Thursday 26 May 2011

Sedekah~


Salam,

Entry kali ni saya nak bertazkirah sket.. hehe.. Bukan apa. Rasa cam nak berkongsi dan jadikan satu peringatan buat diri sendiri juga.

Pagi tadi tengok rancangan Adik & Al-Quran. Aku suka tengok rancangan tu sebab ustaz tu menafsir Al-Quran dengan kanak-kanak dengan cara bercerita. So in a way berjaya menarik minat aku jugak la.

Hari ni ayat yang ditafsirkan adalah berkenaan dengan Sedekah. Dipendekkan cerita, pengajaran yang boleh diambil dari kisah ayat tu ialah, waktu yang paling afdhal untuk kita bersedekah ialah time kita tengah rasa kedekut. Time ni pahalanya adalah berganda.

Dan pahala juga akan berganda jika kita bersedekah dan membantu kaum kerabat yang dalam kesusahan. Bukanlah maksudnya kita tak perlu tolong orang lain selain dari darah daging sendiri, cuma pahalanya adalah lebih jika kita tolong ahli keluarga terlebih dahulu.


Aku ingatkan selama ni, kalau kita tolong orang luar or yang takde pertalian darah tu lagi mulia, rupa-rupanya menolong kaum kerabat sendiri lebih banyak pahalanya. Subhanallah~

So lepas ni, marilah kita sama-sama jenguk2 saudara-mara, mana la tau ada antara mereka yang memerlukan bantuan or dalam kesusahan. Jangan kedekut untuk membantu. Sebab nanti Allah akan balas berkali ganda lagi rezeki tu. InsyaAllah.

Dan kat sini aku nak kongsi satu pengalaman yang sampai skang aku takleh lupa and i think worth sharing.

Kejadian ni berlaku masa aku pergi Jakarta dengan Kak Lily and Non tahun lepas. Masa tu hari terakhir kat sana. Duit kami dah kekeringan. Memang cukup2 untuk kami lunch before flite to KL. Time tu aku tengah tunggu kak lily and non pegi angkat beg. Tiba-tiba ada orang datang mintak sedekah untuk sekolah anak-anak miskin. Hati aku berbelah bahagi jugak, nak bagi ke tak. Kami pun dah tak banyak duit ni. Tapi aku pikir takpelah, mungkin dah rezeki anak-anak ni kot. Aku pun bagi la duit sket. Tapi still cukup la untuk kami makan ala kadar je nanti.

And then, pas makan tu, kami pun lepak2 kat dalam tu sementara tunggu nak naik flite. Tetiba cam sebelah meja kitorang tu ada 2 orang Malaysia yang lain.. So we all borak2.. Tetiba dia offer if kami nak makan apa2, dia boleh bayarkan sebab duit dia ada 2 juta rupiah lagi lebih tak abes belanja. Tapi kitorang dah makan tadi. But then tetiba dia hulur 600 ribu rupiah, katanya pegi la beli cenderahati ke apa buat balik Malaysia. And i was like.. Seriously?? Dah orang tu beria nak bagi, aku pun amik la. 600 ribu rupiah tu banyak ok! shopping sakan gak la time tu.. hehe

Bila aku pikir balik, ya Allah, aku cuma sedekahkan berapa rupiah je kat orang tu tadi, tapi Kau pulangkan balik berkali-kali ganda. Memang rasa takjub sangat time tu. Cash je Dia balas.

So pasni, sila jangan kedekut tuk bersedekah. Kalau Allah tak balas sekarang, mungkin di masa depan. Or mungkin di akhirat nanti, insyaAllah. Okeh? Ayuh bersedekah.. selamat beramal! :)

2 comments:

riaizzatirazali said...

Zaireen, kalau kwn2 kira kaum sedara x? Ko tnk sedekah kat aku? Hahaha!

Rynn said...

eh aritu aku blanja makan kira sedekah gak kan? haha..