
Wednesday, 22 December 2010
Labuan VS Kuching

Wednesday, 17 November 2010
Me, Vivaz Pro, and Pizza Hut..


Tuesday, 2 November 2010
Hijau? Kuning? 10? 20?

Happy Birthday Hunny Bunny!
Tuesday, 26 October 2010
Kenangan pahit itu...
Monday, 18 October 2010
Penting ke mati di mana?
Aku selalu dengar ayat-ayat macam:
"Dia meninggal kat mekah? Alhamdulillah.. bertuahnya dia"
"Aku harap sangat dapat mati di Mekah satu hari nanti".
Dan seumpanya lar..
Erm.. aku tak pasti tentang tanggapan ni.. adakah ianya mitos semata-mata. Or memang ada dalil yang mengatakan kalau mati di Mekah, maksudnya ko bertuah.. Ye ke?
Pernah ada orang tanya aku.. "Abes tu, Abu Jahal and segala bangsa2 arab yang jahat2 tu sume mati kat mekah gak.. camne tu?"
Erm..ntah lar.. tak dapat aku nak berhujah panjang2. Yang pasti.. itu semua urusan Allah.. kita tak perlu nak judge sesiapa.
Dan persoalan mati di mana tu tak penting.. tapi of course lebih mulia meninggal kat mekah daripada meninggal tengah tonggang arak kat kelab2 malam.. kan? So, i guess.. mungkin ada benarnya tanggapan2 macam tu.. but still.. don't judge too soon.. ada orang mati dalam keadaan aib dan teruk, mungkin sebab Allah nak hapuskan dosa2 dia..who knows, rite? Wallahualam..
Thursday, 14 October 2010
Starving~
One is because i'm not a good cook.. plus, lack of ingredients menghalang aku masak macam2 ikut selera tekak.. And i'm f***ing demotivated to cook because there's no one else to eat it except myself. So pathetic~
Two, no good restaurant nearby.. Why? why? why do i have to be stranded in this land.. deserted from good restaurants?? why?
Three, i have no f***ing transport to explore this place.. to go further than the ColdStorage supermarket to buy stuffs to even cook my own meal!
And i'm really tired of having to think hard every single day about what to eat.. What to eat today? what to eat? Haaa.. i know! MAGGI! Today maggi curry. tomorrow maggi asam laksa. and next is maggi tomyam.. yeay! i'm living a great life in here! yeay! Thanks to you! yes you!
I wanna go back to Kuantan!! The heaven of foods! Uwaaaaaaa!
Monday, 11 October 2010
PS 2 vs Polis sentri
Owh, sebenarnya aku nak citekan kejadian yang berlaku petang tadi.. menyebabkan aku terfikir, budak2 zaman skang memang takde life.. and i pity them.
Situasi di parit bersebelahan padang sekolah.
Cikgu Rin: Hey, korang jangan main dalam parit tu.. kotor lar! Kalau kamu tak keluar dari parit tu sekarang, cikgu akan cancel nama kamu, and kamu tak payah datang hari sukan. (I was trying to be as garang as possible, but failed miserably.)
Murid A: Yeay! lagi bagus. Duduk rumah main PS 2 lagi best!
Murid B: Aah.. tengok tv lagi best!
Cikgu Rin: Hnnnss..Hnnsss (Kembang kempis hidung)
- The end-
Tengok la budak2 sekarang. Main PS 2? PS 3? Nintendo? aduhai.. tak ganas langsung kot? (Mesti ramai yang tak setuju ngan aku.. aku peduli ape)
Aku tak nafikan menda2 camni memang la menarik. Seronok.
But don't you think these kids are missing something?
Childhood was supposed to be filled with adventurous things. Go out and explore the world. (And when i say 'world', i mean your neighbourhood and not Africa or whatsoever).
And talking about childhood, i have nothing to regret when it comes to my childhood. And tinggal kat kampung pulak tu. 1001 macam menda aku boleh buat. Seronok jadi budak kampung. Tak cukup rasanya 24-jam sehari. Mana tak nya...
Panjat pokok jambu. Turun pokok mempelam. Aku memang suka panjat pokok. Sampai skang pun kalau nampak pokok yang agak2 best dahannya, kaki aku mesti menggeletis nak panjat. We all even ada rumah atas pokok lagi.. bukan aku yang bina la tapi..kawan2 abang aku. Mesti dorang menyampah je aku ikut dorang.. Sebab kena jaga tak kasi aku jatuh dari pokok. Ye lar, jakun kot naik rumah atas pokok. Sori ar brader~
Pastu...Masuk parit. Keluar lombong. Parit ni bersih ok. Air dia jernih and banyak ikan laga. Aku stop main kat parit when one day ada lintah panjat betis aku.. tobat taknak main parit dah.
Masuk reban ayam. Keluar reban arnab. (Hence, comes the ternakan kutu atas kepala). Tak tau nape asal main nyorok2 je.. reban ayam mesti menjadi pilihan.. pastu boleh plak suh ayam tu diam jangan buat bising, nanti kantoi aku menyorok dalam tu.. Tapi most of the times, ayam tu taknak beri kerjasama.. tak sporting betol!
Naik motor. Jatuh basikal. Aku pernah pengsan and hilang ingatan sehari sebab jatuh beskal. Basikal jiran plak tuh. Sampai jahanam beskal dia. Nasib baik aku tak naik beskal aku sendiri waktu tu.. kuikui~
Masuk semak. Keluar hutan. Part ni memang adventure. Seharian masuk hutan cari buah kemunting. Keluar dari hutan rupa macam anak orang asli.. Pastu kena tibai dengan getah paip.. Adoi!
Mandi hujan.. and never demam. Tiap kali hujan je, memang kenduri sakan lar.. yang bestnya boleh mandi hujan berjemaah dengan askar2 sekampung.. buat tour lagi dari satu rumah ke rumah lain cari 'air terjun' paling power. 'Air terjun' yang dimaksudkan ialah air yang terjun dari atap.. kalau atap zink orang tu dah pecah2 sket hujung dia, lagi power 'air terjun' dia.. Kalau banyak taik burung bertambah-tambah power 'air terjun' tu.. huhu~
Owh..owh.. main galah panjang. pastu gadoh ngan kawan sebab cubaan meraba tiada sempadan. Tapi main galah panjang memang ko terpaksa meraba je mana2 badan lawan yang sempat ko raba. Kalau tak macam mana nak menang.. Kuang kuang~
And my feveret part was when ada jiran yang nak sembelih ayam, budak2 kampung dikerah suruh tangkap ayam tu sampai dapat.. Perggh~ Memang syok kejar ayam.. Lintang pukang satu kampung aku kejar. Bila dia sembelih and masak ayam tu, sket pun dia tak hulur kat aku..ada ke patut?
And macam2 lagi actually.. kalau nak listkan sampai subuh tak abes.
Tapi syok wooo..budak2 sekarang ada? Suruh main hari sukan kat skolah pun dikatanya main ps2 lagi best? Kecewa tol aku.
Syukur i was an 80's baby.. not a y2k-an baby. If not, i would have missed all the adventures of being a budak kampung. Which i'm so proud of. :)
Friday, 8 October 2010
Super Auntie :)
Nephew yang sulong (15 years old) and yang 2nd (14 years old). Yeah i know, they are giants~
And know what they call me? MAK ANDAK.
I was like... " WTH? tak glamer langsong!". Jauh di lubuk hatiku, aku nak dipanggil Auntie Rin ke. Auntie Rozza ke.. kan glamer tuh. ni Landak? eh.. Mak Andak? Urrghhh! I have no idea where that name comes from.
Tapi aku hanyalah sorang budak hitam berumur 9 tahun waktu tu. Siapalah kesah nama aku glamer ke tak..
So, here i am.. being called Mak Andak by those little monsters (And some are not so little anymore).. And membesar di negeri bersempadan dengan Terengganu, Mak Andak telah bertukar kepada Mak Andok. Dan Mandok akhirnya.. haha.. Can't be bothered nymore.. and i kinda used to it now. :)
And now.. working hard to be called Mama pulak .. Doakan :)
Monday, 4 October 2010
Mind your Language~
I was demonstrating in front of the whole class how to do this art thingy (which is not so berseni).
Ah Chin came closer to me, standing next to me.. just so he can see better of the things i'm doing.
Tetiba Daniel sound Ah Chin..
"Hey Ah Chin, kau tak ada burit ka??"
And i was like.. "ASTAGHFIRULLAHALAZIM!!!"
Sesak napas jap.. But then i remember.. Mun, my friend masa kat kmb dulu pernah bitau, in Sarawak language, burit = punggung...
Jadi sebenarnya Daniel bermaksud.. "Hey Chin, kau tak ada punggung ka? kenapa berdiri di situ?"...
Hehe... Chill la Cikgu Rin! :P
Sunday, 3 October 2010
When nothing goes right.. you go left :)

Friday, 1 October 2010
Down to the centre of the Earth.

Monday, 27 September 2010
Finding a reason to survive.
I miss him so badly!!
Everyday i wake up in the morning, just to find myself counting how many days left before i get to meet him. Because that's the only strong reason i can hold on to, to survive all this.
I know time seems to move slower when u keep on counting like that. But i can't help myself.
Cepatlah hari Jumaat!! Kan bagus kalau aku ada time machine. Selesai masalah!
I hate you! Yes you! You who sent me here! I really hate you! Bluek!!
Tuesday, 21 September 2010
adam sayang..
Aku : Hello.. Boleh cakap dengan Nek Wan?
Adam: Sape ni?
Aku: Ni Mak Andak ni..
Adam: Owh.. Mak Andak.. erm, Mak Andak.. kenapa Mak Andak sedih?
Aku: Sedih? Sape kata Mak Andak sedih?
Adam: Mummy cakap Mak Andak sedih dalam telefon...
Aku: Ooo yeke.. takde la.. Mak Andak tak sedih dah..
Adam: Ok.. cakap ngan nek wan yer..
Mak: Hello... bla.. bla.. blaa...
I miss this little adam.. Although he is the naughtiest boy on earth, but he is so concern.. I love u boy!!! n i miss bertekak and gaduh2 with u.. :(
Tuesday, 14 September 2010
Reception and posting


Akhirnya dapat jugak pakai songket yeay! :D
And pagi2 hari ni dah gerak gi kuching..
Tadi dah gi lapor diri.. Sekolah tu seems fine.. and the few people i met today pun cam ok..
Esok pencarian rumah bermula.. *pening*
Malam ni tdo hotel lu.. with him :)
He's lying beside me now.. watching movie while i'm updating my blog..
Can i consider this as our 2nd honeymoon? Ala boleh lar.. boleh lar plss? hehe... Bukan senang nak dapat berdua-duaan camni..
I thank God for giving me such a caring and caring and caring and penyabar husband like him.. it would have been soooOOoo difficult if i have to do this all by myself. Tapi rasa bersalah sangat sebab terpaksa drag him to Kuching, padahal he still got one week of cuti.. He could have been bersenang lenang kat kampung but instead, here he is tolong aku hangkut luggage seberat 45kg.. excess by 15kg. lupa nak upgrade awal2.. dah kena bayar rm235 for the excess baggage.. Terbaek tak? huhu.. Sorry kamu! And thank u for willing to berkorban masa, jiwa dan tenaga for me. I love u sangat2!
Esok hopefully semuanye berjalan lancar.. mintak2 jumpe satu bilik yang best.. insyaAllah. Doakan saya yer :)
Tuesday, 31 August 2010
Perempuan seksi vs Lelaki

Sunday, 29 August 2010
Nomad no more~
AND FOR THE FIRST TIME IN MY LIFE, AKU TERUJA TENGOK PERABOT!
What does that mean?
Owh i forgot, i'm married. And every married couple should have their own house. Nanti boleh decorate rumah sesuka suki. Okay that's not the main purpose of having your own house of course.
Aku ada banyak rumah. But yet, aku takde rumah. Haha.. pening. For those yang kenal aku, they will know what i'm talking about. Living like a nomad. From one house to another. It's been a part of my life since forever. I never had a house to call my own. I never had my own room , and not even my own closet.. never. (But i'm grateful though.. at least i still have a place to stay).
The only thing that i have is this one dream. A BIG DREAM OF MINE. To live in my own house, to have my own room with my own bed and closet. I don't care whether it's a rumah sewa or rumah beli, as long as i don't have to live like this anymore, i would be sooOOoo damn happy!
And of course balik rumah semalam, i can't stop thinking about the perabot i will put in my living room, the katil, do i want something classic? or a modern type? What about the meja makan? and langsir.. Owh.. tak sabarnya!!!
Now that i have a husband, and aku pun bakal bekerja next month insyaAllah, i'm just two steps away from achieving my dream. The other step would be to live with him. Together in our own house.
Dream big people. You can achieve it. Slowly but surely. InsyaAllah. :)
Tuesday, 24 August 2010
Sahaja aku puasa kerana....?
Mak Andak: Kimi makan nasi?! Tak pose eh?
Kimi: Aah.. kita tak pose pun... :(
Mak Andak: Dah nape kimi tak pose arini?
Kimi: Sebab tadi kita nangis masa abah kejut bangun sahur..
Mak Andak: Nape nangis nye?
Kimi: Sebab kita taknak dah duit..
Mak Andak: Haahahah! Cis! selama ni ko nak duit je la ek?
Kimi: Heeee...(dengan menunjukkan gigi rongak beliau)
Masa aku kecik2, takde sape pernah offer aku puasa sehari = Rm1. Kesian aku kan. :(
And i was bad. Trust me. Aku sangat jahat dulu.
Aku ada sorang partner in crime. Nama beliau terpaksa dirahsiakan (you know who you are.. hehe). Masa bulan puasa, tak silap aku time tu darjah 6. Hari-hari kami kayuh beskal pegi bazar ramadhan. Dah dapat sebungkus dua makanan (duit bukan banyak pun time tu), kitorang pun kayuh beskal pegi ke pantai balok. Cari port baik punya.. celah-celah batu besar. Pastu melahap lar sampai sengkak.. Tak senonoh punya perangai!
And the paling takleh blah part was.. balik rumah afterwards, dengan muka penat and lesu. Konon2 berpuasa lar... Wuwuuu.. kenapa aku sangat jahat?
Tapi now aku dah tak buat keje camtu. That was 12 years ago. Sekarang Alhamdulillah.. Puasaku hanya kerana Allah. Bukan kerana Rm1. Kerana aku tak pernah dilatih begitu. :)
Wednesday, 11 August 2010
Perasaan aku?

Tuesday, 10 August 2010
Just Married~



Monday, 19 July 2010
Thanks to all GAULians!
I wanna thanks my good friends (GAULS) for giving me such a great party that night.
Really-really enjoyed myself. Rindu nak berborak-borak (bergosip) ngan korang.
Aku sangat appreciate what you guys have done for me. It's priceless..
Aku harap our friendship tak putus di sini.
And please pray for my happiness.
Love you guys a lot! A LOT!
See you all on my wedding day! :D
Sunday, 18 July 2010
Sad VS Happy
Actually.. my life isn't very bad. I'm having a good time actually..
Cuma when i feel bad, i like to write in here.. coz it helps to release my stress.
But when i'm happy, i don't feel the need to write.. and sebab tu la my blog full of entry yang JK (jiwa kacau) belaka.
Okay after this, i'll try to share my happines gak. InsyaAllah if ada masa. :)
Thursday, 8 July 2010
Two different era.
We live in a different world.
I don't understand them.
They don't understand me.
I think their ways are ketinggalan..
They think my way is so mengarut.
I need my own time and space.
As if they don't.
The way i release my stress, they think it's bullshit.
I don't know how they release theirs, but i respect it. If it works for them.. just go on!
Just don't bother me. I have my own way. Please can't they just respect it?
Owh God... Give me the strength to face these differences between us.
Wednesday, 7 July 2010
Nasib? Oh no.. let's call it Ketentuan.
Tapi, Allah yang menentukan segalanya.
Dan sesungguhnya, rancangan Allah itu adalah yang terbaik.
When things don't go your way.. what would you feel?
Frustrated? Stressed? Sad? Demotivated?
Of course la.. kan?
Tapi sampai bila?
Hidup mesti diteruskan.. tak kira macam mana payah pun.
Hey Rozzairin.. you've been through a lot k. A LOT!!!!
And Allah has taught you well. Like the saying goes.. "What doesn't kill you, makes you stronger". And it's true.
This is nothing compared to what you had to go through before..
But this time, the difference is just that you're no longer single. You've dragged him into your world yang full of 'Ranjau Sepanjang Jalan'.
So, YOU TWO have to go through this TOGETHER.
And get ready for the next chapters to come.
Together.
Sunday, 4 July 2010
I hate myself.
Why? Because aku jahat. And I hate myself for that. :(
I'm so sorry.
Thursday, 1 July 2010
It's July!
Preparation? Banyak super lagi benda yang belum beres.. tapi Alhamdulillah everything's under control (kot??).
Been very up and down like a roller coster last few days.. stressed sgt! and the hormones were not helping at all. Need time out! but there's no one to hang out with. Ended up crying alone in my room. Talked to Dibah, and felt better afterwards.. thanks dear!
But apart from all the serabut-serabut thingy, some things went well according to plan. And some even went beyond my expectation.. and i thank God for that.
For a person yang belum kerja and tak berduit tapi gatal nak kawin, i can't demand lebih2. Bersyukur dengan apa yang ada and apa yang i can get with the money. But will always try very hard to give the best for the majlis nanti.
Tik.. tok.. tik.. tok...
I'm so nervous~ Help! Help!
Sunday, 20 June 2010
Adam again~
Aku: Yer.. ape?
Adam: Mak andak nak tau satu rahsia tak?? (dengan muka kepoh mulot termuncong2)
Aku: Huh.. rahsia? apa dia?
Adam: Mak andak tau tak.. Mak andak kan.. nak kawiin.....!
Aku: Eh.. betol ke Mak andak nak kawin? Mana adam tahu?
Adam: Haaa.. tu lar... Mak andak tak tau...
Aku: Err....
~The end~
Sunday, 30 May 2010
Gaining and losing.
Don't u realise that you can never have everything in this world?
Don't be greedy.
Or else you'll never live in peace.
I wont shed a tear. Coz this is what i've chosen.
Whatever comes next, let's deal with it later.
As for now, i need to appreciate and enjoy what i still have. Before it's gone.
For i realised, i can never have both.
And i'm ready to let go.
Erm, am i?
Only God knows..
Wednesday, 26 May 2010
Hlovate?
Tapi bila renung-renung semula all the titles cerita yang dia pernah tulis, ada satu yang cam familiar. Versus. Aku rasa cam pernah baca citer tu and memang aku jatuh cinta giler! Rupanya Hlovate yang tulis!!! Ina bagi sofcopy of the citer through ym. Aku pun layan je la since first year kat uk sangat la free..
No wonder la ramai peminat.. sebab aku memang ske giler citer tu.. sangat suweeet!! And after baca aku promote kat sume kawan2 aku.. ada yang baca, ada yang tak.. and feedback yg diberikan memang positif.
And now.. aku rasa cam nak gi beli semua novel Hlovate!! Tapi kena tahan nafsu membeli for the time being coz banyak lagi kegunaan duit aku yang tak berapa banyak ni.
Bila lah aku nak ada gaji sendiri. Leh shopping novels banyak2!!! Tak sabar! Help! Help!
Thursday, 20 May 2010
Minda bercapah?
Haa.. benda ni sebenarnya mmg wujud. Aku slalu kutuk lecturer aku dulu sebab die ada minda bercapah.
Tapi now, seems like it's happening to me.. Oh God.. Forgive me.. huhu..
The problem i'm having now is..
Bila aku nak cerita kat orang about benda A, otak aku pikir pasal A, tapi aku duk describe pasal benda B.. confident lak tu..
Tak tau la camne.. tapi cam what i register in my mind is different with what i'm saying. This thing tak berlaku so often, but lately.. erm..agak kerap..
Dan satu lagi masalah.. aku slalu tersalah hantar mesej kat orang.. & IT ANNOYS THE HELL OUT OF ME!
Help! Is there any cure for this penyakit? Please?
Well done Me!
Dengan berakhirnya exam pagi tadi, maka berakhirlah hidup aku sebagai seorang STUDENT!
Perasaan aku?
Erm.. lega, sebab dah takyah study seperti seorang student lagi..
Dan sedih.. sbb dah tak jadi student. haha.. keling! Belajar dah jadi sebahagian hidup aku. And now.. it's over.. of course it feels weird. And rasa kehilangan kot. erm...
Pasni, bersedia tuk KERJA.. and KAHWIN. Hoho.. totally a new phase in my life.
Ready ke aku?
Kalo nak jawab secara jujur dari hati dan jantung.. memang ar aku tak ready..
Tapi sampai bila taknak ready kan? Redah je la Rin oi.. just go with the flow.. InsyaAllah you'll be fine.
Please pray for me.. i'm scared~
Thursday, 22 April 2010
Video bongok!
And last-last, kuar lah muka hantu buruk giler berserta sound yang kuat amat!! Mesti penah terkena kan? kan?
Aku tak tau ar ngan orang lain, tapi aku dah banyak kali giler kot.. tak tau ar pe nasib.
Aku ni dah la penakut. seb baik takde sakit jantung jek.
Ingat lagi time duk UK dulu, dah la aku duk kat halls tu sorang-sorang. Ada satu hari tu, tengah-tengah malam, polar lak anta emel suh tekan-tekan dot yang muncul kat screen. aku pun layan lar.. ingatkan game ape, skali kuar antu tau tak?! Rasa nak mampus terus je time tu.. terus aku naik atas katil cuba tido sambil dada nak pecah sampai pagi. Kesian tak? kesian kan aku.... huhu..
Aku bukan tak suker lawak korang.. aku suker sangat.. tapi bukan ketika aku keseorangan di tempat asing yang sejuk beku dan gloomy serta sangat gelap dan sunyi. haha.. polar, seb baik aku hidup lagi tau tak.
And hingga ke hari ini, aku masih terkena dengan lawak2 sedemikian.. And hingga ke hari ini juga, jantung aku macam nak tercabut.
Owh Tuhan, bile kah semua ini akan berakhir?? Sudah-sudah la aniaya aku wahai rakan-rakan.
Friday, 16 April 2010
I kiss them goodbye~
Firstly,
Aku terSANGAT SANGAT SANGAT super duper terharu!!! Cikgu-cikgu and students pendidikan khas buatkan satu jamuan perpisahan yang meriah super! It's too beautiful to be true. And so meaningful. Rasa appreciated sangat sangat. And lots of presents too! hihi.. Didn't expect that at all.
And special thanks to Angah, Namin, Jimi and Leman sebab bersusah payah membantu aku buatkan hadiah malam semalam. Bersengkang mata kot???! haha.. sian korang. Tapi amatlah berbaloi! And dorang tolong hantarkan kek + goodies + the presents kat skolah tadi. Thanks guys! :)
Majlis berlangsung dengan meriah + sayu. haha.. sesi berair mata adalah wajib, of course! huk. Kena buat ucapan lak tu. Tak dapat cakap panjang-panjang sebab sebak. Aku sambung bercakap dalam hati je pastu. Hik.. sangat best!
And secondly,
After majlis tamat, tetiba sorang student aku, Hazman, cam kena rasuk. sesak nafas. Pastu cam ketuk-ketuk kepala and meronta. Terpaksa berlari panggil ustaz suh turun jampi apa yang patut.
Dalam-dalam kalut kelibut tu, sempat lagi sorang student aku wat lawak. Eh no, he was serious, but i think the whole situation was damn hillarious.
Dia berlagak macam seorang bomoh. Satu tangan pegang bahu Hazman, pastu dia baca beberapa surah. And dengan tangan terketar-ketar dan mata tertutup rapat, dia cakap "Keluarlah kau dari tubuh cucu Tok Adam ini!!!".. and i was like.. "WHAT??!"... (tapi dalam hati je lar).. And perut aku senak kot tahan gelak.. hahahhaa! adoi lar.. Kami ni risau kang takut die lak jangkit kena rasuk. Last-last gi suruh die masuk kelas je. Hazman dibawa ke hospital, and sekarang pun dia masih di hospital, and insyaAllah keadaan die dah stabil. Tapi masih lemah.
And thirdly, (here comes the tak best part)
Blum pun abes debaran kes Hazman tadi, Lecturer aku pulak datang nak observe buat kali terakhir. And hari ni of course takde kelas.. Camne dia nak observe??? Damn!
And she was like very bengang sebab aku tak inform die awal-awal yang hari ni takde kelas, and diganti dengan jamuan perpisahan. This is my last day at school, what did she expect???
Aku ngaku aku cuai. Patutnya aku inform dia. Tapi i didn't. And that was my biggest mistake kot!
Tapi cara die marah and scold me, as if aku ni seorang guru yang tak bertanggungjawab, tak ikhlas mengajar, and seorang yang sangat teruk tingkah lakunya. And she might write a report about all this fuss. And of course to flunk me she said!
HELLLOOOOOOO!!! who is she to judge me like that? She didn't even know me. And i think dia tak layak nak bercakap soal keikhlasan dengan aku, sebab hanya Allah yang tahu macam mana hati dan perasaan aku terhadap budak-budak ni and kerjaya guru ni.
And there was me, crying for the 2nd time today~ But this time, for a completely different reason.
So sekarang ni, perasaan aku cam tak focus. Semuanye bercampur baur. I was supposed to be happy and contented. Today was supposed to be MY DAY! But it turned out to be the other way around.
But i'm soO glad all the other teachers were very supportive. And their words really eased my heartache.
That's what i love best in this school. The pendidikan khas teachers! They are the best group of teachers ever!!!!!!! Selalu giler bagi suppor kat kami dak2 praktikum. Rajin giler and very comitted. And sangat-sangatlah sporting! Pendek kata memang best giler ar! Hidup aku indah kat sini sebab ada dorang. Kalau tak, dah lama kojol kot.
Hmm... Panjangnyer aku citer. Kenangan-kenangan masa praktikum ni, terlalu perit dan terlalu indah untuk aku lupakan. Dan aku taknak lupakan pun. Banyak sangat pengajaran dan pelajaran yang aku terima. Moga jadi bekalan yang berguna.
Kepada my students, (walaupun i know none of them will read this)
I love you all!! And you've made each and every single day i spent teaching at this school SoooO colorful. Thank you soO much!
And to all the teachers (Kak ju, kak azany, kak niza, kak ida, kak najibah, dayah, kak linda, aisyah, jannah, and mas), Thank you atas pertolongan kalian!! Hanya Allah yang dapat membalasnya. And thanks for the presents! :)
To PPM, kak laili and kak ina, mekasih tak terhingga sebab banyak giler tolong saya!! things wouldn't be the same without you two! Thanks sangat2! (thanks for the present too of course.. :) )
And now, after all the hardworks, tears, and doa, i'm gonna leave everything to God. May i face whatever comes next with a strong heart, insyaAllah. :)
Tuesday, 13 April 2010
Praktikum
Orang selalu tanya...
"best tak praktikum kat situ?"
Ok ni jawapan aku:-
Perkara yang tak best
1. Guru Pembimbing yang tak membimbing tapi selalu mengarah aku cam kuli. Patut tukar status la.. Guru Mengarah yang super menyakitkan hati sepanjang masa dan asyik nak condemn sume orang.
2. Workload yang buat aku stress giler babi! Tdo kul 3 pagi? Itu perkara normal!
3. Erm... takde da kot.. That's all i guess!
Perkara yang best!
1. Cikgu-cikgu tetap pendidikan khas yang seramai 5 orang (tak termasuk guru pembimbing aku) iaitu, Kak Azany, Kak Ju, Kak Niza, Kak Ida, and Kak Najibah.
2. Cikgu-cikgu praktikum lain - Dayah, Aisyah, Masitoh, Jannah, Kak Siti Linda.
3. Pelajar-pelajar pendidikan khas yang berwarna-warni perangainya.
4. Pelajar-pelajar normal yang peramah dan selalu tegur aku.
5. Orang kantin yang mesra.
6. PPM yang sangat banyak membantu.
7. Bangunan sekolah yang cantik and moden.
8. Aktiviti-aktiviti sampingan yang super fun!
9. And last but not least, ukhwah yang terbina di antara kami. This is the most precious thing yang aku dapat kat sini. And aku syukur sangat dapat kenal ngan dorang ni semua.
Special thanks to cikgu-cikgu PK yang TERLALU banyak membantu dan membimbing. Korang lagi layak jadi cikgu pembimbing saya, seriously!
Dorang ni sume muda-muda lagi. Dorang banyak mengajar aku tentang budak-budak khas. Macam-macam tips yang dorang kongsi. Bukan saje tips pasal guru, tapi jugak tentang kehidupan. Keikhlasan. Pengorbanan. Terlalu berharga semuanya.
They've showed me how to enjoy being with these students.
Sumpah aku cakap, mula-mula aku masuk praktikal, memang stress giler babi. Aku sangat blurr camne nk ajar budak. Camne nak tackle budak. ZERO! Cikgu-cikgu ni yang banyak tolong. Mungkin dorang tak sedar, tapi doranglah yang selalu bagi aku semangat. It's beyond price. Biarlah Allah yang balas jasa dorang.
Monday, 12 April 2010
Buruh kasar!
Aku skang tengah praktikal. Untuk menjadi seorang guru. Tapi aku disuruh buat kerja yang bukan bidang aku. Aku takde kemahiran langsung. Mula-mula disuruh bina lanskap. Ok la.
Pastu now suruh buat kolam ikan lak. Suh aku bawak budak2 pendidikan khas aku buat kolam ikan. Nak kena simen bagai. Camne??? Aku tak pandai la ngok!!!!
Budak2 aku dah gali kolam macam buruh kanak-kanak. Tapi hari-hari kena keluarkan air from the kolam sebab kolam tak siap lagi, tapi air hujan dah bertakung. tanah tu macam tanah liat tau. Bayangkan dengan berselut-selut. Baju budak tu hari-hari kotor.
Budak-budak khas ni, kalau disuruh buat keje-keje macam ni, memang dorang takkan cakap 'taknak' or 'malas'. Dorang akan ikut je arahan. Kalau pijak kepala pun diorang redha jek. Aku rasa kalau pelajar-pelajar normal yang bjiak pandai tu disuruh buat kerja macam ni, dah lama dorang menolak sebab buat keje buruh hari-hari.
Dia suruh budak-budak ni buat macam2, bukan nak bagi upah. Bile budak dah terbongkang kepenatan, kami ni la yang belanja budak minum air. Kesian kot tgk keje berat camtu. Sampai lelah-lelah ke diri. Die sibuk wat keje VIP. Bukan nye nk tanya pun budak-budak ni ada minum air ke. Cukup rehat ke. Yang die tahu, bagi arahan, buat kolam. gali kolam. gali kolam. angkat batu-bata. susun sana. susun sini. haaa yang tu tak rata tu, ratakan lagi. Urrrgghhhhh!!!!
Dan satu lagi, kalau budak cedera macam mana? cangkul tu tajam ok! Kalau jadi apa kat budak-budak, aku jugak yang kena sebab aku guru yang pantau budak2 ni, die mmg takde kat tempat kejadian. So ape-ape hal, die memang selamat kan? aku jugak yang kena jawab.
Aku tak kesah kalau die nak jadikan mende ni sebagai satu sesi pelajaran. Tapi masalahnya kami sume ni takde kepakaran. Teori pun tak pernah belajar camne nk bancuh simen. Camne nak tampal simen. Dah la cikgu2 sume perempuan. This is totally not our thingy. Dia tak pedulikan pun kebajikan pelajar. Yang dia tahu, kawasan lanskap dia siap, dan dapat pujian pengetua dan semua orang. Semua ni hanya untuk kepentingan peribadi. Dan kami digunakan untuk capai matlamat dia tu.
Ibaratnye seperti, cikgu masakan, disuruh jadi cikgu kimia. Buat experiment sume bahan-bahan kimia tu, tanpa ada sebarang kursus. Ko rasa cikgu tu boleh ke jadi cikgu kimia yang baik??? MESTILAH TAK KAN???
SO KENAPA SURUH AKU JADI BURUH KASAR CAMNI?????? AKU TAK RETI LA!!!!!!! AKU TAK PANDAI. DAN AKU TAK SUKE!!!!!
This is not a challenge. This is BULLSHIT!!! Tau tak??
It has been a few weeks dah buat kerja-kerja buruh ni. Tangan aku ni, dah tak macam tangan orang perempuan. Kasar giler. Sedihnyer!!!!!
Ya Allah, tabahkanlah hatiku ni. Aku dah tak sanggup tengok students aku kena ketuk macam ni. Dorang tak tahu apa-apa. Bagi dorang, arahan cikgu, kena ikut. kena patuh. Aduhai kesiannye lar.. kalau la mereka tahu.. :(
Kalau dah takde duit nak upah kontraktor, tak payah la gatal-gatal nak buat kolam. Kalau nak buat jugak, ko sendiri la gali kolam tu, buang air tiap-tiap hari, dan buat simen and angkat batu-bata semua. Sanggup???
ARRRGHHH!! AKU TENSION!!! TENSION GILER!!!
Friday, 9 April 2010
Lelaki emo atau psycho?
Entry kali ni bukanlah bertujuan untuk kutuk kaum lelaki..
Tapi aku cam agak menyampah dengan satu sikap lelaki (beberapa lelaki) yang agak tak boleh blah la bagi aku.
1. Bercinta bagai nak rak.. ok fine lar..
2. Pastu bile gaduh sket.. maki-maki hamun girlfren die. Sumpah seranah itu ini.
3. Pastu baik semula.. menjadi lebih romantik dan lovey dovey.
4. Pastu gaduh balik (buat ke-1009 kalinya).. and akhirnya clash.
5. And then.. time ni lah die nak bukak sume aib ex-gf die. Nak balas semua dendam kesumat sebab pompuan tu clash ngan die. Maki hamun dengah lebih hebat. Laknat itu ini. Dan bermusuh buat selamanye.
HELLLO!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pernah dengar tak perkataan "TAKDE JODOH"?
So, boleh tak terima kenyataan yang korang dah takde jodoh. Dan korang clash sebab dah tak bersefahaman. Bukan sebab ko jahat dan dia jahat dan tak layak hidup di muka bumi ini.
Adoi lar... Ok mende ni tak penah jadi kat diri aku. Aku bersyukur sangat. Tapi dah banyak kes kot aku jumpe yang more or less the same.
Dan aku nak bitau kat sini.. kalo dah masa bercinta dah kena maki hamun.. baik toksah kawin lar.. nampak sangat lelaki tu emosional terlajak, tak matang dan tak rational serta tak cool. Kalau perempuan yang emo, aku leh gak la faham... sebab tu Allah tak bagi talak kat tangan perempuan. Tapi kalo lelaki yang emo secara berlebihan? Erm.... pk sendiri lah ek.
Aku pun tak reti nak komen lebih2. Tapi memang banyak lelaki yang macam ni.
Sudah2 la.. korang membuka aib sendiri bila korang buat macam tu. Adat la tu bercinta pastu clash.
Dan kes yang aku jumpe ni.. bukannye kes perempuan curang dan lelaki maki hamun. Hanyalah takde persefahaman.. dan takde tolak ansur. Come on lar!!!! Tu pun sampai nak mencarut to each other? Isk.. Buruk benor rupanye!
To guys out there.. Please, please i'm begging you, jaga la mulut korang. Bersabar. 'One minute of patience, can save you 1000 days of sorrow'.
Hee... This is just my personal POV. PEACE!
Saturday, 3 April 2010
Am i Indian?

Wednesday, 31 March 2010
Gracefully clumsy~

Tuesday, 30 March 2010
Can't be bothered!

Tuesday, 23 March 2010
Cita-cita Shafik~
Shafik can only read words yang very simple, like kuku, saya, dadu.. etc. Itupun kadang-kadang tersyasyul. And dia selalu eja Ali, tapi sebut Abu.
Tapi Shafik sangat hardworking. Dia tak kesah kalau aku suh dia mengeja sampai nak muntah. Sampai aku sendiri pun nak muntah. Dia tetap mengeja dengan tabah.
And hari ni, aku dapat tahu.. yang Shafik bercita-cita ingin membaca sebuah novel suatu hari nanti.
Bergenang air mata kejap. Besarnya cita-cita Shafik. And aku sangat terharu. And sebak. Sume ada lar.
Shafik lebih rajin daripada students aku yang lain. And Shafik paling pandai hormat cikgu. At least, bagi aku lar. Tapi Allah uji dia dengan kepayahan membaca.
Tinggal 4 minggu lagi aku mengajar kat sekolah ni. And I'm hoping for a miracle.

Saturday, 20 March 2010
Hantu lampu!
Habis urusan di bandar, kami pun pulang. Along cakap dia letak kunci lam kasut. Cari punya cari tak jumpa. Pastu cuba tolak pintu rupanya tak kunci.
"Budak2 ni lupa nak kunci pintu kot masa kuar tadi", kata mak.
Pastu kami pun masuk. Tetiba cam ada dengar suara dari tingkat atas. Tapi mustahil la sebab rumah ni takde orang. Budak-budak sume tak balik lagi. pastu tetiba dengar bunyi pintu.. dari atas jugak.. dah suspen ni.. tapi wat selamba lagi..
Pastu mak bukak la lampu tangga. beberapa saat lepas tu, lampu tu terpadam sendiri. Mak bukak lagi, pastu padam lagi.. HANTU!!!!! Kami sume pun berhambat lar lari kuar dari rumah.. muka sorang2 pucat toksah kira la.. cam nak putus nafas!
Kami memang takut tahap gaban.. dah la rumah mak memang mistik sket.. slalu je kena kacau. tapi ni first time berlaku depan mata aku..
Pastu dalam kecoh2 tu, turun la si Along dari tingkat atas, ngan muka selamba baru bangun tdo. Bila tanya, die cakap die baru bangun tido pastu terus turun bawah. Dia cam tak tau apa2 pasal lampu tu. huhu..
Ateh pun tak tunggu lama, die terus balik sebab dah nak magrib. Lama lepas tu, Angah pulak turun, tergelak2.. gelak cam orang kena sawan. Bila tanya, makin galak die gelak..
SAH!!! INI ANGAH PUNYA KEJE!! TAK GUNA!!!!!
Rupanya dia main tutup2 lampu guna suis satu lagi kat tingkat atas.
Ya Allah, budak ni memang nak kena belasah. Nasib baik mak takde sakit jantung tau. (Padahal aku yang nak kena serangan jantung kan??).
Cis.. Angah memang berjaya menakutkan kami. Walaupun tak scary sangat, tapi tetap suspen. Aarrrggghhh!! terasa diri ini sangat diperbodohkan. Hantu lampu konon!!!!! Piiidaaah!!
Wednesday, 17 March 2010
Jakarta!
Saya kepingin pergi ke Indonesia lagi! tapi nak ke Bandung pulak kot.. hee..
Ada benda yang best..ada yang tak best.. ape2 pun, trip ke Jakarta ni banyak buatkan aku bersyukur. Sebab aku dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Alhamdulillah.
Syukur. Syukur. Syukur Alhamdulillah.
Wednesday, 3 March 2010
Me, my students and the cockroaches.
