Saturday 22 January 2011

Terhutang budi membawa Guilty~

Aku tak suka bila terhutang budi dengan orang. Tapi hidup sebagai manusia yang serba lemah memang tak boleh lari dari terhutang budi dengan orang.

Ada pantun orang dulu2 pasal hutang budi ni.

"Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati"

Kalau kau hutang duit, memang senang. Kau bayar, abes cite. Tapi kalau hutang budi, kau akan bawak perasaan tu sampai bila2.. Nak2 kalau orang yang tabur budi tu memang pandai ambil kesempatan.. abes ar kau. Kalau taknak tolong nanti, rasa bersalah sebab dia pernah tolong kita, tapi kalau tolong kang, diri dan perasaan sendiri akan susah.

Sebab tu aku lebih suka pada konsep, kita tolong orang hari ni, esok lusa kalau kita susah, Allah akan hantar orang lain untuk tolong kita pulak.. Tapi janganlah berangan nanti tetiba muncul Superman or Spiderman di saat2 kau kecemasan. Maksud aku, nanti insyaAllah ada je la orang yang terbukak hati untuk tolong kita. Dan bukannya percaya pada konsep "aku tolong kau hari ni, esok lusa kalau aku susah, kau WAJIB tolong aku!" . Kalau orang tu tak mampu nak tolong, takkan senang2 kau nak label dia tak kenang budi.. ye tak?

Bukannya aku nak cakap kat sini kita tak perlu kenang budi orang. Tapi sometimes susah jugak hidup kalau asyik nak pikir hati dan perasaan orang, especially orang yang kita rasa terhutang budi with. Mentang2 dia pernah tolong kita, tak semestinya kita kena jadi pak turut and ikut segala permintaan dia. Sometimes we have to learn to say no.

Dan itu kalau kita yang terhutang budi. What if kita pulak yang menabur budi pada orang? So here's another lesson lar. Kalau kita bagi pertolongan, janganlah harapkan balasan. Jangan pikir, takpe hari ni kita tolong dia, esok kita susah, dia mesti tolong kita. Don't ever think like that. Kalau nak tolong sesiapa, berharaplah biar Allah beri balasan yang baik sekiranya kita ikhlas..

Boleh ke camtu? cam agak susah. Tapi kalau nak didik hati jadi ikhlas, kena la cuba. :)

No comments: