Tuesday 7 January 2014

Hakikat Dukacita



Kadang2 kesedihan boleh datang pada insan, dan dia tidak tahu pun kenapa dia bersedih.

Kadang2 Allah jadikan satu masalah pada insan, yang pada orang lain tak menimbulkan kesedihan pun, tapi pada dia, mengundang kesedihan.

Ramai org yang bukan kaki masjid dtg ke masjid kerana ada peristiwa yang mendukacitakan dia.

RAMAI ORANG SOMBONG, TUNDUK MENJADI TAWADUK KEPADA ALLAH KERANA PERISTIWA YANG MENDUKACITAKAN DIA. JIKA TIDAK KERANA ALLAH CAMPAKKAN DUKACITA ITU, MUNGKIN DIA AKAN MATI SEBAGAI AHLI NERAKA.

Allah akan sentiasa mengenakan kepada insan, dari masa ke masa, dukacita antara kecil dan besar, supaya dia kembali pada Allah.

Utk membolehkan insan dekat dgn Allah, dia memerlukan jiwa dan hati nurani yang dekat dengan Allah, kadang-kadang, banyak perkara yang tak dpt bawa insan kepada Allah, tapi kesedihan dapat membawanya kepada Allah.

Bila dia sedih, dia akan khusyuk. Bila dia nk keluar dr kesedihan dunia, dia mesti ingat pada akhirat.

Allah berkata:

"Siapa yang beramal dengan amalan soleh, samada lelaki ataupun perempuan, dalam keadaan dia mukmin, kami akan menghidupkan dia kehidupan yang baik"

Ramai orang suka mengandaikan, kehidupan yng baik itu apabila kita ada kemewahan yg hebat. Allah mencampakkan kebahagiaan itu dlm hati para anbiya'. yang kadang2 tak mempunyai apa2 pun di dunia ini. Dalam hati para sahabat nabi saw, yang tak memiliki apa2 pun, tapi mereka menggengam sakinah. Mereka menggenggam kebahagiaan.

----------------------------------------------------------------------------

Jika bukan kerana dukacita ini, mungkin kita masih lalai,
Jika bukan kerana kesedihan ini, mungkin kita masih sombong,
Jika bukan kerana derita ini, mungkin kita masih riak,
Jika bukan kerana kesusahan ini, mungkin kita masih tak menghargai nikmat yang diberi.

Syukur. Itu yang sepatutnya. Kerana Allah tidak mematikan kita dalam keadaan yang hina. Diberi peluang untuk bertaubat. Dan moga dengan taubat itu, segala dosa bertukar menjadi amalan yg mulia. Ameeen..

*Belajar rin. Belajar. Ingat please.. jangan lupa.. jangan lupa.. jangan lupa*

No comments: