Monday 19 August 2013

The Road I Travelled




Salam..

Sesungguhnya memang amat lama aku tak menulis kat sini. This busy and routined life has swallowed me. Until i was lost. Lemas dan tenggelam dalam kesibukan.

Tak sedar sesuatu sedang memakan diri ini. Sedang memakan kebahagiaan ini.

 KEBAHAGIAAN. Satu perkataan yang tiba-tiba asing bagi aku. Betul ke apa yang aku ada selama ni adalah kebahagian? Atau itu semua satu kepura-puraan?


Sejak dua menjak ni aku banyak berfikir. And in fact, dah ter overthinking kot.

Aku impressed bila lihat pak cik dan mak cik yang tua2, tapi saling taking care of each other, holding hands, making coffees for their spouse, berborak bersembang bergurau bersama. They look so romantic. Dorang ni tak pernah bosan ke dengan each other? Anak cucu tentu bahagia lihat atok dan nenek macam tu. Tapi of course only God knows what have they been through sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Aku yakin ada turun dan naiknya juga.

"There is still time to change the road you are on". Kata-kata ini aku terbaca di saat aku betul-betul lost. Di saat hilang punah segala harapan. But there is still time. Masih belum terlambat untuk mengubah segalanya. Hanya tersasar sedikit dari jalan yang lurus. Bukan sesat tak jumpa jalan pulang. Hanya tersasar. Tergelincir sebab tak berhati-hati. Mungkin sengaja memilih untuk merasai sedikit adventure di pertengahan jalan. Namun tersedar bahaya gaung yang menanti di hadapan.Itu pun selepas tersepak batu dan terjelepuk jatuh berdarah kaki. Teman di sisi marah. Kenapa cuai sangat? Tapi dalam marah-marah, tetap dipapahnya jugak. Justeru, berpatah balik ke jalan yang selamat. Sebab destinasi jauh lagi. Tak boleh tersungkur di pertengahan jalan. Belum pun tiba di pertengahan sebenarnya. Baru permulaan. Lagi la tak boleh tersungkur.

Teman yang setia, akan sudi meneman sampai bila-bila. Jika tersasar, akan ditarik semula. Tapi kalau tersesat sehingga tak dapat di kesan, teman itu terpaksa pasrah. Nak di ikat tali, tak logik. Itu bukan caranya di zaman ini. Hanya pada Allah kita semua berserah.

Terbaca di status seorang kenalan di FB :

"Perkahwinan itu adalah satu ibadah. Seharusnya ia membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Lebih baik solatnya, boleh solat jemaah, solat di awal waktu sebab selalu ada yang mengingatkan dan ajak solat bersama. lebih banyak ibadahnya, lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, dan kurang berbuat maksiat. TAPI jika selepas berkahwin berlaku sebaliknya, maka haruslah kita duduk bermuhasabah. Ingat kembali, adakah aku niat berkahwin kerana Allah? Apakah matlamat terakhir aku dengan perkahwinan ini?"


Bila terketuk begini. Baru tersedar. Ya Allah. Jauhnya aku dariMu. Keseronokan. Kebahagian. Itu yang aku idamkan. Tapi ketahuilah, syurga Allah itu mahal harganya. Dan tentu sekali keseronokan bukanlah bayarannya.

Ujian datang. Hadapi, Ambil iktibar. Teruskan hidup. Jangan ulangi. InsyaAllah.

p/s: Aku pun nak bahagia. Aku akan bahagia. Dengan IzinNya. :)

No comments: