Saturday 14 December 2013

Di depanku laut. Di belakangku musuh.


              Nabi Musa AS menunjukkan kepada kita contoh tertinggi dalam pergantungan kepada Allah  SWT. Dia yang diarahkan oleh Allah SWT untuk membawa seluruh Bani Israel melarikan diri dari Firaun di tengah malam, telah dihalakan oleh Allah SWT ke lautan. Pada waktu Subuh, mereka tersedar bahawa mereka telah tersesat bila berada di hadapan laut. Di belakang mereka ketika itu Firaun dan bala tenteranya. Mereka tersepit. 

Melihat keadaan ini, Bani Israel hilang kepercayaan kepada Allah dan Nabi Musa. Kalangan mereka ada yang hendak menyerah diri, ada yang memaki Musa. “Setelah kedua-dua kumpulan itu melihat sesama mereka, berkatalah orang-orang Musa: Sesungguhnya kita akan ditawan!” 

Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61. Ya. Berada di hadapan laut tanpa boleh merentasinya. Di belakang pula Firaun yang siap untuk menebas kepala mereka. Tetapi apakah reaksi Musa ketika situasi ini berlaku? “Sesekali tidak, sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 62. Sesekali tidak! Sesungguhnya aku bersama Rabbku yang memberikan petunjuk! 

Inilah dia Musa AS. Telah tersepit di antara lautan dan Firaun yang mengganas. Tidak pula dia berkata: “Ya Allah, kenapalah Kau buat aku macam ini? Kau suruh aku bawa kaum aku keluar, tapi Kau halakan aku ke laut. Kenapa?” 

Tidak. Dia tidak berkata begitu. Dia memilih untuk terus meyakini. Apakah balasan kepercayaannya terhadap Allah itu? “Lalu Kami(Allah) wahyukan kepada Musa: Pukullah tongkatmu itu. Setelah dipukul, maka terbelahlah laut...” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 63. 

Lihat. Lihat. Lihat wahai orang-orang yang hendak berputus asa. Apakah di hadapanmu laut dan di belakangmu Firaun yang ingin membunuhmu? Sentiasa masih ada harapan. Allah bersama-sama kita memberikan petunjuk. Tinggal kita sahaja tidak meyakini-Nya


Teringat satu ayat ni. "Bersyukurlah. Dan Allah akan lipat gandakan nikmat kepadamu". Taknak ke Allah lipat gandakan nikmat? Bayarannya cuma rasa syukur yang ikhlas dr hati. Syukur.. satu perkataan yang amat mudah disebut. Tapi belum tentu ikhlas ketika menyebutnya. Aku la tu. Aku tak cakap orang lain. Memang lately tak reti nk bersyukur sket.. huhuh.. ya Allah.. ampunkanlah daku. Sobss...

No comments: