"Kita tau! Kita tau! Air akan surut pukul 5 lar!"
"Wah, terernya adik! Macam mana adik boleh tahu air surut pukul 5?"
"Lar, kan dari lagu tu..Air pasang pagi, surut pukul 5, nyonya bangun pagi, siram pokok bunga..."
"Hahahaha!" (Based on a true story by Hana) ~The end~
Hari khamis lepas, we went crabbing dekat Menai Straits. My first time kot pergi tangkap ketam. Best giler!!! (Dan juga jakun giler!!). Memang dah jadi kegemaranku pergi menangkap segala kehidupan laut. (tapi semuanya yang hidup kat tepi pantai je lar. tak pernah lagi pergi laut dalam sebab takde sape nak ajak).
Dapat sebaldi ketam. Wheee~
Masa tu, air surut pukul 8 malam. Kata Pie, setiap hari, perbezaan masa air surut ialah sejam. Kiranya, if hari ini pukul 8, esok dia akan surut pukul 9. And so on.. (owh.. macam tu ek.. baru aku tau).
Semalam, kami pergi lagi. Dengan Kak shikin pulak.
Kali ni, semua nelayan2 wanita sahaja pergi bertarung nyawa mencari sesuap ketam. Kak shikin teringin sangat nak makan ketam (padahal kami dah addicted.. hikhik). Sebagai suami, Abang Hisyam rasa bersalah sebab biarkan isteri pergi mencari rezeki sedangkan dia cuma duduk di rumah menjaga anak-anak. Siap nak belikan kak shikin life jacket lagi tu.. hahaha! Comel~
Masa kami sampai pukul 8 tu air masih segan2 nak surut. Susah nak tangkap ketam macam ni. Hampir pukul 10 baru dia nak mula surut. Tapi hari dah nak maghrib. Jadi, kami terpaksa pulang je. Tapi bukan dengan tangan kosong. Dapat jugak separuh baldi kaler oren. Alhamdulillah.
Nyum, nyum!
5 comments:
bait utk ketam ape ek? pastu die tersangkut dekat mulut gak ke, kat kepit die?
pernah gak gi memancing ikan kat lighthouse. bes gilaks!
cara2 nak tangkap ketam:
1)Letak batu + ayam dalam jaring.
2)Ikat di hujung tali
3)lepaskan dalam air
4)selang beberapa minit, angkat perlahan2
5)masa ketam tu tengah asyik makan ayam tu (sambil melekat pada jaring), time tu angkat la masukkan dalam baldi.
6)buat balik umah, dan masak! hehe..
jaring macam karung bawang kn?laen pnye tak brape berkesan..karung bola mainan kat funfair leh ke?
kami pakai jaring bawang tu je.. kalau jaring tebal sangat tak menjadi jugak.. erm.. karung bola mainan kat funfair tu tak pasti.. yg pasti, jaring yg sangkut kat tiang gol bola sepak tu memang confirm takleh.. muahaha!
Mak anta jejauh pg blaje, rupe rupenye ini keje kamu ye kakak?? lol! Looks fun though ^_^ nak makan chilli crabs!
Post a Comment