Thursday 19 December 2013

Jangan terima 'penyakit' dari mereka yang berpenyakit

Ini sharing daripada Master kami, Kak Cery. And i think this is a really really good way of thinking. Sebab dalam hidup ni, tak kesah la apa kau nak buat, akan ada je orang komplen itu ini. Ingat lagi dulu masa aku nak pakai braces, semua orang kutuk. Semua orang halang. Kalau lah aku dgr dan akur ckp dorang dulu, mesti skang gigi aku dah bersimpang siur. haha..So, kesimpulannya, meh baca apa kak cery nak ckp.. heee..

"Jangan terima 'penyakit' dari mereka yang berpenyakit" ~MCsKK


 Pernah tak dalam hidup kita, kita tersentap/tersentak dengan komen2 dari kawan2, keluarga, anak buah, kawan sekerja atau dari mereka yang kita tak kenali. Maksud saya bukan komen membina tapi lebih kepada komen yang meruntuhkan pembangunan jiwa dan moral ..contohnya .."ini semua sebab salah awak la,blablabla..".. "dia ni berniaga fikir untung duit jer bukan dia peduli atau ambil berat pasal kita pun.."..."awk bukan leader yang blablabla..". DAN BANYAK LAGI komen2 pedas yang kadang buat hati kita tersentak...


 Normal lah kita manusia biasa bukan malaikat, tu yang hati terkejut tu. Tapi satu sahaja pesanan saya, JANGAN TERIMA PENYAKIT.


Mari saya cerita analogi yang saya baca dalam satu buku (Tak ingat tajuknya), Katanya, apabila orang memberi komen yang berbaur negatif..ia umpama orang itu 'memberi penyakit' kepada kita..ia seolah2 orang tu kata 'nah amiklah penyakit hati I'..

Analoginya begini, katalah dalam kehidupan kita, orang datang batuk2 bersin2 depan muka kita..kita suka tak? Atau orang datang nak pindahkan viruspenyakit kat kita.. Kita terima ke tidak? Sudah tentulah tiada manusia pun yang nak terima virus apa jenis penyakit pun.. yer tak.. Kalau terima bermaksud kita akan sakit lah.. yer tak..

Sama juga dalam kes ini, apabila kita 'terima' komen2 negatif dari golongan sedemikian, umpama kita menerima penyakit.. Cuba tengok keadaan mereka yang sedang demam..sakit bukan..rasa tak selesa 24jam..Sengsara ooo kalau demam panas, tu baru demam panas belum sakit lain yang arrghh,sakit2 ni semua memang tak besttt..sebab tu ada kata2 mengatakan hargai masa sihat sebelum datang masa sakit...

Jadi setiap kali kita membaca/mendengar sesuatu yang buat kita tersentap..cepat2 cakap pada diri.. 'aku takmahu terima penyakit ini'.. Jangan terima maksudnya,jangan reply atau balas..susuli dengan zikir dan istigfar....

Sejak dari itu saya tersenyum dan berikrar dengan diri taknak terima penyakit dari mereka2 yang berpenyakit hati..Kadang2 bila datang lagi orang hantar penyakit, cepat2 saya ingatkan diri tentang tips ini.. cepat2 saya cakap dgn diri.. kalau saya balas balik, bermaksud saya terima penyakit dia.. oh tidakk, saya taknakkk hidup dalam keadaan 'sakit'...

InsyaAllah nanti saya kongsikan lagi ubat untuk hati yang berpenyakit.. Saya doakan hujung minggu anda dipenuhi dengan kebahagiaan dan kejayaan. Ingat yer, jangan terima penyakit2 yang orang keliling hantar ke anda...sebaliknya mari penuhkan cinta dihati, insyaAllah keajaiban pasti menanti hidup anda.


Best kan? So, sila tolak jauh2 penyakit macam ni daripada hidup kita. hidup bebas tanpa penyakit. Jom lah makan Shaklee. Eh tetiba plak.. haha.. ok bye!

No comments: