Monday 23 December 2013

Penghargaan Manusia VS Penghargaan Allah

Berbuat baiklah kepada ibu ayah walaupun ibu ayah lebih sayangkan kakak or abang kita daripada kita. Walaupun ibu ayah selalu tak nampak kebaikan kita. Do good towards them anyway.

Berbuat baiklah pada anak-anak, walau dia selalu buat masalah. Walau dia selalu susahkan kita. Walaupun bila dia besar dia lupa jasa kita. Dia jadi anak derhaka. Berbuat baiklah kepada mereka.

Berbuat baiklah kepada suami, walaupun setelah kau beranakkan zuriat dia, walaupun abes keringat kau membesarkan dan menjaga zuriat dia, dia tak hargai pengorbanan dan kesusahan kau dan mencari seronok bersama wanita lain. Berbuat baiklah.

Berbuat baiklah kepada isteri, walaupun dia asyik membebel. Walaupun dia tak mensyukuri apa yang kau telah beri. Walau setelah penat lelah kau mencari nafkah utk keluarga, dia masih mencari lelaki lain, ketahuilah, tak rugi kau berbuat baik kepada dia selama ini.

Berbuat baiklah kepada orang sekeliling, walaupun mereka sikit pun tak amik kesah. Mereka sikit pun tak pandang usaha dan effort kau. Berbuat baiklah.

Berbuat baiklah kepada binatang, walaupun dia tak dpt nak balas kebaikan kau, walaupun takde satu faedah pun kau dapat, berbuat baiklah.

TAPI KENAPA?

Sebabnya.....

Walau mereka semua tak hargai, tak nampak, tapi Allah tahu. Allah catat. Allah akan balas.

Berbuat baik dan mengharapkan balasan manusia, hanya akan mengundang kecewa. Dari situ datangnya murka, akhirnya  merana.

Tapi jika berbuat baik, dan HANYA mengharapkan pengiktirafan Allah, kita takkan kisah kalau manusia tak hargai kita. Kerana kebaikan itu, sudah mendapat tempat di sisi Pencipta. Ada reward sedia menanti di pintu syurga.

Dulu pernah aku kecewa. Sakit hati. Sebab aku rasa pengorbanan aku tak di hargai. Kesusahan aku macam takde makna. Aku mengungkit itu ini.

But then i realized, aku berbuat baik, aku berkorban segala, Allah dah catatkan kebaikan bagi aku. Tapi just because this one human being yang terlupa nak appreciate pengorbanan aku, aku mengungkit, dan sekarang aku tertanya, masih adakah kebaikan aku di sisi Allah? Adakah aku masih akan dapat reward di atas segala kebaikan yang aku lakukan, setelah aku mengungkit macam2? Entah2 Allah dah padam semuanya.

Aku harus tukar cara aku berfikir, kebaikan yang aku lakukan, bukan utk dihargai oleh sesiapa. Tapi untuk penilaian Allah. Kalau Allah dah catit, Alhamdulillah. Let them stay in that book sampai akhirat nanti.

Kalau orang taknak hargai, taknak recognize effort kita, it's ok. Kita tak rugi pun, sebab pahala tu kita tetap dapat. Cuma kalau ada orang hargai tu, itu ibarat bonus la kan. But still, ini lah yang Allah nak ajar mungkin.

Allah nak ajar aku, jangan harapkan penghargaan manusia.

Jangan harapkan manusia akan berkorban segala utk kau. Manusia itu sifatnya terbatas.

Pernah dengar ungkapan, "Cukuplah Allah bagiku"? Kalau betul2 hayati ungkapan ini, kita akan berasa lega sebab masih ada Allah di sisi.

Orang lain tu kita tak dpt halang kalau dia nk pegi jauh dari kita, tapi dengan Allah, kita yang decide kita nk berada dekat atau semakin jauh. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita.. MasyaAllah. Masih nak rasa sedih sebab kena tinggal oleh kekasih? Haha.. buat rugi air mata je. Mengejar yang sia2.



*Masih belajar. Dan mempraktikkan apa yang di pelajari. Kalau terlanggar sana sini, itu buktinya aku ini manusia. Yang sedang mencuba. Yang masih belum sempurna. Dan takkan sempurna sampai bila-bila. Tapi aku cuba buat sesempurna mungkin. Untuk aku. Untuk kau. Untuk semuanya. Untuk Allah. Untuk syurga*

No comments: