Tuesday 19 November 2013

The Beautiful Sinners




I have made so much mistakes in my life. And one that i really shouldn't have done is judging others.

Others who had commited sins. Yes aku nampak kesalahan mereka. Aku nampak perbuatan dosa mereka. Tapi adakah aku nampak jika mereka pernah bertaubat? Dan jika taubat mereka benar2 di terima Allah. Boleh jadi aku lebih hina dari mereka.

Dan Maha Suci Allah. Dia yang Maha menerima taubat. Dan menukarkan dosa-dosa hambaNya menjadi pahala. Dengan syarat hambaNya benar-benar insaf dan memohon keampunan.

I saw status update dari Ustaz Mohd Zawawi :

"Dia cemuh diri kita, dia caci kita, dia ejek kita, dia sakiti kita.
Maka, maafkanlah mereka.
Huh?! Maafkan sahaja? mudahnya cakap macam tu?
Inilah kebiasaannya jawapan kita.

Ini jawapan ALLAH :

"Hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-nur 24 : 22)"

See? Nampak tak betapa tak adil nya sikap kita sebagai manusia. Kita selalu berharap Allah ampunkan dosa kita. Kita buat Allah murka pada kita. Tapi bila tiba saatnya kita sedar dan kesal, kita memohon merayu meminta keampunan dari Allah.

Macam tu jugak orang yang telah berdosa pada kita. Dia benar-benar mengharapkan kemaafan dari kita. Kalau dia betul-betul ikhlas, maka maafkanlah.

Maafkan orang lain, sepertimana kita mahu Allah maafkan kita. Tak rugi barang sedikit pun. Malah kitalah sebenarnya manusia yang beruntung, kerana orang yang menyimpan dendam tidak akan bahagia.

"The weak, can never forgive. Forgiveness is the attribute of the Strong".

Aku masih mendidik hati ini menjadi seorang yang pemaaf. Memaafkan dan menerima kekurangan orang lain. Sesungguhnya, aku juga manusia yang penuh dosa dan selalu buat silap.



Ya Allah, tetapkan lah hatiku. Lembutkanlah hatiku. Tenangkanlah Jiwaku. Letakkan pengharapanku sepenuhnya kepadaMu ya Allah. Hanya pada Engkau aku berharap. Janganlah Engkau meninggalkan aku, kerana jiwaku kosong tanpaMu. Dekatkan aku dengan orang-orang yang mencintaiMu. Moga dengan itu, terpimpin aku menuju syurgaMu ya Allah. Ameen.

No comments: