Thursday 12 February 2015

Perginya seorang ulamak mulia ~ TGNA

Bismillah..



Malam tadi seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Tok Guru kesayangan kita, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang menemui Illahi setelah agak lama terlantar sakit. Hati ni terus sebak. Lemah badan rasanya... ya Allah, Kau telah menjemput dia.... insan yang aku sangat kagumi, dan sayangi. Sungguh aku amat sayang padanya...walaupun tak pernah berjumpa.. tapi hati ni rindu dan kasih.. kagum pada perjuangannya.. perjuangan tulus seorang pemimpin islam. 



Seorang pemimpin yang amat humble. Mendengar perkataan beliau, melihat gaya hidup beliau. melihat air muka beliau, banyak mengingatkan aku pada Rasulullah SAW.. benarlah ulamak itu pewaris Nabi. Perasaan ini tak dirasa tatkala melihat pemimpin lain. Sungguh Tuan Guru berada di tempat istimewa dalam hati aku. 



Tapi hari ini, dia telah tiada. Maka hilanglah satu doa orang alim buat kita semua. Insan yang sentiasa menangis dalam doanya, dalam sujudnya. Bukan kerana memikirkan harta. Tetapi memikirkan akhirat. Memikirkan bekalannya. Memikirkan sumbangannya. Yang setiap malam bangun menyembah Allah dan aku pasti, tiap kali itu juga terselit doa buat ummah. Dan sekarang, doa itu telah hilang. Selamanya... 



Berehatlah Tok Guru. InsyaAllah, kau punya jawapan teguh dihadapan Penciptamu. Moga aku akan bertemu denganmu disyurga nanti, disamping Rasulullah SAW dan para nabi yang lain. Akan aku hidupkan legasimu. Menceritakan tentangmu pada anak cucuku. Tentang seorang pemimpin yang tak lekang berselawat dan zikir dibibirnya.  Betapa hebat kepimpinanmu sehingga berjaya menyentuh hati manusia dari pelbagai bangsa dan agama. Berehatlah sang pejuang, di sisi Allah yang aku yakin mengasihimu. Berehatlah....Innalillahhiwainnaillahirojiun...

 

No comments: