Friday 26 June 2009

Snowdonia

snowdonia

I've been meaning to write about my trip to snowdonia bersama kawan2 last 2 weeks tapi i was so so sO busy jadi terbengkalai lah niat itu. And hari ni i've got all the time in the world to berehat2 dan menulis. So, here it is...


12 june aritu, Kirin, Ann, Ayuni dan Ira datang ronggeng2 di Bangor. Ini kiranya first and the last time dorang datang kot.. sempat jugak korang datang lawat aku ek. Dah nak balik sangat2 dah. Takpe, janji sampai.. :)


Awal2 pagi dorang dah sampai di Bangor. Kul 9 kot.. memang catat rekod tetamu yang paling awal tiba setakat ni.


Disebabkan dorang sampai awal giler.. dan masa masih panjang, aku pun bawak dorang pegi Snowdonia tengah hari tu jugak. Naik bus ke Llanberis, pastu naik choo-choo train sampai puncak Snowdon.


After bincang2, we decided untuk beli one-way ticket to the summit (sebab return ticket mahal nak mampos, 20 pounds), and then turun pakai kaki. Iyer, turun pakai kaki!


I was very2 risau jugak, coz mende alah bukit snowdon tu bukan calang2 tingginya. ketinggiannye mencapai 1085 meter. Walaupun tak setinggi Gunung Everest, tapi dengan kami yang tak bersedia mental dan fizikal, it could be quite challenging jugak. Plus, kami tak tau keadaan jalan nak turun tu macam mana. Licin ke? Berliku-liku ke? Berbatu-batu ke? Berlurah dendam ke?


Aku tengok orang2 yang nak naik snowdon aritu sume pakai windbreaker lar.. siap bawak tongkat, beg galas, pakai proper boots, gloves dan macam2 lagi la outfit yang memang bersedia menghadapi sebarang angin kencang atau kesejukan.


Kami? haha.. dengan pakai kasut perempuan sejati (tapi bukan lah high heels), handbags, jaket nipis giler, and jeans. Terasa diri yang sedia ada rendah ini semakin rendah di kalangan mereka. Owh, segannya terasa!


Nampak sangat kami ni tak ready and macam takde knowledge pun pasal daki mendaki ni, tetiba nak mendaki jugak.. "Eh, gua punya suke lar.. gua tak menyusahkan lu orang kan? kan?" Tapi aku cakap dalam hati je lar sambil membalas pandangan mat2 salleh yang berasa diri mereka pendaki professional itu.





Pastu, kami pun naik ke Summit. Owh, Snowdonia sangat lah cantik! Sekali lagi aku jatuh cinta pada keindahannya.



Tapi tak sempat nak ambil gambar banyak2 coz bila sampai tu kami lapar, and then terus kami pergi makan dulu. Ada la satu cafe kecik kat puncak tu. Pas abes makan, baru tersedar yang kawasan puncak tu dah diselubungi kabus tebal. Masa sampai tadi clear jek. Adoi, ruginya tak amik gambar awal2!! ARgghh! Pressure! Tak dapatlah aku nak berlagak pada semua orang yang aku dah sampai puncak. Cis!


Aku pun pasrah. Dan berbekalkan perut yang kenyang dengan cheese melt yang mahal giler, kami pun mulakan perjalanan menuruni mountain itu.


Thank God memang dah ada route untuk pejalan kaki. Just ikut je la sampai bawah. Dan tak la mencabar sangat. Basically, kami just jalan je, dan terus berjalan.. di temani slugs yang berwarna hitam legam.. ya Allah, aku memang alergic tul bila nampak mende alah lembik2 ni. Tak sangka dorang pun nak mendaki snowdon hari tu. Meremang satu badan. Tapi seb baik none of them cuba mendekati dan mencederakan aku. So, aku balik dengan selamat.



It took us 3 hours to get down the mountain. Nak putus urat kaki!! Tapi worth it. Biasala penat, tapi yang penting pengalaman tu. Dan kami semua selamat. Alhamdulillah. By the time kami sampai bawah, dah pukul 8 petang (sebab belum malam, magrib kul 10). Tunggu bus punya lah lama. Rupanya there's no more bus going to Bangor masa tu. Dah lewat sangat. Isk, kalau dah ulu tu, ulu jugak. Kami tunggu sampai pukul 9.30. Then aku decided untuk mintak bantuan penyelamat. Nasib baik Abang Hafiz free, dia lah tolong datang amik kami di Llanberis. Wuwu, sorry yer Abang Hafiz, tak berniat nak susahkan, tapi desperate. And thanks to him for being the hero that day.. heee :D


Akibat penangan menuruni Snowdonia, kami semua berjalan dengan kelajuan nenek tua pakai tongkat untuk 3 hari yang berikutnya..hakhak.. Paling severe ialah Ann dan Kirin... Sian korang, I should have planned to pergi snowdon hari last skali.. bukan hari pertama.
Walaupun penat, tapi aku yakin, korang sume happy dan puas hati. Aku pun happy jugak. Kalau tak happy, buat2 happy je lar yer??



Dan keesokkan harinya aku bawak dorang pergi jalan2 di Llandudno. Naik cable car pulak to the Great Orme. View memang superb! Owh i love Llandudno sangat2!!! Rasa nak bawak balik Llandudno ke Malaysia.. possible ke?


Thanks to Ann, Kirin, Ayuni, dan Ira for coming to Bangor. Korang telah menceriakan hariku. Tak la bosan sangat menghitung hari untuk pulang. And rasa terharu juga korang sudi datang ke tempat terpencil ni. Terharu! See you guys again in Malaysia insyaAllah~

*************************************************
22 June aritu, Intan pulak datang lawat aku di Bangor. Best jugak bawak intan jalan2. Pergi Llanberis naik choo-choo train keliling tasik, pergi Caernafon castle, dan Llandudno jugak. And Intan kata she likes Llandudno the most.. And hope she enjoyed her visit to Bangor.


Dan sekarang, no more jalan2. Kemas barang untuk pindah randah next week. *Pengsan*

5 comments:

riaizzatirazali said...

subhanallah. sgt cantik. yg ni kat mana zaireen? dekat x dgn newcastle? ;p

x sabarnya nak pergi! ;0

Rynn said...

jauh giler dgn newcastle sayang.. ini dekat north wales.. are u coming to uk?? when??

Anonymous said...

gambar #3 tu memang terbaek giler babas! cun view. ni yg nak panjat nanti ni.

Anonymous said...

lawanya padang rumput tepi laut...
Bangor tu kat UK? bunyi cam bandar kat India je...

Rynn said...

haha.. yep bangor kat uk.. bunyi die pelik sket sbb die kat wales, so semua tempat kat sini sebutannya dalam welsh.. bukan english. nama aje pelik, tapi tempatnya cantik subhanallah.. sedih sangat rasa nak tinggalkan tempat nih..=(