Friday 22 May 2009

What?! I'm free? yeay!!!

Okay i'm not totally utterly free yet.. Coz ada lagi presentation soon..but hey, no more exams!!!! Yipppee! Alhamdulillah~

Dua jam terakhir kat exam hall tadi rasa macam cacing kepanasan. Rasa macam ada kucing dalam perut tengah geletek2. Takleh focus sebab asyik fikir nak merdeka.. haha.. boleh tolong rileks tak Rozzairin?

To be honest, exam tadi macam agak susah and tricky.. Mungkin sebab tak cukup study kot. Tapi i can't be bothered anymore.. Bak kata orang, benda lepas jangan di kenang. Aicewah!

Selesai saje exam, my classmates Tessa and Jacquiline ajak lepak2. We had lunch together and jalan2 taking pictures. Lepas gian after abes exam. huahua~

Esok we plan to go out again, if the weather is nice, kami nak keluar picnic2, if not, we'll just having dinner at Tessa's place and marathon Friends. Wheee~

Ramai lagi my friends tengah exam-ing now. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka dan moga kami semua lulus cemerlang.. amiin~ Chayyuk2 guys!!

See you in Malaysia!!

Wednesday 20 May 2009

Tiredness~

Kenapa Allah bagi kita rasa penat?

Di saat-saat genting nak menghadapi exams, I can't afford to be physically tired, apatah lagi mentally tired. Tapi Allah bagi jugak.

Dan yang peliknya, tiap kali aku nak exam or di hambat datelines assignments, mesti ada saja perkara-perkara yang datang menjengah. (Tengok tu, you got to stop whining Rozzairin!)

Syukur pada Allah yang Maha Suci. Dia beri kita rasa penat, adalah sebagai protection kepada kita, manusia yang lemah. Bila kita dah ter-over-used our body, kita automatik akan rasa penat, dan kita terpaksa berehat supaya badan kita boleh recover balik segala energy yang dah hilang tu.

So, i guess, the same thing goes with mental. Bila dah banyak sangat fikir segala macam benda dalam dunia yang berwarna-warni ni, sampai satu tahap, kita rasa fed-up. Penat. Nak muntah darah. Otak nak meletup. Telinga nak pecah...etc, etc. Mungkin itu petanda we should take a break dari berfikir benda-benda yang menyerabutkan otak. Tak gitu ke? Huhu..
(Hey Rozzairin, Rasulullah dulu pernah ke berhenti berfikir pasal ummat Baginda semata-mata sebab penat otak? shame on you).

Mood spoiled. Cannot concentrate on anything else except tidur! (Berdoa agar mimpi yang indah2.. seperti "soalan apakah yang akan ditanya dalam paper educational psychology jumaat ni") yeay!

**This is just another lame excuse i came out with sebab takde mood nak study. Wei Cik Kak! Exam anda pada hari lusa. Sila sedar diri. huhu**

Friday 15 May 2009

Fakta dongeng

Budak kecik memang banyak kepercayaan dongeng kan?

Bila tengok anak-anak posgrads kat sini yang obsess tahap gaban dengan power rangers seolah-olah ye-ye-o je power rangers tu wujud, tetiba teringat pulak zaman aku kecik-kecik.. aku pun lebih kurang ada kepercayaan tahyul yang sama jugak. Dan bukan sikit.. banyak pulak tu..

Antara yang boleh aku ingatlah kan..

1) Dulu aku macam percaya yang ultraman tu wujud. hukhuk..

2) Dan aku pun percaya bila orang perempuan nak beranak, perut mereka akan pecah dan taraaaaa!! Muncul lah baby yang berwarna merah darah.. huhu..gerun giler! Lepas tu puas pulak aku fikir, macam mana perut dorang boleh elok balik ek?

3) And dulu kan, aku banyak kutu. Mana datang entah.. jangkit dari ayam-ayam yang berkeliaran kat kampung tu kot. Yang peliknya, kutu tu suka bergayut kat kepala aku sorang jek. Sampai digelar penternak berjaya oleh saudara-mara. Kureng asam sungguh. Sedih tau...

Aku selalu kena ugut..bila tidur malam, nanti semua kutu-kutu tu akan bergabung tenaga dan akan terbangkan aku ke tengah laut.. wuwuu.. aku dah la tak pandai berenang.. matila nanti.. uwaaa.. takutnya!!! mengong punya kutu! Ingat kau boleh jadi tarzan ek bergayut kat rambut aku?

4) Selain kutu boleh terbang, aku pun pernah berasa penting dan percaya yang helicopter suka tangkap budak-budak yang banyak kutu. Kebetulan pulak banyak sungguh helicopter suka lalu kat kawasan kampung aku. Mungkin sebab dekat-dekat situ ada pengkalan TUDM kot.

So, bila tengah2 syok main pasir or panjat pokok tak ingat dunia, tiap kali dengar je bunyi helicopter, aku akan lari lintang pukang macam tak cukup tanah cari tempat untuk menyorok. Reban ayam pun jadilah.. huhu.. patutla byk kutu.. reban ayam pun aku redah.. adoi lar! Tapi seriusly takut wei.. perasaan time tu rasa cam seorang penjahat dikejar oleh polis atau askar.. muahahah.. berasa penting giler.. padahal pasal kutu je pun.. Takde keje ke ape askar tu nak tangkap aku?

5) And pastu, pernah tengok tak gambar-gambar nostalgia mak ayah kita? alar yang warna black and white tu..Dulu aku ingat, zaman mereka muda-muda, semua benda kaler hitam putih.. Aku ingat lagi aku pernah tanya my mom, "waktu dulu2 tu, mak nampak semua benda pun kelabu ke? Semua takde kaler? Macam mana ek? Eeii.. tak dapat bayang lar"..mak cuma tergelak je.. and dia terangkan la fakta yang sebenar.. seb baik tak tanya kat abang2 or kakak2.. kalo tak, mesti kena kelentong lagi..

6) Dan dulu-dulu jugak, aku suka ikut kakak dan abang ku pergi cari kemunting or biji gajus dalam hutan or semak2 kat kampung ku, bersama2 anggota tentera sekampung yang lain, dan dorang selalu berpesan dengan suspennya, "kat dalam hutan tu, ada seorang perempuan tua yang suka bagi orang epal. jangan sesekali ambil, if kita ambil, dia akan terus pancung kepala kita dengan sabit".. huhu..Fuyyo!! ganas gile tu makcik! aku pun sambil kutip2 kemunting, sambil tu usha2 takut2 ada makcik tua bawak epal dan sabit. Serius chuak beb!

7) Aku pun pernah kena kelentong bahawa korek hidung tu membatalkan air smayang.. If tak silap, abang peja kot yang cakap.. cis!

8) Dan satu lagi, masa puasa, tak boleh kentut dan telan air liur.. huhu.. aku rasa bab ni, bukan aku sorang kena tipu, ramai lagi kot yang pernah percaya mende ni.

9) And suatu masa dulu, belakang rumah ada pokok inai. Jadi rajinlah tumbuk inai and merahkan kuku. kalau pakai inai, tak boleh kasi ayam nampak, nanti inai tu tak menjadi merah. So bila nampak ayam je, beria2 sorokkan tangan.. padahal ayam tu tak tau apa-apa pun..

10) Haaa.. satu lagi kepercayaan tahyul.. tak boleh baring atas tanah berbumbungkan langit.. kalau ada burung lalu melintas kita, kita akan mati.. so, tiap kali bermain, dan terjatuh, aku akan cepat2 bangun takut nanti ada burung yang sempat melintas atas aku.

Hahahahahaa.. bodoh giler!! Rasanya macam ada lagi episod dongeng yang lain.. alar tapi tu je yang mampu di recalled.. Aku tak ingat la bila aku start pandai berfikir dengan logik. Nasib baik la sampai juga kaki aku di University. Alhamdulillah. Hik~

Wednesday 13 May 2009

Rynni and Ronni

Rynni: aaaAArgh!!!!! Help! Help!!!!!!

Ronni: Ni apesal ni? Mental ke ape huh??

Rynni: Esok aku exam!!!!

Ronni: Aku tau.

Rynni: haaa.. tau pun!

Ronni: Ko dah stadi belum?

Rynni: Baru sikit.. sikit sangat...Wuwu!

Ronni: Abes tu camne?

Rynni: Tak tahu lah camne.. Kena praktikkan balik kemahiran menggoreng ni...

Ronni: Alar, goreng je.. jangan sampai hangus sudah lah..

Rynni: Itu la pasal.. Adoiyai.. tension betul la.. tension dengan diri sendiri kenapa aku boleh rasa rileks sangat ni? Esok exam final tau tak?

Ronni: Tau...

Rynni: Haaa.. tau takpe!

Ronni: Eh, daripada engkau mengarut kat sini.. baik ko gi study.. kang aku lempang ko kang.. pegi skang!

Rynni: Alar kerek ar.. ye la, ye la.. aku pegi skang! Bye!

Ronni: Okay, all d best for exam esok! Chayyuk2!

Rynni: Eh, ko tolong jawabkan exam aku boleh?

Ronni: Apesal pulak? tak kuasa aku.. jawab sendiri! Ko ingat exam ko tu best sangat ke? Kalau best macam pergi disneyland, boleh la suruh aku tolong..

Rynni: Alar, dengan aku pun nak berkira.. blah ar ko!

Ronni: Okay aku nak blah la ni.. layan ko sampai pagi esok tak habes. bye!

Rynni: Huh?! ye la ye la.. bye!

Monday 11 May 2009

Counting it down~

GRAND FINAL EXAM, 2009

14th May --> Applied Behaviour Analysis (Baru baca satu lecture note drpd ribu2 lemon)

22nd May --> Educational Psychology (Belum baca walau satu huruf, Good Luck to me!)

3rd or 4th June --> Project Presentation (Nightmare!!!! Arrrgghh!!) And then............

"HARI YANG MULIA! HARI YANG BAHAGIA! SAMBUT DENGAN JIWA YANG MERDEKA! MERDEKA!!! YEEEHAAA!! " DAH ABES WAT DEGREE PSYCHOLOGY YG PSYCHOTICOT!!!

Lepas tu! Lepas tu!

10th July --> Mak, Kak Lily, and Nureen tiba di London (Welcome! Welcome!)

11th July --> Paris! Here i come again! hehe..

17th July --> My Graduation ( Tak tahu nak pakai baju ape!!)

19th July --> Bye bye Bangor (Sob..sob!)

21st July --> BALIK MALAYSIA TERCHENTA!!!!!!! After almost 2 years tak balik ok!! Rindu nak rasa ketiak basah dek kerana panasnya mentari khatulistiwa~ eeeuuwwww! hik!

InsyaAllah semoga segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang aral.. amiin~

Friday 8 May 2009

Nizaruddin Yusof


I remember now! Akhirnya..! Puas i've been trying to remember his name. And tiba-tiba je lepas solat subuh tadi, nama tu terpacul keluar di otak aku. Then aku try search di internet.. Ye, memang betul! Yes! that's him!

Nizaruddin lah yang pernah belanja aku lunch di Megamall suatu masa dulu, dan kitorang pernah berkawan for a while..

Masa tu, i was waiting for SPM results, and bekerja as a sales girl kat kedai CD speedy.

And this one day, ada game between Malaysia and Turki if i'm not mistaken lar.. And our national players were staying at MS Garden Hotel, which is located belakang Megamall.

And during night time, they all turun rayau-rayau kat megamall. So dari situ la jumpa. He and the gang serbu kedai cd where i worked, and of course i've to entertained them la kan.

And the 2nd time dorang datang rasanya, he asked for my fon number. And i just gave it to him after berfikir seketika. Ala, fon number je pun. kasi aje la. kebetulan time tu baru dapat hanfon.. huhu..


Mungkin dia saja-saja kot nak isi masa lapang. Agak menarik gak dapat berkawan dengan pemain bola sepak kebangsaan. Walaupun at first, i knew nothing about him. Nada! Aku ingat takde orang kenal dia, macam aku tak kenal dia la kan. Bengap sket pasal bola-bola ni. Sorry lah. Huahua..

And sehari tu, last day dorang kat situ kot, dia ajak aku keluar for lunch. Orang nak belanja, so aku tak tolak la kan. haha. Masa kat restaurant tu, i didn't even know i was outing with a pemain bola yang agak famous amous. I just started to realised when tiba-tiba ada orang datang salam with him. Dan banyak mata-mata yang melirik pada meja kami.. huhu..

And there was another guy yang keluar sekali masa tu, cuma aku tak ingat nama dia. Rambut panjang, suara kasar giler, and tinggi lampai. i couldnt remember his name. Tapi, dia temankan si Nizaruddin ni la.

And i was so surprised when i told my grandma about this, she actually knew who that player is. Takjub kejap. haha..

But i was not that teruja sebab i'm not very much a fan of bola sepak la. And saje jugak suka-suka. Masa masuk kmb, dia still contact aku skali-skala.. But lama-lama tu, cam dah takde. And i can't be bothered to keep in touch with him, yang mana akhirnya, lost contact. And that's all folk! haha..

What i like about him is, dia tak menggatal la. Dia panggil aku adik je sepanjang kami kawan tu. And i really felt like seorang adik to him. Or maybe aku ni naif kot time tu. ntah la..

Keh keh kelakar giler kalau di ingatkan semula. Zaman remaja yang sangat naif. Owh, memalukan jugak if fikir balik. Entah apa-apa.

High-maintenance

I'ts no secret that many don't like a high-maintenance girl. Mula-mula dulu, aku macam salah anggap jugak pasal high-maintenance person ni. Ingatkan dorang high maintenance dari segi material items je, u know, handbags, shoes, clothes, but.. apparently, dorang jugak require a lot of things such as affection and tidyness.

Well, actually me and my housemates were watching our favourite sitcom, Friends tadi. And ada la satu scene ni bagi aku sangat lah sweet.. hehe..

Monica was very bengang when Phoebe called her high-maintenance. And dia macam cuba buktikan yang dia ni bukan such a person la. Then, dia suruh Chandler, her boyfriend, go and tell Phoebe and Rachel yang dia bukan high-maintenance, but turns out, Chandler termengaku yang Monica memang a little bit high-maintenance, and also not easy-going (setelah serabut di push oleh Monica).

And then Monica macam merajuk... Then comes the best part. Chandler pergi pujuk lah kan, of course. And he says..

"You're not easy going, but you're passionate. And that's good. And when you get upset about the little things, I think that i'm pretty good at making you feel better about that. And that's good too. So, they can say that you're high-maintenance but that's okay, coz i like... MAINTAINING you..".

Aaawww... That is soOOO so So sweet okay! I don't know about you guys, but i'm so flattered~

Chandler sangat best!

And now, i wonder, is it a good or a bad thing to be a high-maintenance? But i'm sure guys don't like to have one such girl.. do they? erm.. maybe.. or maybe not..

But i don't want to be one. I hope so lah kan.. huhu..

Thursday 7 May 2009

Forgive and Forget..

When we say that we forgive someone for all their wrongdoings pada kita, did we really forgive them if we still not able to forget everything? Like seriously masih ingat keperitan itu?

I'm soO confused now.. i really mahu forgive this one person ok. I keep telling myself,

"ok2, aku dah maafkan dia..",

but yet at the same time, there's one deep voice inside my head whispering, as if menyambung ayat di atas, "... tapi, aku still tak boleh lupa apa yang dia dah buat, it was too much beb!".

Apakah??!

Does that mean that i still belum forgive her? Or is it normal for us to take sometimes (or forever?) to forget such kesalahan? even though kita asyik cakap kita dah maafkan dia? Entah la..

Tapi, in other cases, when i said i forgive someone, i can totally lupakan all the sakit hatiness, and they all gone with the kemaafan yang di beri. Walaupun sebenarnya boleh je ingat lagi what was it all about, but sakit hati tu already hilang.

Erm, but in this case, i really nak forgive this one person, but i don't want to be friends with her anymore.. How ar? Aiyaa.. i really hope, one day, all the kenangan yang tak best here will be erased from my memory for ever and ever..

Cakap memang senang..

Forgive and forget,

It's hard to forgive, but it is even harder to forget~ O Allah, forgive me for being soO keras hati~



Tuesday 5 May 2009

The Notebook~


Finally, I got the chance to watch the movie, called Notebook. I wanted to watch it since last year lagi. But my dvd was broken in the middle of the story. I was so frustrated because my friends have been telling me that movie tu tersangatlah suweet muweet! A must see! And at last, it was shown on the tv.

Erm, i admit that movie best la! Tapi, tapi, tapi! somehow, i couldn't see anything sweet by being curang.. sorry guys! I just cannot accept it. I can't call it sweet, because to me, it is more like selfishness.

Memang la kita tak dapat nak menipu our feelings, kan? kan? Yes.. tapi.. what if something like that happen to us?

Our beloved kekasih tiba-tiba curang.. because suddenly dia rasa someone he met (obviously not u) adalah kekasih sejatinya, sedangkan kita yang all this while he was in love with, di ketepikan begitu saja. Sedih kan? kan? kan?

Very-very tak baik ok?! Sometimes we have to make sacrifices in our life. That's just how things go. And please guys! keep your promises. You can't just break them whenever you like.


Well, after all.. this is just my opinion.. and please don't say that i'm being emo.. Coz i'm not. (yeke? huahua.. iye lar.. tak caya sudah)

I'm a bit dissappointed with this movie actually. Alangkah bagusnya if adegan curang-mencurang itu never existed. Haih~

Sunday 3 May 2009

Where art thou?

If only motivation itu boleh dibeli di pasaraya seperti Morrisons, kan senang?

"Uncle, nak motivasi 3 kilo! I'll pay you with debit card, okay?"

Tapi malangnya, ianya tidak semudah itu wahai rakan-rakan. Motivasi adalah hak milik setiap insan. It wouldn't be fair if motivasi hanya boleh di beli di kedai-kedai. Kesian orang-orang miskin nanti. Mesti semua demotivated. Jadi, memang ada hikmah mengapa ianya begitu.

Kalau dah motivasi tak dapat nak di beli, mana nak korek wei?? Di saat-saat nak menuju medan peperangan (exam period), motivasi is badly needed. But hardly found. Maybe jugak because everyone is demanding for motivation, habis semua motivasi dalam dunia ni diserap oleh mereka, termasuklah yang sepatutnya menjadi milik aku.. owh! how tamak people can be..(trying to be as creative as possible in giving excuses).. huahua~

Motivation!! Where art thou?? Come to me now! I really need you!! Help! Help!

Friday 1 May 2009

Welcome!

Salam,

Akhirnya, saya juga nak ada dua blog. hehe.. The other blog of mine mungkin too personal, therefore, i cannot make it public.

And this new blog, hopefully boleh menjadi catatan kehidupan yang lebih girang. And the other reason why i made this blog goes public is because, i think blog ini could act as a tool to keep in touch with my loved ones, iaitu friends and family dan orang2 terapat.

Coz sometimes we are too busy to update each other about things we used to share, gossips and many miscellaneous others lah.. And it is more personal i guess compared to Facebook dan apa2 entah lagi..

'PePantaiku' nama blog ini diberi, kerana, pantai has always been my favorite place. They have never failed to make me happy, calm, and up to this very moment, i'm still very much in love with pantai.

And i want to officially declare myself as 'Budak Pantai forever"! owh.. peliknye bunyi! huhu.. takpe la.. janji saya suke.. hehe.. when i feel happy, i wanna go to pantai. and when i feel sad, i also wanna go to pantai.

i will never get bored with the sound of angin di celahan pokok ru, dan bunyi ombak memukul pantai.. sangat wonderful~ walaupun at times, it can be quite scary.. So, i want to anggap this blog as my 'pantai' where i can share my ups and downs here. Boleh kan?

Dan seperti sudah tertulis, sejak kecil until menjadi anak perantau di negara orang, i still got the chance to live by the sea. even though it's only pier, not exactly pantai, but still, the view is superb and everytime i went there, my heart mesti cair mair like ice-cream during hot summer day! Hik~ I love you Bangor Pier!!!!

I hope this short explanation (or panjang lebar sebenarnye?) fairly justifies the chosen name. hehe..

Bahasa in this blog will also be bersepah. i'm not planning to use bahasa melayu yang indah mindah because i'm so bad at it, neither to show how awful my english is, but just to write something about me and my life, coz i know i would probably forget kenangan-kenangan terindah dan tak berapa nak indah which i think might be worth to remember. So, i warn you, read at your own risk!

That's all for now i guess! Pen off~