
Rokok mencacatkan otak. Yer, terbukti oleh perangai2 smokers yang tak reti nak berfikir secara rasional dan tak reti nak menghormati orang lain.
I went to kedai makan with my girlfrens last nite. Makan and borak2 dengan sangat best. Tapi yang tak bestnyer, we were surrounded by smokers. Meja kiri, kanan dan depan. Please larrrr!!! Kalau nak mati, and kalau nak jadi busuk, sila jangan libatkan orang lain yang tak bodoh cam korang! Kuantan ni dah cukup tercemar udaranya dek kilang-kilang di Gebeng tu. Tak perlu la nak tambah lagi index pencemaran udara kita.
Sakit betul hati. Tapi takkan la aku nak bangun and pergi simbah rokok dorang dengan ice blended soursop aku? Nanti tak pasal2 aku kena simbah balik dengan mee sup berasap dorang.. Jadi, aku pun bersabar. Bersabar dalam kesesakkan nafas.
Pernah sekali zaman sekolah dulu. Aku naik bus dari bandar nak balik rumah. Masa tu bus tu belum gerak. So aku naik and tunggu je la. Tetiba ada sorang lelaki naik. dia duduk betul2 blakang kerusi aku. lepas tu, isap rokok. Tau tak bus yang belum bergerak, takde angin yang masuk dan bawak keluar asap tu berambus jauh2. Dah la parking betul2 blakang aku. Maka berkepul-kepul lah asap memenuhi segenap ruang udara di sekeliling aku. Aku bukak tingkap paling luas. Tapi takde kesan. Pastu aku bitau die elok2. "Bang, boleh tak isap rokok jauh2 sket, takleh nafas la".. pastu tau tak dia jawab ape? "Pergi la keluar, ni bukan bas bapak kau"..
Ya Allah, apa punya bangang la mamat tu!!! Skang ni, sape yang berlagak seolah-olah bas tu bapak kau yang punya???? Aku ke dia??? Eeei! sebab aku malas nak layan perokok yang bodoh tu, aku pun keluar la dari bas. Dalam hati memang dah terbakar habes. sakit hati yang amat! Very-very selfish ok! Tak suka la orang camtu!
Itu baru sikit, kalau nak cite pasal kekurang ajaran perokok2 ni, memang sampai ceroh pun tak abes. huhu..
Pernah tak dorang terfikir, orang2 di sekeliling dorang yang terhidu asap busuk yang keluar dari mulut busuk dorang tu, ada asthma ke? Sesak nafas tau tak!!!!!!!!!!!
Aku boleh simpulkan di sini, orang yang merokok di tempat awam, memang SELFISH! And i hate selfish people!
And jika taknak aku benci korang, sila jangan jadi SMOKER yang SELFISH! Please lar! Or even better if korang jangan jadi smoker langsung!! Memang aman dunia!