Budak kecik memang banyak kepercayaan dongeng kan?
Bila tengok anak-anak posgrads kat sini yang obsess tahap gaban dengan power rangers seolah-olah ye-ye-o je power rangers tu wujud, tetiba teringat pulak zaman aku kecik-kecik.. aku pun lebih kurang ada kepercayaan tahyul yang sama jugak. Dan bukan sikit.. banyak pulak tu..
Antara yang boleh aku ingatlah kan..
1) Dulu aku macam percaya yang ultraman tu wujud. hukhuk..
2) Dan aku pun percaya bila orang perempuan nak beranak, perut mereka akan pecah dan taraaaaa!! Muncul lah baby yang berwarna merah darah.. huhu..gerun giler! Lepas tu puas pulak aku fikir, macam mana perut dorang boleh elok balik ek?
3) And dulu kan, aku banyak kutu. Mana datang entah.. jangkit dari ayam-ayam yang berkeliaran kat kampung tu kot. Yang peliknya, kutu tu suka bergayut kat kepala aku sorang jek. Sampai digelar penternak berjaya oleh saudara-mara. Kureng asam sungguh. Sedih tau...
Aku selalu kena ugut..bila tidur malam, nanti semua kutu-kutu tu akan bergabung tenaga dan akan terbangkan aku ke tengah laut.. wuwuu.. aku dah la tak pandai berenang.. matila nanti.. uwaaa.. takutnya!!! mengong punya kutu! Ingat kau boleh jadi tarzan ek bergayut kat rambut aku?
4) Selain kutu boleh terbang, aku pun pernah berasa penting dan percaya yang helicopter suka tangkap budak-budak yang banyak kutu. Kebetulan pulak banyak sungguh helicopter suka lalu kat kawasan kampung aku. Mungkin sebab dekat-dekat situ ada pengkalan TUDM kot.
So, bila tengah2 syok main pasir or panjat pokok tak ingat dunia, tiap kali dengar je bunyi helicopter, aku akan lari lintang pukang macam tak cukup tanah cari tempat untuk menyorok. Reban ayam pun jadilah.. huhu.. patutla byk kutu.. reban ayam pun aku redah.. adoi lar! Tapi seriusly takut wei.. perasaan time tu rasa cam seorang penjahat dikejar oleh polis atau askar.. muahahah.. berasa penting giler.. padahal pasal kutu je pun.. Takde keje ke ape askar tu nak tangkap aku?
5) And pastu, pernah tengok tak gambar-gambar nostalgia mak ayah kita? alar yang warna black and white tu..Dulu aku ingat, zaman mereka muda-muda, semua benda kaler hitam putih.. Aku ingat lagi aku pernah tanya my mom, "waktu dulu2 tu, mak nampak semua benda pun kelabu ke? Semua takde kaler? Macam mana ek? Eeii.. tak dapat bayang lar"..mak cuma tergelak je.. and dia terangkan la fakta yang sebenar.. seb baik tak tanya kat abang2 or kakak2.. kalo tak, mesti kena kelentong lagi..
6) Dan dulu-dulu jugak, aku suka ikut kakak dan abang ku pergi cari kemunting or biji gajus dalam hutan or semak2 kat kampung ku, bersama2 anggota tentera sekampung yang lain, dan dorang selalu berpesan dengan suspennya, "kat dalam hutan tu, ada seorang perempuan tua yang suka bagi orang epal. jangan sesekali ambil, if kita ambil, dia akan terus pancung kepala kita dengan sabit".. huhu..Fuyyo!! ganas gile tu makcik! aku pun sambil kutip2 kemunting, sambil tu usha2 takut2 ada makcik tua bawak epal dan sabit. Serius chuak beb!
7) Aku pun pernah kena kelentong bahawa korek hidung tu membatalkan air smayang.. If tak silap, abang peja kot yang cakap.. cis!
8) Dan satu lagi, masa puasa, tak boleh kentut dan telan air liur.. huhu.. aku rasa bab ni, bukan aku sorang kena tipu, ramai lagi kot yang pernah percaya mende ni.
9) And suatu masa dulu, belakang rumah ada pokok inai. Jadi rajinlah tumbuk inai and merahkan kuku. kalau pakai inai, tak boleh kasi ayam nampak, nanti inai tu tak menjadi merah. So bila nampak ayam je, beria2 sorokkan tangan.. padahal ayam tu tak tau apa-apa pun..
10) Haaa.. satu lagi kepercayaan tahyul.. tak boleh baring atas tanah berbumbungkan langit.. kalau ada burung lalu melintas kita, kita akan mati.. so, tiap kali bermain, dan terjatuh, aku akan cepat2 bangun takut nanti ada burung yang sempat melintas atas aku.
Hahahahahaa.. bodoh giler!! Rasanya macam ada lagi episod dongeng yang lain.. alar tapi tu je yang mampu di recalled.. Aku tak ingat la bila aku start pandai berfikir dengan logik. Nasib baik la sampai juga kaki aku di University. Alhamdulillah. Hik~
10 comments:
haha. ko mesti slalu kene kencing kan rin akkaaka.
haha.. memang pun. biasa la.. orang berjiwa suci murni mmg slalu naif.. huahua~
haha..lawak betul kisah dongeng rin time kecik2 dulu..first time aisyah dengar kalo baring kt atas tanah boleh mati sebab burung melintas..hehe:D melainkan dah memang ajal mati sebab kena lintas dek burung..itu xleh nk wat pe la..huhu
hakhak.. tu la pasal.. tp kan rin rasa, rin kena tipu camtu sbb dorang takut rin berguling2 atas tanah tu sampai hitam legam nnt... hukhuk..
salam perkenalan.
nice artikel, ingatkan zaman2 percaya mcm2 dulu.huhu.
ada satu tu, kalo lukis gambar org, kena ubuh 'X' kat tengkuk dia. kalo tak, nanti dia jadi benda hidup n akan kaco kita!
pasal kutu, kampung saya kat perak pun camtu gak. kat situ ada satu gunung nama gunung Bubu. diorang ckp situ 'head office' kutu2 nih. jadi kalo banyak kutu, kutu2 akan terbang ramai2 bawak kita ke sana! last2 bagi la mak carikkan kutu, sbb takut dibawa ke sana (which is actually bes. heh heh) tak faham kenapa tak bagitau saja 'kalo kutu banyak, orang tak nak kawan ngan kamu' ke, kan lagi senang? huhu
btw, do you know that korek hidung bukan saja tak batal wudu, tp puasa pun tak batal gak? :)
eh eh.. camne leh smpai sini? malunyer!! haha.. mekasih la sudi singgah kat blog yg mengarut sungguh ni..
eh,korek hidung tak batal puasa ke? tak tau plak yg tu.. huahua. dah masuk uni baru nak tau.. takpe2, better late than never kan.. cheers~
korek idong adalah tabiat ramai orang..hehe
orang sudi menjenguk blog kita, adat orang timur, kena la melawat balik. :)
apanye mengarut. bes ape. dating ngan bintang bola tu..pergh.:P
haha.. thanks. anyways, saya slalu melawat your blog tapi tak pernah leave any comment. But maybe next time i will. hee..=)
adoyai...seb bek sy gelak sorg2 bce blog awk kalo x, mst dorg ingt sy nie 'hntu haha'...wakaka...
Post a Comment