Monday 10 January 2011

I still love them nevertheless

Dah nak masuk 3 bulan in total aku mengajar budak2 khas kat sekolah ni. Baru je 3 bulan tp dah macam2 pengalaman pahit manis aku rasa. Pengalaman yang sangat berharga i would say.

Something funny happened today in my Pendidikan Seni Visual class. The class was only for 30mins. Tapi jangan tak tau, dalam 30minit macam2 boleh jadi.. pening palak ku (baca dalam loghat sarawak).

Tengah2 mengajar, tiba-tiba boleh pulak ada budak berak dalam kelas. Setakat budak kencing tu dah biasa. Tapi hari ni first time kena handle budak berak dalam kelas.. haha.. kelam kabut aku jerit panggil PPM. Nasib baik taik dia cam ala2 taik kambing jek jatuh atas lantai. Tapi bau dia.. perggh!! busuk tak hingat beb! AAaaarggghhh! PPM (Pembantu Pengurusan Murid) bawak budak tu gi toilet and mandikan dia.

Bila drama berak memberak dah tamat.. tiba-tiba Dominic and Lim bergaduh.. Lim adalah pelajar paling baik and paling comel dalam kelas tu. Budak lelaki chinese yang agak2 tembam dengan berbulu mata lentik. He's autistic. And tak tau kenapa hari ni dia emo giler, Dominic pegi tampar tangan dia.. dia pun menangis.. aku cuba pujuk. Pastu tetiba Lim tergopoh2 try bukak seluar dia.. aku ingat dia nak kencing or berak. Fobia dengan kejadian berak tadi, aku pun beria lah berlari pegi bukak pintu class suruh dia keluar gi toilet. Rupa-rupanya dia bukak seluar pastu terjelepuk duduk atas lantai.. What the??? And when i tried to pujuk him pakai semula seluar, dia pegi bukak baju pulak.. AAAaarrghhh! Now dia dah telanjang bulat!! Nehiiii!!!

And melihatkan Lim yang berbadan tembam dan bertelanjang bulat duk merajuk atas lantai, aku tak dapat tahan diri dari gelak. Sakit perut aku wei. And mungkin PPM dari kelas sebelah dengar kecoh2, dia pun datang tolong aku pujuk Lim pakai baju. And nasib baik tak lama la dia merajuk. Kalau tak, tak tau la aku ape nak buat.

Rupanya hari ni memang Lim ada masalah emosi sikit. Cikgu yang mengajar lepas aku pun bitau yang Lim cuba nak berbogel jugak dlm kelas dia tadi. Ape punya penyakit ntah budak Lim tu hari ni. Haih.. Nasib ko comel Lim..

Itu baru kisah dalam satu kelas. Belum lagi berkelas-kelas. Memang warna-warni hidup dalam Pendidikan Khas ni. Kalau terlampau ambil serius sangat, cikgu boleh sakit jiwa. Haha..

Walau apa pun perangai dorang, aku tak pernah benci. Bukan dorang minta dilahirkan begitu. Selagi aku boleh beri kasih sayang dan tunjuk ajar sementara aku masih di sini, aku minta Tuhan ikhlaskan hati aku. Don't want to think about going back to Kuantan anymore, sehinggalah surat sampai. InsyaAllah. Doakan aku :)

3 comments:

Anonymous said...

good..may Allah bless u..moga terus tabah =)

aLiaa said...

haha rynn

org dulu pun ada student mcm lim. tp dia hari hari mmg suka buka seluar pastue show off dia punya birdie dkt rakan2 sekalian..gila phobia first time dia buat mcm tue. ( parents lak x warning awal2)

kitaorg brain wash dia baru dia x buat benda tue lg...

heheh.. rindu yea nak ajar bdk2 special nie!

stay strong rynn!

Rynn said...

aliaa: insyaAllah.. thanks for ur support.. mmg budak2 ni ada perangai camni sebenarnya ek untuk get attention from us. sunat je terus kang baru tau.. haha.. confirm tak buat dah pastu.