Friday 20 September 2013

2 VS 102

2 VS 102

Kerap ku bertanya pada diri.

Berbaloikah melupakan 102 bulan, hanya kerana 2 bulan itu?



Betulkah aku mahu korbankan 102 bulan, hanya kerana 2 bulan itu?



102 bulan yang membawa seribu makna. Pada aku sekurangnya. Walau berselang noda dan dosa. Ia tetap lakaran kehidupan yang aku coretkan di saat hati bahagia. Di saat kita bahagia. Mahukah aku lupakan? Mahukah aku hilangkan?

2 bulan yang durjana itu. Aku pun tak tahu. Pentingkah? Bermakna kah? bukan bagi aku. Tapi bagi kau. Soalan ini aku tanya pada kau. Bermaknakah 2 bulan itu? Berbaloikah? Besar risiko yang engkau letakkan. Namun kau tetap lakukan. Di mana letak hatimu? Di mana letak cintamu? Di mana letak kasihmu? Yang pasti, bukan pada aku.

Aku masih bertanya.

Berbaloikah? Walau aku tahu jawapannya mesti lah tidak. Tapi mengapa hati seakan tidak mahu menerima.

Aku boleh memaksa diri. Berlakon. Agar kalian bahagia. Walau aku tertanya, adakah ada bahagian bahagia itu untukku? Mungkin ada. Cuma waktunya belum tiba. 

Teruskan menanti. Teruskan mencuba. Kalau tiada hasilnya jua, sekurangnya aku mungkin mendapat pahala atas dasar aku mencuba. Mungkin bahagianku bukan di dunia. Ku harap adalah nanti di syurga. Kerana Allah itu Maha Adil. Tak mungkin kan ku tahu nikmat bahagia, jika tidak pernah merasa derita.

Tabahlah hati. Walaupun kau derita, tak bermakna kau harus menjadi punca derita mereka. Mereka kasihku. Mereka sayangku. Jadilah punca mereka berbahagia. Jadilah punca kekuatan mereka. Mungkin dengan jalan itu, kau akan temui bahagia. 

No comments: