Wednesday 19 February 2014

The Power of Doa (Law of Attraction)

From My Awesome Mentor....
[Adakah anda rajin berdoa? Doa pun ada strategi]Salam semua. Ya! Itulah soalan saya kepada anda hari ini. Adakah anda rajin berdoa? Persoalan yang saya mahu tanya sebelumnya adalah, Adakah anda yakin yang anda mempunyai keinginan atau kemahuan di atas doa-doa anda?

Maksud saya begini, most people berdoa kerana ala-ala dah biasa lepas solat berdoa dan ramai yang berdoa samada bahasa arab yang mereka sendiri kurang fahami apa yang didoakan atau agak-agak sahaja, atau mereka hanya meng "amin" kan doa orang lain, atau mereka doa ala-kadar tanpa di sertai dengan kesungguhan bukan sekadar di mulut tetapi dengan hati. Lagi teruk adalah yang tidak suka berdoa atau tidak pernah berdoa.

The Power of DOA

Ini adalah salah satu formula kejayaan yang saya kongsikan di dalam siri-siri seminar saya. Kekuatan & kuasa yang Allah swt berikan kepada kita untuk berdoa.

Doa dan adab berdoa di dalam Islam secara saintifiknya adalah apa yang Mat Salleh heboh-hebohkan katakan tentang "The Law of Attraction" yang banyak di sebut di dalam movie "The Secret" atau bukunya. Perbezaannya adalah kefahaman kita dan keyakinan kita bila berdoa mestilah dengan beberapa kefahaman asas yang penting ini:-

1- Memahami betapa Allah swt yang Maha Menguasai langit dan bumi serta seluruh takluNya amatlah menyukai hambaNya berdoa dan memohon merintih rintih kepadaNya. Berdoa adalah satu keadaan yang menunjukkan yang kita mengakui dan menyaksikan betapa Maha HebatNya Allah swt dan Maha AgungNya Dia menjadi tempat kita mengadu dan merayu.

2- Anda pernah mendengar ayat hadia menyebut yang bermaksud, "Tuhan mengikut sangkaan hambaNya". Secara asasnya ia bermaksud apa yang kita "SANGKAKAN" atau "FIKIRKAN" adalah menjadi sesuatu yang Allah swt berikan atau makbulkan. Bahasa mudah. apa yang kita sangka itu adalah DOA. Samada sangkaan baik atau buruk, ia boleh menjadi satu DOA. Di dalam Bahasa inggerisnya, ini adalah prinsip Law Of Expectation. Apa yang kita sangka atau jangkakan itu boleh menjadi satu doa kepadaNya. Bila kita berdoa. sangat penting kita sertai dengan sangkaan dan jangkaan bahawa apa yang kita minta Insha Allah DIA akan memakbulkan. Keyakinan ini penting kerana secara sains psikologinya, orang yang yakin akan lebih mudah dapat atau lakukan apa yang dia yakini. Jadi, sangat penting bila kita berdoa, kita mesti yakin yang DIA Maha Memberikan apa yang kita hajati.

3- Faham apa yang di doakan. Ini juga faktor penting di dalam proses DOA. Ramai orang tidak faham atau tidak tahu apa butir-butir sebenar doa mereka. Gunakan bahasa Melayu jika tidak mahir atau belum menguasai bahasa Arab.

4- Konsisten kandungan doanya. Ya, ini adalah satu lagi perkara penting di dalam berdoa. Kandungnya adalah bagus sama atau konsisten. Maksudnya adalah apa yang diminta itu ada perkara yang kita sentiasa minta setiap kali kita berdoa dan ada yang mungkin tambahan mengikut hajat ketika itu.

5- Sentiasa mulakan dengan senarai puji-pujian kepada Yang Maha Kuasa dan of course selawat dan salam ke atas kekasihNya Rasulullah saw. Kita puji kekasihNya, DIA akan semakin kasih kepada kita.

6- Kemudian senaraikan apa yang kita syukurkan samada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu. Sebut dan lafazkan. Contohnya, Ya Allah, Aku bersyukur di atas nikmat nafas pagi ini Ya Allah. Aku bersyukur di atas nikmat Akal yang bagus, nikmat mata, telinga, hidung. mulut, lidah dan .......... Bagus jika senarai apa yang kita syukurkan itu ada 5-10 perkara yang kita syukurkan.

7- Senaraikan doa atau hajat yang kita sungguh-sungguh ingin mohon dan kemudian doa setiap masa beberapa kali sehari doa yang sama.

8- Penghayatan dan jiwa doa diperlukan. Jika kita rasa apa yang kita mohon adalah perkara yang sangat sangat sangat sangat penting kepada kita atau keluarga kita, pastinya kita boleh menghayatinya dan menangis ketika memohon kepadaNya.

9- Doa khusus- Doa khusus ada banyak waktu yang terbaik, selepas wudhu', ketika sujud yang terakhir dalam solat, selepas solat samada solat wajib atau yang sunat. Pendek kata, mohonlah berulang ulang kali kerana itulah The Power of Repetition. Lebih banyak kita "tergila-gilakan" apa yang kita mahukan, Insha Allah DIA akan makbulkan dengan lebih pantas mudah-mudahan.

10- "Doa" yang berlaku setiap masa. Doa sebenarnya juga berlaku secara tidak khusus atau langsung setiap masa. Bila kita berfikir, bercakap, apa yang kita rasakan di dalam hati dan perbuatan kita juga adalah DOA. Hati-hati kerana Allah swt dan malaikat sentiasa take things seriously. Maksudnya setiap masa, apa sahaja perbuatan, ucapan kita adalah direkodkan dan sentiasa mereka mahu menunaikannya, samada baik atau buruk, positif atau negatif. Sebab itu saya selalu berpesan, kita adalah umpama Magnet yang Tuhan berikan kita janji yang DIA akan beri ikut apa yang kita sangkakan. Magnetlah perkara yang baik-baik setiap hari samada melakui percakapan, fikiran dan sangkaan, perbuatan dan dalam pergaulan serta kehidupan. Kurangkan mencarut, memaki hamun, mengumpat, memfitnah, bercakap sia-sia, bercakap atau komen tentang sesuatu yang kita tidak tahu, apa yang kita share atau komen di Facebook atau media sosial atau secara on-line kerana itu semua akan menjadi "DOA" buat diri kita.

Akhir kalam. Jangan lupa tutup doa dengan selawat dan salam ke atas kekasihNya junjungan besar Rasulullah saw dan ahli keluarganya.

Most people yang berjaya yang saya kenali adalah mereka yang sangat tinggi keyakinan mereka kepada diri dan kepada kekuasaan Tuhan. Mereka yakin apa yang mereka sebutkan Insha Allah akan menjadi atau dimakbulkan.

When we believe of what we belief, the belief comes true! - Artikel ini ditulis oleh ‪#‎DrAzizanOsman‬ untuk perkongsian semua.
 Insha Allah.

1 comment:

Sal said...

Terima kasih atas sharing ni...semoga berguna dan bermanfaat untuk kita semua :)