana la pulak nak pakai baju kurung tu.. musykil2! Nasib baik baju2 kecik tak hilang..huahua~

Tapi di Malaysia, basuh baju dengan tangan pun 30 minit aje baju dah kering.. saya suka!!!


Nak tukar hobi la.. hobi saya sekarang adalah basuh baju! takkan mengecewakan! kalau hari tak hujan la..hehe

Malaysia best!

Saturday 25 July 2009

Finally...i'm home~

Hari ini adalah hari ke-4 aku berada di Malaysia. Masih belum boleh melupakan UK. Asyik teringat-ingat aje. Kadang-kadang rasa sedih. Dalam keriuhan suasana bersama keluarga dan sahabat-sahabat, aku masih terasa kehilangan sesuatu.

Masa berlalu dengan sangat pantas. Sejak mak dan kak lily tiba di London, life aku bertukar hectic sampai la hari aku meninggalkan bumi UK. Penat giler jalan-jalan tanpa henti. Nak pengsan! But bessssttttt! hihi...

Dalam pada sibuk2 tu, sempat jugak aku menangis semasa mengemas barang-barang buat kali terakhir, dan menulis kad ucapan buat posgrads tersayang. Dan kemuncaknya adalah ketika nak naik train meninggalkan Bangor menuju ke London. Sedih sangat. Kalau tak silap, ada la dalam 15 minutes kot aku menangis dalam train tu. Tak tahu bila lagi berpeluang datang ke Bangor. Tempat jatuh lagikan di kenang, ini kan pula tempat aku berjuang selama 3 tahun. Biarpun orang kata tempat ini ulu, kampung, dan terpencil, tapi bagi aku, Bangor is the best. Owh how i miss that little place!! :(

Aku masih mempunyai lebih kurang 8 hari untuk berehat2 sebelum aku pergi daftarkan diri ke Maktab Ilmu Khas di Cheras. Have to do KPLI di sana for another 10 months. Yer, rasa macam tak abes-abes aku blaja. Bosan lar!!! Tapi kang bila dah keje pun bosan jugak (ni bukan aku kata, orang yang dah bekerja kata.. huahua).

Still have many things to do before pergi Cheras!!! Badan masih penat.. aku berjanji pada diri sendiri takkan bawak luggage yang super berat lagi bile naik flight next time.. nak pecah bahu!!! huhuhu..

Ok, got to bersiap to meet my girlfrens tonite.. can't wait!! terapi untuk melupakan UK dan menerima hakikat bahawa aku telah meninggalkan bumi mat salleh itu dan aku sudah tiba di Malaysia, and this time, i'm back for good!

Bye Bye Bangor! Bye bye Wales!! Bye bye UK!!!

Friday 17 July 2009

Happy Happy Graduation Day!!!

Alhamdulillah, graduation ceremony berjalan lancar. Tanpa ada seorang pun yang tergolek jatuh tangga. Sebab utama kenapa aku tak pakai high heels..

Very-very happy coz apart from kak lily, mak dan nureen, kak zana, abang hafiz, farha, farhana, kak yatie, atheera, pie dan abang ali pun datang memeriahkan majlis. Thanks korang!!

Tinggal 2 hari lagi aku di Bangor. Sedihnya rasa.. Esok nak bawak mak, kak lily dan nureen jalan2 di Bangor Pier, my very feveret place. Dan itu mungkin yang terakhir bagi aku :(

Barang-barang masih ada yang belum kemas masuk kotak dan luggage. Really wish i could just throw them in the kotaks, dan seal terus. Selamat!

Been so busy and tired giler! Nak rehat. Bye!

Friday 3 July 2009

SLUGS!!


Kalau di Malaysia, aku berperang dengan LIPAS, kat UK pulak aku berperang dengan SLUGS!!


Makhluk Allah yang satu ni betul2 menguji kesabaran aku. 30hb aritu, kami pindah masuk rumah baru sebab rumah lama dah tamat contract. Bye bye 3, Friars Avenue. Gonna miss ya! And i hate 71, Caellepa Road. :(
Aku kongsi bilik dengan Adeq kat ground floor. Kami dengan bahagianya (walaupun sebenarnya penat nak mati..) pindahkan lar segala harta benda dalam bilik kami tu.


Malam pertama kami tido di bilik atas coz bilik bawah tu kotor giler. Previous tenants tak bersihkan langsung rumah ni. Dan memang dasar mat salleh pengotor! Yaks! Tak larat nak bersihkan. Malam kedua pulak aku pergi Dublin, Adeq je yang tido kat bilik bawah sorang2.


Masa kat rumah Kak Aini, Adeq called. Katanya ada cerita scary. Tapi takleh cakap through fon. Aku dah suspen.. ingatkan cite antu ke ape. huhu.. seb baik bukan. Tapi cite antu slugs!


Slugs telah menceroboh bilik kami! When they merayap, they will leave their slime behind. Jadi, karpet kami penuh dengan lendir dia. Dia merayap masuk beg Adeq, atas beg aku, dan merayau2 dalam bilik. Cari ape ntah. Geli sangat!!! Tak rela!! Hukhuk..


Rupa-rupanya, kat bilik bawah tu ada a few lubangs di lantai tepi dinding dan apparently, slugs tu sume hidup dalam dinding rumah tu. Ya Allah.. can u imagine living with slugs??? Meremang satu badan.. huhu..


Me and Adeq terpaksa pindah bilik di attic, eventhough lebih kecik, dan terpaksa remove semua barang2 yang budak2 juniors tumpang, dan angkat again our stuffs naik tangga, tapi aku rela je sebab tak sanggup tinggal dengan slugs2 yang comel itu.. ergghh!


Dan slugs tu pun pandai merayap2 dari bilik keluar ke living room. So kami now terpaksa pakai selipar dalam rumah. Takut lar terpenyek dorang pulak ke. Geli!! Geli! Geli!!!


Ada sorang makcik kat Anglesey ni, dia ada kebun sayuran. Dan slugs ni kejenya asyik membaham sayur2 makcik ni. Makcik tu pun bengang la. Kata makcik tu, "if you can't beat them, you eat them!".. Dan iyer, makcik tu makan slugs. Dia kutip2, pastu cuba resipi baru. Dan siap letak lagi resipi tu lam internet. iiyeeerkhhh!! Tak geli ke???!


Even though aku takleh nak beat the slugs, i won't eat them. Never will.. unless aku tak siuman anymore. huhuh.. nauzubillah...


Ape2 pun, aku terpaksa bertahan sampai 19hb nanti. Di Malaysia, kena berperang dengan lipas pulak. Nasib engko la Rozzairin. Sape suh jadi penggeli..hukhuk~