Sunday 15 December 2013

Memaki dan Mencela. Jangan.

“Dan bila ada seseorang memaki dan mencela kamu dengan apa yang ia ketahui tentang dirimu, maka janganlah kamu mencelanya dengan apa yang kamu ketahui tentang dirinya, kerana sesungguhnya akibat dari caci-maki itu akan kembali kepadanya.”

(HR Abu Daud & At-Tarmizi, dari Abu Juray Jabir bin Sulaim ra)

Pernah sehari terbaca kat status Fynn Jamal, lebih kurang macam ni ayat dia:
"Takkan mati anak Adam itu, selagi dia tidak melakukan dosa orang yang pernah dikutuknya". 

Aku tak tau mana dia dapat ayat tu, walaupun takde sumber yang sahih samada dari ayat quran ke, dari hadis ke, tapi cukup buat aku tersentap. 

Ada orang pernah buat salah pada aku. Aku kutuk. Aku marah sesungguhnya. Ada orang pernah buat salah pada kakak aku. Aku caci dia. Aku keji dia. Ada orang pernah buat salah pada adik aku. Aku umpat dia. aku kritik dia. Dan tak terkira lagi betapa banyak umpat dan keji yang telah keluar dari mulut aku ni. 

Aku rasa kebanyakan orang pun macam tu. Tak puas hati dengan orang ni, pegi mengadu kat orang tu. Sama la jugak tu. 

Dan, aku takut, apa yang aku cakap sebelum ni, akan berbalik pada diri aku. Some of the things have already happened. Bila Allah letakkan aku dalam situasi yang sama dengan orang yg aku kutuk dulu, aku pun buat perkara yang sama. Ternyata aku pun sama je dgn dia. 

Allah tu maha Adil kan? Kau tak pernah merasa apa yang dia rasa, kau tak pernah di uji sebagaimana dia di uji, tapi kau ada hati nak judge, and kutuk tindakan orang tu. Sekali Allah kasi, amik kau. Failed kat situ jgk. 

Dan ada jugak orang yang aku kutuk dulu, Allah takdirkan, orang yang aku sayang, buat perkara yang lebih kurang sama. Sesungguhnya Allah memang Maha Adil. Balasan Allah tu luas. Tak terjadi pada diri kau, terjadi pada orang yang kau sayang. Anak kau. Keluarga kau. Kawan kau. 

Banyak perkara yang kita takkan berkenan pada seseorang tu. Anak orang tu pengotor. Anak orang ni tak solat. Anak orang tu pemalas. Anak orang ni degil. Anak orang tu kurang ajar. Stop. Just stop. Kita pun punya anak sendiri. Dan insyaAllah bakal dapat anak lagi ramai lepas ni. Just stop bencikan anak orang. Just stop kritik anak orang. 

Dan most importantly, just stop criticizing orang lain. Judging orang lain. Umpat. Mengeji. Just stop doing that. We are not perfect either. 

Setiap kali rasa tak puas hati kat orang, or rasa nk mengumpat orang, cuba ingatkan diri sendiri, kau nak ke jadi macam dia? kau nak ke buat benda yang dia buat sekarang? Kalau taknak, just zip your mouth, dan istighfar banyak2. Doakan dia dapat hidayah. Doakan Allah pelihara kita dan keturunan kita daripada sifat2 keji. Sebab nanti apa yang kita cakap, akan berbalik pada diri kita. Nauzubillah.. 

Kena taubat banyak2. Bersihkan hati. Bersihkan jiwa. Stop judging. Let's just embrace the difference. Accept. And tolerate. 

InsyaAllah i'm working towards it. :)

No comments: